30 Nov 2014

Sendu Dihatimu Rindu Dijiwaku

November 30, 2014 1 Comments
[Written on Saturday, 29/11/2014]

Assalamualaikum.

Orang lahir 87 boleh ke tak boleh kalau nak panggil otai? Haha. Hari Sabtu yang suram dan sejuk. Hujan renyai-renyai diiringi sahutan guruh. Nyaman. Semenjak dua menjak, Melaka bila petang saja pasti akan hujan, tak dapatlah nak ke track untuk joging macam selalu. Nak ubah rutin ke pagi, liat sikit. Haha. Jadi duduklah kita di rumah sambil layan THR Gegar Petang.

Terdengar satu pilihan pendengar, lagu dari kumpulan Arrow, Sendu Di Hatimu Rindu Di Jiwaku. Siapa yang lahir tahun 80an 90an mesti familiar dengan lagu ini. Dan entah-entah ada yang jadikan lagu ini tema kisah cinta dia. Alah. Aku pun dulu-dulu selalu buat kononnya "LAGU TEMA CINTA". Kononnya! Haha.

Bila dengarkan lagu ini, serta merta otak teringat situasi yang aku alami. Lirik dia sangat kena dengan situasi. Suratankah? Atau kebetulankah? Haha. Apa pun, semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan esok akan lebih dan lebih baik lagi.

Assalamualaikum.




Lirik Sendu Di HatiMu Rindu Di JiwaKu - Arrow

Takdir yang menentukan
Pertemuan yang tak disangka
Takdir jua yang menentukan perpisahan
Di talian cinta ini
Terjalin ikatan mesra
Walau hanya seketika
Bagiku sungguh bermakna

Masih terkenang lagi
Kepadamu insan misteri
Yang sudi bertamu di hati
Tersentuh hatiku ini
Rasa ingin bersamamu
Menyapu si airmata
Menghilangkan rasa sendu di hati

(Korus)
Setiap malam
Kutunggu panggilanmu
Resah hatiku menanti
Walaupun sehari takku dengar suaramu
Hati rindu...
Kuterasa dunia ini bagai terhenti

Aku tahu kau rindukan aku
Belaian kasih mesra untukmu
Tak sempat lagi kita bersua bermesra
Engkau telah pergi jauh
Terlerailah genggaman mawar dari tanganku

Masih terkenang lagi
Kepadamu insan misteri
Yang sudi bertamu di hati
Tersentuh hati kuini
Rasa ingin bersamamu
Menyapu si airmata
Menghilangkan rasa sendu dihati







Cinta, Kasih Sayang, Pengorbanan

November 30, 2014 1 Comments
Assalamualaikum.

Salam hujung minggu. Dua tiga menjak hati fikiran banyak celarunya, jadi dengan menulis saja aku dapat leraikan sikit kekusutan yang menghambat diri. Ikutkan hati nak sambung novel yang terbengkalai dalam blog, rangka semua dah ada, tinggal nak menulis saja. Tapi malasnya bukan main lagi.

Kisah ini berlaku seminggu yang sudah, waktu itu aku baru pulang mengambil adik aku pulang dari kerja. Kebetulan juga orang baru balik dari sembahyang Jumaat di Masjid Al Azim. Ketika itu lampu isyarat dari kuning nak bertukar merah, kereta-kereta di depan aku bawa dengan perlahan, rupanya di depan sana ada sebuah motosikal yang ada carrier, sebiji sama dengan motosikal dalam gambar di bawah.

Si penunggangnya adalah seorang lelaki berbaju Melayu lusuh, aku rasa usianya dalam awal 30an, dan di dalam carrier pula duduk si isterinya yang mendukung anaknya yang masih kecil, aku jangkakan dalam 1 tahun atau 2 tahun usianya. Ketika itu cuaca panas terik tetapi ditemani hujan rintik. Dan aku perhatikan ramai pemandu-pemandu yang melemparkan pandangan pada tiga beranak ini.


