23 Sep 2017

Malaysia Airlines! Bawaku Terbang!

September 23, 2017 0 Comments
Assalamualaikum!!

Rasanya bila tanya rakyat Malaysia, tak kira kecil besar tua muda, mesti tahu dan kenal apa itu Malaysia Airlines dan siapa mereka. Betul tak? Malaysia Airlines merupakan salah satu syarikat penerbangan yang terulung di Malaysia dan terkenal di merata dunia. Syarikat penerbangan ini mula bertapak sekitar tahun 70an dengan memulakan 34 penerbangan ke destinasi domestik dan 6 destinasi antarabangsa. Mereka berpangkalan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang sebelum berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang sehinggalah ke hari ini.

Pada tahun 1986, MAS memulakan servis untuk sektor Los Angeles, Amerika Syarikat. Pada akhir tahun yang sama, MAS menukar indentitinya kepada Malaysia Airline / Penerbangan Malaysia. Sejak dari itu, Penerbangan Malaysia berkembang dan kini terbang ke 100 destinasi di seluruh dunia dan menggunakan pesawat-pesawat termoden. Penerbangan Malaysia juga dipilih sebagai sepuluh penerbangan terbaik dunia dan dianugerahkan sebagai penerbangan lima bintang oleh Skytrax.


Aku adalah anak jati Johor yang dilahirkan di Kota Tinggi. Seawal usia 4 tahun, aku dan keluargaku berhijrah ke Miri, Sarawak. Dan dari situlah aku mula mengenali Malaysia Airlines. Penerbangan pertama aku di usia 4 tahun, adalah dengan menaiki Malaysia Airlines. Tapi dah tent-tentu aku tak akan ingat fine print memori usia 4 tahun. Cuma bits and pieces. Oleh sebab abah aku adalah seorang pegawai kerajaan dari Semenanjung, maka kami sekeluarga ketika itu akan diberikan setahun sekali tiket penerbangan pergi dan balik dari Miri ke Johor.

Pilihan syarikat penerbangan kami waktu itu, cuma satu, hanya satu dan tetap yang satu itu, iaitu Malaysia Airlines. Penerbangan dari Miri ke Kuching selalunya mengambil masa 45 minit ke atas. Transit di Kuching sebentar, dan kami akan meneruskan penerbangan ke Johor dan mengambil masa satu jam lebih. Waktu itu, aku cukup seronok bila tiap kali dapat khabar berita nak balik kampung. Salah satunya mestilah sebab dapat jumpa sanak saudara yang jauh di mata. Satu juga sebabnya adalah dapat naik belon a.k.a kapal terbang, tengok pramugari dan pramugara yang cantic, kacak lagi peramah.

Kanak-kanak, memang teruja bila tiap kali nampak kapal terbang gah berdiri, dengan logo merah birunya. Lagi teruja dah tentu bila dapat masuk ke dalam perut kapal terbang. Perasaan seronok tiba pada kemuncak saat makanan dihidangkan oleh pramugari. Makanan yang dihidangkan dalam penerbangan Malaysia Airlines waktu itu memang ummpphhhh, bekas makanan dan cawan dia pun best. Waktu kecil, semuanya buat aku teruja. Hobi aku adalah mengumpul semua sudu dan garfu lepas makan. Maka dekat rumah aku, boleh nampak banyak gila sudu garfu berlambang Malaysia Airlines. Haha.


Membesar dengan Malaysia Airlines, macam-macam pengalaman pahit manis dalam lipatan memori aku dan keluargaku. Pada usia 14 tahun, kali terakhir aku jejak kaki dalam pesawat Malaysia Airlines sebab abah berpindah semula ke Semenanjung. Sekarang di usia 30 tahun, entah jodoh atau apa, tuntutan kerja aku memerlukan aku untuk kerap menjelajah, dalam negeri, luar negeri, dan In shaa Allah luar negara satu hari nanti.

Dan selepas 16 tahun, pilihan aku untuk terbang (jika diizinkan poket) dah tentulah Malaysia Airlines. Psssttt. Mungkin Malaysia Airlines boleh selalu buat promosi tiket flight murah-murah, jadi bolehlah aku jadi pelanggan setia gila. Hehe.

