Perasan.. Sleepwalking.. Cium Sikit..
Before ku mula mencoret untuk entry baru.. Aku mohon maaf ya kalau entry sebelum ni kalian rasa tidak elok untuk dipostkan.. Atau pun ada yang terasa hati.. Aku minta maaf.. Cuma sekadar dengan niat ingin berpesan-pesan saje.. =)
Entry 3 dalam 1.. Haha.. Bukan apa.. Exam tak habis lagi.. Tak boleh tulis entry banyak-banyak.. Jadi aku masuk semua cerita dalam 1 entry.. Heehee.. =)
Pertamanya.. Tentang wanita.. Perempuan.. Awek.. Cewek.. Girl.. Dan apa-apa aje laa kan.. Haha.. Satu malam lepak dengan geng-geng sekepala.. Tiba-tiba.. Timbul satu cerita.. Kawan-kawan aku kata.. PEREMPUAN NI CEPAT PERASAN.. Kalau lelaki tu usha lebih sikit ke, pandang lama-lama ke, bagi attention lebih sikit ke, caring dan extra rapat ke, dia orang akan fikir LELAKI TU SUKA KAT DIA.. Padahal lelaki tu tak ada apa-apa pun.. Benarkah wahai wanita? Aku sendiri tak tahu nak kata apa.. Hurrmm..

Kalaulah ya pun.. Salah ke eh kalau perempuan cepat perasan? Angin tak bertiup kalau pokok tak bergoyang.. Kah kah kah.. Peribahasa baru ke apa ni.. Huhu.. Tapi ada juga lelaki yang layanannya biasa-biasa saje, tapi perempuan perasan jugak.. Entahlah.. Aku tak jumpa lagi teori untuk perempuan cepat perasan ni.. Sebab aku pun perempuan kot.. Haha.. Anda semua fikir sendiri laa ye.. Hoho.. =p
Next story aku.. Sleepwalking.. Beberapa minggu yang lepas aku kerap sleepwalking.. Kenapa ya? Tapi aku sleepwalking dalam sedar.. Maksudnya aku sedar aku bangun dari tidur dan bangun lalu berjalan.. Tapi entahlah.. Tengah-tengah malam.. 2, 3 jam lepas lelap.. Aku akan tiba-tiba bangun dan berlari ke tempat sidai tuala.. Tempat menyangkut baju.. Esoknya aku sedar-sedar aje, sebelah aku ada tuala, ade sweater.. Haih.. Musykil aku..

Malam kemuncaknya bila aku sleepwalking dan aku tak sedar.. Pagi-pagi esok bangun, badanku telah bersarung sweater.. Minda aku jelas dan clear.. Malam tu aku tak pakai sweater, jadi bila masanya sweater ni disarungkan ke tubuhku.. Aduh.. Seram aku.. Apakah yang berlaku??? Apa-apa pun.. Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri..
Last story.. Sleep lagi.. Haha.. Dah hampir seminggu aku tidur 2 jam setiap malam.. Study katanya.. Heehee.. Alhamdulillah.. Sebab tidur 2 jam, aku dah tak sleepwalking.. Nanti tak pasal-pasal, celik mata dah sampai rumah nenek aku kat Kota Tinggi.. Kah kah kah.. Bila dah tidur 2 jam, orang

Bila dah habis 3 paper, ada rehat 5 hari sebelum last paper.. Apa lagi.. Qada' tidur.. Haha.. Ingatkan nak Qada' berkala.. Satu hari Qada' 2 jam.. Tapi jadi 4 jam pulak.. Adoi.. Lambatnya anak dara ni bangun.. Pemalas betul ya.. Hoho.. Boleh tak kalau aku nak jadi SLEEPING BEAUTY.. Huhu.. Aku nak jadi sleeping beauty, sebab nanti ada putera kacak yang akan cium aku lalu aku pun celikkan mata dan bangun..
Merepek betul aku ni.. Maaf semua.. Heehee.. Oh ya.. Putera aku tu mestilah putera yang sudah "HALAL", yang dah bayar mas kahwin okey.. Ingat nak cium saya ni free free aje ke.. Wawawa.. Moral untuk entry ni..
1) Lelaki dan perempuan memang diciptakan untuk satu sama lain.. Betul tak??? Renung-renungkan.. Heehee..
2) Sebelum tidur, basuhlah kaki, bacalah doa, ambil laa air sembahyang.. Bukan aje dapat elak diri dari kena ganggu, tapi boleh juga dekatkan diri kita dengan Pencipta..
3) Berkhayal dan berimaginasi di umur begini tidak salah.. Tapi khayalkan yang baik-baik aje.. Haha.. Dan jangan sampai membuang masa.. Heehee..
Sampai sini aje laa aku nak merepek.. Nanti sembang lagi ya.. Doakan aku untuk last clinical exam Selasa ni.. Till next entry.. Tata titi tutu.. Assalamualaikum..
FOOT NOTE: 1) Buat putera-putera Muslim sekalian, hari ni hari Jumaat, jangan lupa pergi solat Jumaat ya.. =)
2) Walaupun aku bangun lambat, tetapi, percayalah, lepas aku kahwin, aku akan bangun lebih awal dari suamiku.. Heehee.. Tak sabar arr nak tunggu time tu.. Kah kah kah.. (Mula dah gatai dia..)
3) Lamanya tak borak dengan DIA.. Apa khabar laa dia agaknya ya.. Arrgggghhhhh.. Rindu.. Pergi main jauh-jauh.. =(