Entah kenapa dan dari mana datang perasaan yang teramatlah sebak sehingga mengalir air mata tak henti. Aku perhatikan keluarga ini menggunakan cermin sisi kereta. Pasangan suami isteri ini sedikit pun tidak kelihatan seperti tak selesa walaupun banyak mata memandang ke arah mereka. Cumanya si isteri berusaha menggunakan kain tudungnya untuk menutup kepala anaknya supaya tidak terkena panas dan hujan. Si suami sambil mengusap bahu isterinya sambil bergurau dengan anaknya.

Yang membuat aku sebak dan mengalir air mata sebab mengingatkan kembali ceramah Ustaz Asri bertajuk Taubat & Doa yang aku dengar beberapa hari sebelum itu. Ustaz Asri kata, kadang apa yang kita minta bukan itu yang kita dapat, tapi sebenarnya kita lupa, Allah lebih tahu apa yang kita perlukan. DIA sentiasa perkenankan doa kita tapi mungkin dalam bentuk yang berbeza dan tak seperti yang kita minta. Dan kita perlulah sentiasa bersyukur.

Melihatkan keluarga 3 beranak itu, buat aku sedar, walau macam mana aku rasa diri aku susah dan diduga, ada lagi insan di luar sana yang diduga dengan lebih hebat. Aku berdoa, moga Allah berikan pasangan ini dan anaknya kebahagiaan, kesenangan dan dipermudahkan kehidupan mereka.

Ia juga buat aku teringatkan mak dan abah. Pengorbanan ayah dan ibu sememangnya tiada nilai, mereka akan cuba sedaya upaya melindungi kita, memberi kesenangan hidup pada kita, terlalu banyak pengorbanan mereka. Semoga anak itu membesar menjadi anak yang baik dan berbakti kepada ibu dan ayahnya.


Dan saat aku menaip ketika ini, lahir rasa kagum aku pada wanita itu yang berdiri teguh bersama suaminya. Itu yang buat aku teringat dengan cebisan ayat yang berbunyi, "Kesetiaan wanita diuji saat lelaki tak punya apa-apa. Tapi kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya." Aku doakan si isteri terus teguh berdiri di sisi suaminya dan si suami akan sentiasa sayang dan setia pada isterinya walau nanti sudah senang kehidupannya.

Salam hujung minggu semua. Assalamualaikum.

27 Nov 2014

Kamu Yang Kutunggu

November 27, 2014 0 Comments
Assalamualaikum.

It's 27th November. To erase a feeling, I should first erase all the details about that one person I have a feeling on. People said, why bother thinking of someone who doesn't care about your feeling. It's true but yet it is so difficult to do. How can I forgot a story about a red apple for my birthday. Huhu.

Forget about that. I came across this song yesterday and it definitely caught my attention. A song from Rossa and Afgan - KAMU YANG KUTUNGGU. Reading through the line, it makes me jealous of those who had found their happiness. Haha. The love story is so perfect. About the meeting of two souls, fall in love and embark through a journey to create more and more happiness. How nice to have this as a song for wedding video, ayte?

Talking about happiness, everybody wants to be happy, so do I. But not everyone has a luxury to achieve the happiness with ease. Some need to go through thousands of hardship, some just found their happiness just in front of their eye. One thing that I learned, when the chance to have your own happiness is just in front you, be brave and grab for it. We never know if we ever get that chance again.

I want to be happy. I want to find my happiness and stop looking at things that will never give me happiness. But is that really possible? I wonder. Good night people. Assalamualaikum. 



