Peluang Kedua

Assalamualaikum.

Lama dah tak update. Usaha diet dan bersenam masih diteruskan walaupun momentum ada turun naik, berat turun pun dah tak sebanyak bulan yang pertama. Tapi tetap kena teruskan juga, paling tidak raya tahun depan balik kampung, orang dah tak kenal dah bila jumpa. Haa gitu!! Haha. Entry-entry NAK KURUS lain akan menyusul bila aku ada masa dan kerajinan okay.

Bulan November dah 12 hari berlalu, tak seperti bulan-bulan sebelumnya, bulan ini lebih produktif dan banyak cerita-cerita suka duka gembira lara. Haha. Memegang title penganggur terhormat bukanlah sesuatu yang membanggakan, banyak duka lara yang tak mampu terluah dek kata-kata. Aku akui, zaman sekarang nak cari kerja memang bukan senang. Banyak persaingan di luar sana, jadi bila dah dapat sesuatu kerja itu, hargailah ia. Huhu. Nak kata dekat diri sendiri dah tak boleh dah, cuma harapnya lain kali semoga lebih baik dari yang lalu.


Bulan ini bulan yang memang aku nantikan. Ada 2 jawatan yang aku mohon yang mana aku memang sangat suka dengan jawatan yang ditawarkan. Aku dapat rasa, itu tempat yang paling sesuai untuk aku, rasa seperti bertemu soulmate. Amboi. Haha. Pertama sekali yang aku mohon adalah pada penghujung Oktober, aku memohon kerja di Fakulti Perubatan Universiti Malaya. Hmm. Kembali semula ke tempat pengajian aku. Jujurnya aku tak mengharapkan sangat, sebab ianya lebih menjurus kepada pendidikan perubatan, tapi tak sangka ada rezeki aku dipanggil temuduga.

Aku dapat panggilan telefon lewat petang semalam, Dr. Foong nama pemanggilnya. Beliau nyatakan tertarik dengan resume aku sebab aku merupakan graduan perubatan Universiti Malaya, jadi aku lebih memahami sistem pengajaran di Fakulti Perubatan UM. Dan dia pun teringin nak tahu kenapa aku tak habiskan housemanship. Hmm. Nampaknya interview minggu depan pasti akan ada banyak soalan yang akan diajukan tentang sejarah kerja aku dulu. Walaupun beliau kata ianya takkan mengganggu gugat jawatan yang aku mohon ini, tapi aku ada sedikit gentar. Hmm.


Satu lagi jawatan yang aku memang sangat nanti-nantikan panggilan temuduga adalah jawatan Pegawai Perubatan Majlis Perbandaran Johor Bharu yang aku mohon awal bulan ini. Cukup suka dengan jawatan ini sebab ianya melibatkan Public Health dan Environmental Health yang aku memang suka. Kalau ditakdirkan ada rezeki interview dan berjaya keduanya (mudah-mudahan), aku akan alami dilema nak pilih yang mana satu. Huhu. Interview pun belum lagi tapi dah berangan tinggi melangit kan. Haha. Apa salahnya, mimpi biar sampai ke bintang orang kata.

Dah lama aku nantikan peluang kedua dalam hidup aku, dan syukur Allah makbulkan doa. Walaupun cuma langkah pertama, tapi aku tetap bersyukur, paling tidak aku dah mula nampak ada sinar di hujung sana untuk bantu aku terus berjalan. Doakan aku. Selamat malam semua. Jaga diri. Assalamualaikum.


HEART SPEAKS : It's November again. 27th November is just around the corner, I told myself last year I won't be remembering this date anymore, I won't be lingering with those feelings anymore, I won't make that person feels uncomfortable with all my doings and my stupid feelings, but I guess it's not that easy. Huhu. It's been some time since we last had a conversation, but I hope life is treating you well. And I hope too, one day I'll be able to forget, you.






Ulasan

nor asmani berkata…
salam kenal...semoga Allah permudahkan urusan cik farhana n tunaikan segala impian... amin..salam perkenalan ,jmput sggh blog sya.ada shawl yg cntk2 dgn harga yg murah2 jer.

http: //arishaain. mywapblog. com

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T