Oh ya, dengar-dengar juga had baggage untuk Malaysia Airlines bagi penerbangan domestik dah jadi 30kg since 1 Mei 2017. Itu plus point untuk menarik lebih ramai pelanggan.


Terbang bersama MAS masih lagi menjadi pilihan rakyat Malaysia walaupun terdapat pelbagai penerbangan tambang murah yang menawarkan pakej menarik. Ianya kerana kredibiliti yang di tonjol kan oleh MAS masih lagi menambat hati rakyat Malaysia. Sesuai dengan motonya “MH- Malaysian Hospitality”. Layari link Malaysia Airlines Online Booking Ini untuk korang menikmati promotion yang best giler.

12 Sep 2017

Bleh! Not Romantic

September 12, 2017 0 Comments
Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Eh! Macam bergema rumah, kosong eh? Haha. Lama tak menulis, bila nak mula menulis, ada saja kerja yang akan terlintas dekat kepala. Nak ikutkan, macam adik aku kata, kerja memang tak akan pernah habis. Jadi in the midst of kesibukan, kenalah cari sikit waktu untuk kita isi kekosongan hati. Ecewah, gitu!!
=p

Baru balik dari Penang semalam, bercinta betul naik flight semenjak ada inner ear problem. Hurm. Problem of ear pressure is worse than before I had this ear problem. Guess I need to take some time and pay a visit to an ENT specialist. Kan?

Okaylah, back to the main reason I wanted to write this post. I am not sure if I can express this well, but I really want to write about this. Kisah Engku Emran dan Bella. Congratulation first of all to this love birds, I've been following them since I heard about the rumors they are in love and planning to get married.

Aku dah lama follow Instagram Laudya Cynthia Bella, sebab suka dia sejak zaman BBB. Plus, I got a really bad girl crush dengan dia, sebab dia sangat teramatlah cantik. Heee. I followed Kumbre after a while sebab suka tengok aktiviti fitness yang dia involve.

Pasangan ini memang tak sama dengan pasangan lain, when I followed them "seriously" in Instagram, I'm thinking I may see a lot of lovey dovey dates and pictures and all. Macam biasa yang kita tengok. But not in their case. Once in a blue moon mungkin kau akan nampak gambar lunch ke apa ke. But memang sangat jarang atau hampir tak adalah senang cerita. Itupun melalui akaun Bella. Akaun Instagram Engku nan hado. 

At that time, I kept pondering, are they gonna get married for real? Are they really in love? My thought at that time, bleh, he is not romantic at all.

*I know, silly me, silly thoughts. Dush dush to me.*


These two love birds finally got married yesterday. And today, Engku Emran making a short story in his Instagram, a story about how he met his love and the journey towards making it a halal relationship. I was really touched. They know each other just for a short period of time and then they decided to get married. The description of each picture in Engku's instagram was very deep and meaningful. It shows how he really love his wife. He is romantic, who the heck saying he is not. Duh. *rolling eyes*

Nowadays, it somehow become a norm, showing and displaying affections in social media. Through is, we never know the behind story of each and every picture in social media. They may look happy, loving but in reality they may be not. Some of them may not show and express their love to their loved ones, but that doesn't mean they love them less. They are reason Engku doesn't flaunts his love to the world through the social media, but as long as they both know they love each other, that's more than enough. Salah satu sebabnya, benda yang orang kata belum tentu lagi, jadi buat apa kita nak duduk tayang duduk hebah. Tak gitu? Kan kan kan?


Banyak benda aku nak express banyak lagi aku nak tulis, tapi aku rasa macam tak sampai makna sebenarnya yang aku cuba nak sampaikan. Kau faham apa aku tulis? Aku sendiri tak faham. Hahahaha. Tak apalah, biar aku tunggu short love story seterusnya dari Bella dan Engku, mungkin nanti ada idea nak menulis balik. Hahaha.

Daaaaa. Happy weekend semua. Jaga diri. Senyum selalu. Assalamualaikum.
:)