Kamu Yang Kutunggu



Telah ku temukan yang aku impikan
Kamu yang sempurna
Segala kekurangan, semua kelemahan
Kau jadikan cinta

Tanpamu ku tak bisa berjalan
Mencari cinta sejati tak ku temukan
Darimu aku bisa merasakan
Kesungguhan hati cinta yang sejati

Kamu dikirim tuhan untuk melengkapiku, tuk jaga hatiku
Kamu hasrat terindah untuk cintaku
Takkan cemas, ku percaya kamu
Karena kau jaga tulus cintamu
Ternyata kamu yang ku tunggu

Segala kekurangan, semua kelemahan
Kau jadikan cinta

Tanpamu ku tak bisa berjalan
Mencari cinta sejati tak ku temukan
Darimu aku bisa merasakan
Kesungguhan hati cinta yang sejati

Kamu dikirim tuhan untuk melengkapiku, tuk jaga hatiku
Kamu hasrat terindah untuk cintaku
Takkan cemas, ku percaya kamu
Karena kau jaga tulus cintamu
Ternyata (ternyata ooh) ternyata (oh ternyata)
Ternyata kamu yang ku tunggu



26 Nov 2014

Filem Hindi Best - Daawat-E-Ishq Subtitle Bahasa Melayu

November 26, 2014 3 Comments
Assalamualaikum.

Argh! Lama kan tak bebel panjang lebar. Haha. Sibuk, KATANYA!!! Okay, this will not be a long post from me. Just a simple one I guess. Ingat lagi kan slot review filem Hindi yang lalu untuk filem Daawat-E-Ishq? Guess what, I've watch that movie for 4 or 5 times already, I've lost count. Duh! Haha. Tapi itu bukan point utamanya ya kawan-kawan.


Atas sebab filem ini adalah filem kesukaan aku, ditambah lagi ada juga insan yang berjaya aku pengaruhi untuk tonton iaitu Cik Siput Sungai Hanis Amanina, dan dia pun setuju filem ini memang best. Jadi aku pun gigihlah mula terjemah subtitle BAHASA MELAYU untuk filem ini, supaya lebih ramai lagi orang akan tonton. Ecewah!! Projek kedua aku selepas filem MISS GRANNY yang mana dah cecah lebih 700 muat turun di Subscene.

Pertama sekali, aku mengaku memang SUSAH GILA terjemah subtitle filem Hindi. Walaupun aku dah tonton sejak dari kecil lagi. Bila ada yang tak kena dengan subtitle English asal, nak tak nak aku kena tonton semula filemnya untuk dengar dialognya. Just so that the sentence make more sense bila aku dah terjemah. Keduanya, dah tentulah lagu. Oh ya, aku terjemah lirik lagu sekali okay. Zzz. Haha. Sangat puitis dan sangat susah. Lagipun filem ini banyak perihal makanan, jadi kena telaah pasal makanan pula. But, it was a good experience.

Hope my subtitle will benefits some people. Walaupun bukanlah subtitle yang tip top dan terbaik, tapi harapnya mesej dari filem ini tentang ISU DUIT HANTARAN boleh sampai ke hati-hati kita orang Melayu. A deep movie. Indeed, a very deep one. Selamat menonton. Selamat bercuti sekolah. Jaga diri. 

Assalamualaikum.







19 Nov 2014

Aiskrim Oreo! Jadi Ke Tak Jadi?

November 19, 2014 0 Comments
Assalamualaikum.

Salam pagi Selasa buat semua yang membaca. Kalau nak diikutkan, cycle kedua NAK KURUS dah pun habis, sebab yang ketiga pun dah bermula dan dah pun masuk hari ketiga. InsyaALLAH, entry AFTER 56 DAYS, MY SECOND WEIGH IN akan menyusul jika ada kelapangan.

Entry ini cerita hujung minggu yang sudah. Kalau nak diikutkan, sepanjang 56 hari aku mulakan misi aku, adalah beberapa hari cheat day untuk kasi gegar metabolisma aku, supaya dia keliru sikit. Haha. Maka untuk cheat day di penghujung cycle kedua, aku belajar buat aiskrim Oreo kesukaan ramai. Mula-mula ingat tak jadi, sebab tekstur dia cair, tapi bila dah frozen lebih 24 jam, Alhamdulillah, rupa bentuk aiskrim pun terjadi. Rasanya pun dah tentulah macam aiskrim Oreo. Kekeke.

