Perjumpaan Hari Ahad Ini.. Bolehkah Ianya Digelar Dating?

Assalamualaikum semua.. Entry ini tak mahu bebel panjang lebar sebab penat membebel, lagipun bulan puasa kan.. Heee.. Ingat lagi Contest Malam Indah Bersama Joegrimjow?


Kerana entry It's All About Joegrimjow And The Number 22 ini aku telah dipilih oleh adik Joe untuk makan malam bersama beliau.. Dan aku juga telah menjemput beberapa orang blogger yang rapat untuk turut sekali join makan-makan dengan Joegrimjow.. Maka terhasil entry Perutusan Khas Untuk Kamu Sayangku.. Cewah!! Ada invitation khas lagi you..


Dan setelah beberapa kali perancangan tak menjadi, akhirnya dapat juga dilaksanakan.. Joegrimjow mencadangkan sesi berbuka puasa pada hari Ahad ini iaitu 15 hb Ogos di sekitar Kuala Lumpur.. Tempat akan aku maklumkan kemudian..


Jadinya, kepada sayang-sayang yang dijemput, kalau ada kelapangan, jom jumpa dan berbuka bersama.. Setakat ini, Joe ada menjemput beberapa orang blogger lelaki lain sebab nak bincang tentang acara berbuka puasa Geng Blogger tak silap.. Gadis-gadis yang berkemungkinan besar akan pergi adalah Cik Jard dan Cik Sara.. Cik Sara akan datang dengan aku.. Para jemputan khas yang lain, tak mahu datang ke? *buat muka comel dan kasihan*


Tapi mungkin aku tak boleh lama sangat, sebab Isnin keesokannya aku ada kelas pagi.. Jadinya, harap maafkan kalau aku mungkin akan kelihatan agak rushing dan makan pun macam orang nak tercekik.. Wakaka.. Maklumlah, KL-Ipoh dah 2 jam.. Lepas makan, sure mata mengantuk.. Malam hari pula.. =p


Pada yang menerima perutusan khas, sila confirmkan nanti padaku ya samada dapat join atau tak.. Jumpa di sana.. Assalamualaikum.. =)





FOOT NOTE: Ish3.. Aigoo~ Koloni jerawat masih tak mahu hilang.. Macam mana nak "dating" Ahad nanti? Ekeke.. Okey.. Gedik di situ!! =p


Ulasan

Jard The Great berkata…
insyaAllah akan dtg =)

tak perlu byr pape kan? fully sponsored rite?
Nizam Gtz berkata…
Wah... cambesh jer bukak poser ramai2...
Nizam Gtz berkata…
Tapi, saya keje dah pulak hahaha (walaupun tak diajak... malu saje)
Ibu Ammar berkata…
hahaha. kamu rushing ke cik dokter?. alahai, baru ingat nak dating lama2 dengan you. =(

ahad ni kita gerak sama-sama tauuu. ai ni pemalu. ekeke. :p
Tanpa Nama berkata…
wah! seronoknya :D
my recent post:
tolong ajar wat kening cam tu ley??
ISZA berkata…
jangan lupa kirim salam dari akak buat mereka, mereka dan mereka.. :D
Adziim berkata…
sapa yg tetamu jemputan tu?

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T