Malaysia Airlines! Bawaku Terbang!
Assalamualaikum!!
Rasanya bila tanya rakyat Malaysia, tak kira kecil
besar tua muda, mesti tahu dan kenal apa itu Malaysia Airlines dan siapa
mereka. Betul tak? Malaysia Airlines merupakan salah satu syarikat penerbangan
yang terulung di Malaysia dan terkenal di merata dunia. Syarikat penerbangan
ini mula bertapak sekitar tahun 70an dengan memulakan 34 penerbangan ke
destinasi domestik dan 6 destinasi antarabangsa. Mereka berpangkalan di
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang sebelum berpindah ke Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang sehinggalah ke hari ini.
Pada tahun 1986, MAS memulakan servis untuk sektor
Los Angeles, Amerika Syarikat. Pada akhir tahun yang sama, MAS menukar
indentitinya kepada Malaysia Airline / Penerbangan Malaysia. Sejak dari itu,
Penerbangan Malaysia berkembang dan kini terbang ke 100 destinasi di seluruh
dunia dan menggunakan pesawat-pesawat termoden. Penerbangan Malaysia juga
dipilih sebagai sepuluh penerbangan terbaik dunia dan dianugerahkan sebagai
penerbangan lima bintang oleh Skytrax.
Aku adalah anak jati Johor yang dilahirkan di Kota
Tinggi. Seawal usia 4 tahun, aku dan keluargaku berhijrah ke Miri, Sarawak. Dan
dari situlah aku mula mengenali Malaysia Airlines. Penerbangan pertama aku di
usia 4 tahun, adalah dengan menaiki Malaysia Airlines. Tapi dah tent-tentu aku
tak akan ingat fine print memori usia 4 tahun. Cuma bits and pieces. Oleh sebab
abah aku adalah seorang pegawai kerajaan dari Semenanjung, maka kami sekeluarga
ketika itu akan diberikan setahun sekali tiket penerbangan pergi dan balik dari
Miri ke Johor.
Pilihan syarikat penerbangan kami waktu itu, cuma
satu, hanya satu dan tetap yang satu itu, iaitu Malaysia Airlines. Penerbangan
dari Miri ke Kuching selalunya mengambil masa 45 minit ke atas. Transit di
Kuching sebentar, dan kami akan meneruskan penerbangan ke Johor dan mengambil
masa satu jam lebih. Waktu itu, aku cukup seronok bila tiap kali dapat khabar
berita nak balik kampung. Salah satunya mestilah sebab dapat jumpa sanak
saudara yang jauh di mata. Satu juga sebabnya adalah dapat naik belon a.k.a
kapal terbang, tengok pramugari dan pramugara yang cantic, kacak lagi peramah.
Kanak-kanak, memang teruja bila tiap kali nampak
kapal terbang gah berdiri, dengan logo merah birunya. Lagi teruja dah tentu
bila dapat masuk ke dalam perut kapal terbang. Perasaan seronok tiba pada
kemuncak saat makanan dihidangkan oleh pramugari. Makanan yang dihidangkan
dalam penerbangan Malaysia Airlines waktu itu memang ummpphhhh, bekas makanan
dan cawan dia pun best. Waktu kecil, semuanya buat aku teruja. Hobi aku adalah
mengumpul semua sudu dan garfu lepas makan. Maka dekat rumah aku, boleh nampak
banyak gila sudu garfu berlambang Malaysia Airlines. Haha.
Membesar dengan Malaysia Airlines, macam-macam pengalaman pahit manis dalam lipatan memori aku dan keluargaku. Pada usia 14 tahun, kali terakhir aku jejak kaki dalam pesawat Malaysia Airlines sebab abah berpindah semula ke Semenanjung. Sekarang di usia 30 tahun, entah jodoh atau apa, tuntutan kerja aku memerlukan aku untuk kerap menjelajah, dalam negeri, luar negeri, dan In shaa Allah luar negara satu hari nanti.
Dan selepas 16 tahun, pilihan aku untuk terbang
(jika diizinkan poket) dah tentulah Malaysia Airlines. Psssttt. Mungkin Malaysia
Airlines boleh selalu buat promosi tiket flight murah-murah, jadi bolehlah aku
jadi pelanggan setia gila. Hehe.
Oh ya, dengar-dengar juga had baggage untuk
Malaysia Airlines bagi penerbangan domestik dah jadi 30kg since 1 Mei 2017. Itu plus
point untuk menarik lebih ramai pelanggan.
Terbang bersama MAS masih lagi menjadi pilihan
rakyat Malaysia walaupun terdapat pelbagai penerbangan tambang murah yang
menawarkan pakej menarik. Ianya kerana kredibiliti yang di tonjol kan oleh MAS
masih lagi menambat hati rakyat Malaysia. Sesuai dengan motonya “MH- Malaysian
Hospitality”. Layari
link Malaysia Airlines Online Booking Ini untuk korang menikmati
promotion yang best giler.
Ulasan
hanisamanina.com