Resepi untuk aiskrim homemade ini ada banyak sebenarnya. Terlalu banyak. Tinggal rajin tak rajin saja nak pergi cari dan try and error mana yang menjadi, mana yang sedap, mana yang paling kick. Aku terpengaruh pun lepas tengok sebuah video yang dikongsi di Facebook, membuat aiskrim dengan hanya menggunakan DUA BAHAN, iaitu WHIPPING CREAM dan SUSU PEKAT MANIS. Dan kalau anda rajin, across the websites, ada banyak lagi jenis variasi resepi. Ada yang tak guna whipping cream sebaliknya guna susu sejat / susu segar. Dan macam-macam lagilah.

CREDIT PICTURE TO THIS SITE

Yang aku buat, aku kacuk 2, 3 resepi. Dan bila dah derhaka resepi, itu pasal cair jadinya. Orang lain buat likat pekat, aku cair. Haha. Tapi nasiblah bila keras jadi aiskrim juga, dan teksturnya berkrim. Jom tengok macam mana aku buat sampai jadi cair, dan apa step yang aku akan ubah kalau aku buat aiskrim next time.

BAHAN-BAHAN
250ML WHIPPING CREAM
1 TIN SUSU SEJAT
1/4 TIN atau 1/2 TIN SUSU PEKAT MANIS (IKUT SELERA ANDA)
1 BIJI TELUR
1 SUDU KECIL OVALETTE
1 SUDU KECIL ESEN VANILLA
1 PAKET OREO

CARA-CARA
1) Pukul telur, ovalette dan esen vanilla. Aku guna stand mixer.
2) Bila dah kembang, campur semua whipping cream, susu sejat dan susu pekat manis. Sampai tekstur jadi likat. (YANG MANA AKU PUNYA CAIR!!!)
3) Hancurkan Oreo dan gaulkan dalam bahan-bahan yang dah selesai dipukul tadi.
4) Masuk dalam bekas dan sejukkan.

APA YANG AKU NAK UBAH??!!

1) Next time aku mungkin akan guna susu sejat + susu segar. Sebab rasa macam terlalu berlemak sangat pada tekak aku.

2) Pukul whipping cream dulu, sampai hampir nak likat. Ketepikan. Barulah pukul bahan-bahan lain. Bila dah kembang, baru aku akan campurkan pada whipping cream dan pukul lagi sedikit. Nak pukul lama-lama pun tak boleh sebab whipping cream boleh cair balik.

3) Atau pun next time, aku akan guna resepi lain. Hahaha. Versi pertama, whipping cream DAN susu pekat manis saja. Versi kedua, susu sejat, susu pekat manis, telur, dan ovalette, TANPA WHIPPING CREAM.



Sekian saja bebelan aku di pagi hari. Esok dah Rabu weh. Hari interview aku. Berdebar memang tak usah cakaplah, tapi cuba tenangkan hati dan bersikap positif. Doakan aku ya. Have a great day ahead people. Senyum selalu. Assalamualaikum.



16 Nov 2014

Peluang Kedua

November 16, 2014 1 Comments
Assalamualaikum.

Lama dah tak update. Usaha diet dan bersenam masih diteruskan walaupun momentum ada turun naik, berat turun pun dah tak sebanyak bulan yang pertama. Tapi tetap kena teruskan juga, paling tidak raya tahun depan balik kampung, orang dah tak kenal dah bila jumpa. Haa gitu!! Haha. Entry-entry NAK KURUS lain akan menyusul bila aku ada masa dan kerajinan okay.

Bulan November dah 12 hari berlalu, tak seperti bulan-bulan sebelumnya, bulan ini lebih produktif dan banyak cerita-cerita suka duka gembira lara. Haha. Memegang title penganggur terhormat bukanlah sesuatu yang membanggakan, banyak duka lara yang tak mampu terluah dek kata-kata. Aku akui, zaman sekarang nak cari kerja memang bukan senang. Banyak persaingan di luar sana, jadi bila dah dapat sesuatu kerja itu, hargailah ia. Huhu. Nak kata dekat diri sendiri dah tak boleh dah, cuma harapnya lain kali semoga lebih baik dari yang lalu.


