Filem Hindi 2014 Yang Best Dan Wajib Tonton #2 : Daawat-E-Ishq

ALL PICTURES ARE TAKEN FROM GOOGLE. CREDIT TO THE RESPECTED SITE


Assalamualaikum.

Minggu yang sudah konon saja-saja nak tulis review dan pendapat tentang filem-filem Hindi yang dah ditonton, tapi tiba-tiba rasa seronok bila ada yang datang baca, tonton dan beri feedback mereka pada kita, rasa appreciate sangat. Okay, touching sikit. Haha.

Jadi, kali ini kita teruskan dengan review filem yang seterusnya. Harus diingatkan, segala review dan pendapat adalah dari kaca mata dan selera aku sendiri, dan mungkin tak sama dengan selera orang di luar sana, jadi janganlah terima review aku bulat-bulat dan anda sendiri nilaikan filem yang anda tonton.

Nanti karang orang kutuk aku kata filem tak best tapi aku beriya letak tajuk entry BEST DAN WAJIB TONTON. Hehe.


DAAWAT-E-ISHQ

RATING AKU    : 4 / 5
RATING IMDB  : 6.4 / 10
PENGARAH       : HABIB FAISAL
PRODUSER        : ADITYA CHOPRA (YASH RAJ FILMS)


Okay, pertama-tama sekali, aku sendiri keliru macam mana nak mula review tentang filem Daawat-E-Ishq ini, sebab ceritanya yang agak kompleks. Sebuah filem romantik komedi yang mana penghujungnya macam ada selit sikit action dan thriller. Haha. Filem ini dibintangi Aditya Roy Kapoor dan Parineeti Chopra (Hasee Toh Phasee) dan ditayangkan di India pada bulan September yang lalu.

Filem ini berjaya pecah panggung dan mendapat banyak review positif. Topik yang cuba diketengahkan dalam filem ini adalah tentang mas kahwin (DOWRY), yang mana kita tahu dalam budaya masyarakat India, pihak perempuan perlu memberikan mas kahwin kepada pihak lelaki. Isu ini sangat popular di India kerana ianya dianggap penindasan kepada pihak perempuan apatah lagi jika mas kahwin yang diminta adalah terlalu tinggi dan tak munasabah.


Itulah yang terjadi pada Gulrez Qadir, seorang promoter di kedai kasut yang mempunyai ijazah MBA dan petah berbahasa Inggeris. Impiannya adalah untuk menjadi seorang fashion designer yang terkenal dan berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam bidang design di Amerika. Dan dalam masa yang sama, dia juga sedang mencari calon suami yang sesuai.

Bagi dia cukuplah si lelaki berpelajaran dan bagi dia lelaki yang pandai berbahasa Inggeris adalah yummy. Tetapi pinangannya telah banyak kali ditolak semuanya gara-gara mas kahwin yang melampau. Akhirnya Gulrez putus harapan dan tak lagi berharap akan wujud Mr. Universe yang akan hadir dalam hidup dia. Dia katakan pada ayahnya yang dia tak akan berkahwin dan mahu melanjutkan pelajaran di Amerika.

Masalah? Wang untuk ke Amerika tak mencukupi. Jadi Gulrez telah mendapat idea yang agak GILA, iaitu untuk mencari seorang lelaki, kahwin olok-olok, peras ugut untuk dapatkan wang dan akhirnya tinggalkan si lelaki. Jadi dia bersama ayahnya mengubah identiti, dan dari Hyderabad menuju ke Lucknow untuk mencari "MANGSA".


Dan mangsa yang tak berapa nak bertuah itu adalah Tariq Haider, seorang pemilik restoran kebab yang sangat popular di Lucknow. A perfect man. Nak tahu macam mana penipuan bertukar jadi cinta, dan apakah Gulrez sampai hati untuk lukakan hati Tariq, kenalah tengok sendiri.

Filem berdurasi 1 jam 58 minit ini tak membosankan dan jalan ceritanya agak fresh bagi diri aku. And again, I kept asking where on earth can you find some guy like Tariq Haider? Haha. Soalan yang memang aku akan selalu tanya kalau tengok filem Hindi yang ada lelaki perfect!! Kekeke.

Memorable scene? Bila Tariq Haider bawa Gulrez masuk ke biliknya dan menutup segala pintu dan tingkap. Apa yang Tariq buat memang sangat mengejutkan aku. Tsk tsk. Overall aku sukakan filem ini. Aku beri 4 bintang dari 5. Jangan tengok Tariq macam serabut, bila lama-lama tengok, hati kita pula yang jadi serabut. Ops! Merepek sudah.


Apa pun, bagi yang berminat, selamat menonton. Dan harapnya anda semua terhibur macam mana aku terhiburnya menonton Daawat-E-Ishq. Sampai entry yang akan datang. Jaga diri.

Assalamualaikum.

Credit to IDFL's UPLOADER

Credit to the uploader from Subscene. I re-timed and re-uploaded it to match with the video provided. Thank you.



Ulasan

Hanis Amanina berkata…
Akak! :D thank you utk suggestion ni. best cerita dia. sesuai sgt dgn zaman sekarang yg banyak letak hantaran tinggi2 T_T

hanisamanina.com
@Amanina Kannn? Masih ada lagi filem Hindi baru yang bagus-bagus dan beri pengajaran kan? And this one is one of the film. Orang kita kena tengok ni. Heee. Glad that you like it. Thanx a lot for the feedback.
bz the witch berkata…
lamanya tak tengok filem hindi. lepas baca review ni, terus rasa
nak tgok pula..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?