Saya Bukan Isteri, Bukan Kekasih.. Tapi Saya Sahabat Awak Kan?

Assalamualaikum.. Salam hari pertama Ramadhan buat semua.. Macam mana dengan hari pertama berpuasa? Seronok? Heee.. Petang-petang begini tergerak nak tulis entry lepas jumpa seorang pakcik di dalam wad dua hari yang lepas.. Ada kena mengena juga dengan bulan Ramadhan.. Heee.. Meh kita share apa ceritanya.. =)

Seorang pakcik melayu yang berusia lingkungan 80 tahun.. Masih kuat tubuh badan.. Masih jelas ingatan walau peristiwa 30 atau 40 tahun lepas masih mampu dia ingat.. Cuma sikit-sikit sakit sebab ketuaan.. Biasalah.. Rahsia pakcik itu kekal sihat kekal kuat? Pakcik TAK MEROKOK.. Dari zaman muda sampai sekarang pakcik tak pernah sentuh.. Itu pasal pakcik masih kuat.. Luah pakcik dengan nada-nada bangga dalam kata-katanya.. Heee.. Pakcik.. I like okey..


Mungkin ramai perokok tegar nak kata, ramai yang merokok pun hidup sampai 80, 90 tahun.. Kecoh derrr.. Haaa.. Inilah persepsi yang salah.. Dalam kehidupan, apa yang kita pentingkan? Kualiti hidup atau kuantiti dapat hidup lama even sampai 80, 90 tahun? Aku tak percaya tak ada orang tak mahu hidup berkualiti.. Even kuantiti tinggi tapi kualiti tak ada, tak seronok juga.. Betul tak?


Tengok hero Prosecutor Princess.. Aiyak.. Bibir dia sangat lebam.. Petanda perokok tegar.. Teringat entry dulu-dulu Bibir Lebam Itu Seksi Tak? Heee..


P/S: Tahukah anda wahai lelaki, selalunya perempuan kalau melihat pada orang-orang yang dia berkenan, target utama dia akan tengok bibir.. Lebam atau tak.. Heehee..



Kalau seorang isteri, mungkin mampu suruh si suami berhenti merokok..


Kalau seorang kekasih, mungkin juga mampu suruh si kekasih berhenti..


Tapi itu pun mungkin saja.. Kalau hanya sekadar sahabat macam diri aku untuk kamu, kamu dan kamu, mungkinkah mampu aku suruh kamu berhenti? Hehe..



Sempena bulan Ramadhan, pasti anda-anda tak hisap rokok.. Kalau ada pun, mungkin bantai layan 20 batang lepas berbuka.. Ekeke.. Apa kata perlahan-lahan latih diri dalam bulan puasa, alang-alang dah berehat dari merokok, berhenti terus saja.. Boleh kan?


Saya mungkin bukan isteri, bukan kekasih.. Tapi saya sahabat awak kan? =)


Selamat meneruskan hari pertama puasa.. Chaiyok!! Assalamualaikum..




FOOT NOTE: Tahukah kamu, merokok dikaitkan dengan IMPOTENCY ataupun ERECTILE DYSFUNCTION??? Jadinya tak salah kot kalau kami para wanita demand supaya para lelaki berhenti merokok??? Untuk kebahagiaan rumahtangga juga.. Lalala.. =p

Ulasan

fara berkata…
hahahha.. tau takper..

tapi kekadang bila tak tahan sangat dengan rokok tu.. bantai jerk tegur orang tu.. tolong berhenti!!.. or wish berhenti even i bukan wife dia mahupun kekasih dia..

huhuhu.. tak suka bau rokok.. coz boleh buat me pengsan buat seketika.. lemas..
ahahaha..=p

ckap sal rokok trtiba teringat sal my dad..
we all from my mum turn to me tak leh bau benda tu.. coz tak leh bernyawa nanti... so bila dia nak hisap rokok jer.. we all mesti tegur tak pun buat mimik muka kelemasan.. so harus my dad g hisap jauh2.. ahahhaa.. sian..

ouh yan SELAMAT BERPUASA..
nora berkata…
notakaki tu kalau highlight jadi tajuk entry tu sgt best,sampai hasrat terus

=)
Liza berkata…
actually, smokers nie tau keburukan smoking but still buat gak
Nur Hawa Mohd Zin berkata…
nak berhenti kena kuat semangat, makan ape ubat pun kalu niat nak merokok ada memang tak leh nak berhenti gak
Nur Hawa Mohd Zin berkata…
nak berhenti kena kuat semangat, makan ape ubat pun kalu niat nak merokok ada memang tak leh nak berhenti gak
nurayunni berkata…
slmat berpuase..
btl tue..yg isap rokok tue brenti lar yer..
ISZA berkata…
salam,
abah akak sanggup berhenti rokok demi anak lelakinya..

adik lelah.. dah lama tunggu punya pasal.. takkan nak utamakan diri sendiri yang tak berfaedah kan..
farhana berkata…
Sy juga mencari suami yg bukan perokok =D
harap2 dgn bulan ramadhan yg dtg ni, perokok2 dpt mengurangkan aktiviti membakar duit mereka hehe
Shahada Fauzi berkata…
saye sangat tak suke dengan asap rokok dan kurang gemar dgn org yg kuat merokok..tapi saya still boleh berkawan dgn mereka yg merokok..yang penting jangan merokok depan saya..hehe..
black_mel berkata…
doc..saya mmg x merokok......;)
Ibu Ammar berkata…
haha, pasal rokok rupanya. ekeke

tapi doc, ada gak lelaki bibir merah walaupun merokok. haaa. cam mana tuh
Adziim berkata…
hehe~ kebahagiaan rumah tangga tu penting.
Merokok lemahkan "tuut."
AJ berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
AJ berkata…
aku dah berenti merokok dah setahun.. alhamdulillah taknak baliklah... itu pun semenjak tahu pendapat berkenaan merokok dari beberapa Imam.. termasuk pendapat syafiee, hanafi, malik dan hanbali... kebanyakan kata haram dan perokok fasik.. syafiee berkata makruh tapi kan merokok tu kotor.. mengotorkan badan dan berbau.. kalau Islam amat menitik beratkan kebersihan.. ini entry saya dahulu http://sangkalang.blogspot.com/2010/03/is-smoking-cigarettes-allowed-in-islam.html
AJ berkata…
Lagi satu merokok membuatkan orang jadi pelupa dan nikotin boleh mengubah seseorang melalui pencemaran saraf..
zulkbo berkata…
salam..
saya perokok tegar
saya terima teguran anda
rasa nak berenti la pulak
he he...(rasa je...)la la la
Arief Arf berkata…
tapi kalau merokok sikit2 takpe.
janji pandai kawal, pandai maintain kesihatan, ok la kot.
baru la balance.
hahaha

selamat berpuasa!
X)
Cik Tim berkata…
saya sokong 501%!! haha..
laki merokok ni mlemahkan sperm berenang..pulak tuh, mencacatkan sperm.. huhu.. bahaya tol.
masalah nye, dah letak pic macam2 pn, perokok masih lagi memandang enteng benda tuh en?? agaknye, nak kene letak sample kot..biar tak berani beli terus.. kan?? korunk nak ke beli benda yang ada sample, paru2 rosak and etc?? ;D

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?