Bulan ini bulan yang memang aku nantikan. Ada 2 jawatan yang aku mohon yang mana aku memang sangat suka dengan jawatan yang ditawarkan. Aku dapat rasa, itu tempat yang paling sesuai untuk aku, rasa seperti bertemu soulmate. Amboi. Haha. Pertama sekali yang aku mohon adalah pada penghujung Oktober, aku memohon kerja di Fakulti Perubatan Universiti Malaya. Hmm. Kembali semula ke tempat pengajian aku. Jujurnya aku tak mengharapkan sangat, sebab ianya lebih menjurus kepada pendidikan perubatan, tapi tak sangka ada rezeki aku dipanggil temuduga.

Aku dapat panggilan telefon lewat petang semalam, Dr. Foong nama pemanggilnya. Beliau nyatakan tertarik dengan resume aku sebab aku merupakan graduan perubatan Universiti Malaya, jadi aku lebih memahami sistem pengajaran di Fakulti Perubatan UM. Dan dia pun teringin nak tahu kenapa aku tak habiskan housemanship. Hmm. Nampaknya interview minggu depan pasti akan ada banyak soalan yang akan diajukan tentang sejarah kerja aku dulu. Walaupun beliau kata ianya takkan mengganggu gugat jawatan yang aku mohon ini, tapi aku ada sedikit gentar. Hmm.


Satu lagi jawatan yang aku memang sangat nanti-nantikan panggilan temuduga adalah jawatan Pegawai Perubatan Majlis Perbandaran Johor Bharu yang aku mohon awal bulan ini. Cukup suka dengan jawatan ini sebab ianya melibatkan Public Health dan Environmental Health yang aku memang suka. Kalau ditakdirkan ada rezeki interview dan berjaya keduanya (mudah-mudahan), aku akan alami dilema nak pilih yang mana satu. Huhu. Interview pun belum lagi tapi dah berangan tinggi melangit kan. Haha. Apa salahnya, mimpi biar sampai ke bintang orang kata.

Dah lama aku nantikan peluang kedua dalam hidup aku, dan syukur Allah makbulkan doa. Walaupun cuma langkah pertama, tapi aku tetap bersyukur, paling tidak aku dah mula nampak ada sinar di hujung sana untuk bantu aku terus berjalan. Doakan aku. Selamat malam semua. Jaga diri. Assalamualaikum.


HEART SPEAKS : It's November again. 27th November is just around the corner, I told myself last year I won't be remembering this date anymore, I won't be lingering with those feelings anymore, I won't make that person feels uncomfortable with all my doings and my stupid feelings, but I guess it's not that easy. Huhu. It's been some time since we last had a conversation, but I hope life is treating you well. And I hope too, one day I'll be able to forget, you.






4 Nov 2014

Filem Hindi 2014 Yang Best Dan Wajib Tonton #2 : Daawat-E-Ishq

November 04, 2014 3 Comments
ALL PICTURES ARE TAKEN FROM GOOGLE. CREDIT TO THE RESPECTED SITE


Assalamualaikum.

Minggu yang sudah konon saja-saja nak tulis review dan pendapat tentang filem-filem Hindi yang dah ditonton, tapi tiba-tiba rasa seronok bila ada yang datang baca, tonton dan beri feedback mereka pada kita, rasa appreciate sangat. Okay, touching sikit. Haha.

Jadi, kali ini kita teruskan dengan review filem yang seterusnya. Harus diingatkan, segala review dan pendapat adalah dari kaca mata dan selera aku sendiri, dan mungkin tak sama dengan selera orang di luar sana, jadi janganlah terima review aku bulat-bulat dan anda sendiri nilaikan filem yang anda tonton.

Nanti karang orang kutuk aku kata filem tak best tapi aku beriya letak tajuk entry BEST DAN WAJIB TONTON. Hehe.


DAAWAT-E-ISHQ

RATING AKU    : 4 / 5
RATING IMDB  : 6.4 / 10
PENGARAH       : HABIB FAISAL
PRODUSER        : ADITYA CHOPRA (YASH RAJ FILMS)


Okay, pertama-tama sekali, aku sendiri keliru macam mana nak mula review tentang filem Daawat-E-Ishq ini, sebab ceritanya yang agak kompleks. Sebuah filem romantik komedi yang mana penghujungnya macam ada selit sikit action dan thriller. Haha. Filem ini dibintangi Aditya Roy Kapoor dan Parineeti Chopra (Hasee Toh Phasee) dan ditayangkan di India pada bulan September yang lalu.

Filem ini berjaya pecah panggung dan mendapat banyak review positif. Topik yang cuba diketengahkan dalam filem ini adalah tentang mas kahwin (DOWRY), yang mana kita tahu dalam budaya masyarakat India, pihak perempuan perlu memberikan mas kahwin kepada pihak lelaki. Isu ini sangat popular di India kerana ianya dianggap penindasan kepada pihak perempuan apatah lagi jika mas kahwin yang diminta adalah terlalu tinggi dan tak munasabah.


Itulah yang terjadi pada Gulrez Qadir, seorang promoter di kedai kasut yang mempunyai ijazah MBA dan petah berbahasa Inggeris. Impiannya adalah untuk menjadi seorang fashion designer yang terkenal dan berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam bidang design di Amerika. Dan dalam masa yang sama, dia juga sedang mencari calon suami yang sesuai.

Bagi dia cukuplah si lelaki berpelajaran dan bagi dia lelaki yang pandai berbahasa Inggeris adalah yummy. Tetapi pinangannya telah banyak kali ditolak semuanya gara-gara mas kahwin yang melampau. Akhirnya Gulrez putus harapan dan tak lagi berharap akan wujud Mr. Universe yang akan hadir dalam hidup dia. Dia katakan pada ayahnya yang dia tak akan berkahwin dan mahu melanjutkan pelajaran di Amerika.

Masalah? Wang untuk ke Amerika tak mencukupi. Jadi Gulrez telah mendapat idea yang agak GILA, iaitu untuk mencari seorang lelaki, kahwin olok-olok, peras ugut untuk dapatkan wang dan akhirnya tinggalkan si lelaki. Jadi dia bersama ayahnya mengubah identiti, dan dari Hyderabad menuju ke Lucknow untuk mencari "MANGSA".


Dan mangsa yang tak berapa nak bertuah itu adalah Tariq Haider, seorang pemilik restoran kebab yang sangat popular di Lucknow. A perfect man. Nak tahu macam mana penipuan bertukar jadi cinta, dan apakah Gulrez sampai hati untuk lukakan hati Tariq, kenalah tengok sendiri.

Filem berdurasi 1 jam 58 minit ini tak membosankan dan jalan ceritanya agak fresh bagi diri aku. And again, I kept asking where on earth can you find some guy like Tariq Haider? Haha. Soalan yang memang aku akan selalu tanya kalau tengok filem Hindi yang ada lelaki perfect!! Kekeke.

Memorable scene? Bila Tariq Haider bawa Gulrez masuk ke biliknya dan menutup segala pintu dan tingkap. Apa yang Tariq buat memang sangat mengejutkan aku. Tsk tsk. Overall aku sukakan filem ini. Aku beri 4 bintang dari 5. Jangan tengok Tariq macam serabut, bila lama-lama tengok, hati kita pula yang jadi serabut. Ops! Merepek sudah.


Apa pun, bagi yang berminat, selamat menonton. Dan harapnya anda semua terhibur macam mana aku terhiburnya menonton Daawat-E-Ishq. Sampai entry yang akan datang. Jaga diri.

Assalamualaikum.

Credit to IDFL's UPLOADER

Credit to the uploader from Subscene. I re-timed and re-uploaded it to match with the video provided. Thank you.