20 Jun 2015

Jatuh Cinta Habis Dengan #HidayahMuRamadan

Jun 20, 2015 2 Comments
Assalamualaikum.

Salam kedua Ramadan. Apa macam? Puasa okay? Alhamdulillah kalau semuanya baik-baik, okay-okay saja. Okay, kan dah janji nak update selalu blog yang dah lama dibiarkan bersawang ini kan? Jadi, tergerak pula tangan nak update tentang satu dama baru yang ditayangkan di slot Samarinda TV3 ini.

First of all, aku jarang layan drama Melayu. Selalunya aku download dan simpan saja. Ada masa ada mood baru tengok. Tapi kali ini, lain pula ceritanya. Drama ini ditayangkan pada hari Selasa hingga Khamis, pukul 10 - 11 malam. Ikutkan hati, nak suruh TV3 tayang Isnin sampai Jumaat, lagi best. Haha. Tapi memang aku tak sempatlah nak follow jadual rancangan ini yang sebenar dekat TV, so aku akan download dan tonton.

Konon nak simpan dulu, ada masa baru tengok. Sekali tengok episod pertama terus melarat follow sampai episod latest. Senang kata, memang dah jatuh cinta habis dengan HidayahMu Ramadan. Drama bulan Ramadan memang best-best kan selalunya?

Kredit gambar kepada DRAMAFULLTV
Okay, pertama sekali aku tergerak nak tonton drama ini sebab Zara Zya yang berlakon. Aku suka sangat cara dia berlakon, cara dia deliver dialog dengan emosi dia. Macam talking in real life. Bila dah tonton, tersangkut pula dengan watak si Amar lakonan Aeril Zafrel pula. Haha. Drama dia memang agak klise, tapi ada mesej dan lakonan pelakon-pelakon semua best. That's why aku melekat tengok drama ini. Haha.

Watak Datin Rogayah dan anaknya Amira memang menyakitkan hatilah, of course. Bingitnya bila mereka menjerit, aduhai, rasa macam nak tarik keluar vocal cord mereka. Haha. Kadang bila dah banyak sangat drama adaptasi novel, penonton akan mula pula tercari-cari drama yang menggunakan idea asal, and this one is the one you should watch if you are tired of watching those adaptation drama. 

Kredit gambar kepada INFOTAIP

Aku bagi rating drama ini 5 bintang dari 5 bintang. Setakat 7 episod yang dah ditayangkan, memang best. Sundtrack dia pun salah satu sebab buat aku melekat. Suka lagu nyanyian Nazmi Irfan bertajuk Kau Yang Satu. Cuma belum ada full version rasanya lagi.

Tak sabar nak tunggu episod akhir sebenarnya. Perasaan dah macam excited tonton drama Korea pula. Haha. A must watch drama. Tapi, solat Terawih dulu okay, baru berhibur.

Till here guys. Take care. Assalamualaikum.


P/S : Suka tengok muka Dr. Katrina lakonan Zahirah Macwilson. Muka dia sangat cantik. Adore!!

18 Jun 2015

Resepi Orang Bujang Ketika Bulan Puasa - Ayam Dan Taugeh Saja!

Jun 18, 2015 2 Comments
Assalamualaikum.

Terlebih dahulu, ampun maaf dipinta andai ada segala salah dan silap selama mengenali diri kita. Esok kita dah pun menginjakkan kaki di bulan Ramadan, syukur Alhamdulillah diberi peluang untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini. Jom sama-sama kumpul amal dan pahala. Yang mana buruk, kita buang. Yang mana dah baik, kita jadikan lagi terbaik. Jom kita!
:)


Lama kan tak menconteng? Oleh kerana esok dah mula puasa, kita publishlah entry yang dah lama diperam sebenarnya. Masih lagi berstatus bujang Ramadan kali ini, walaupun tinggal dengan mak, tapi kadang-kadang masak jugalah. Praktis katanya. Sebab utama aku kongsikan resepi yang mudah gila ini kerana kedua-dua inilah adalah makanan kesukaan aku. AYAM dan TAUGEH!!! Kalau ada 2 jenis makanan ini pun bagi aku dah cukup. Pandai-pandailah ubah nak masak apa jenis lauk.

TAUGEH GORENG

1 mangkuk taugeh yang dah dibuang ekor
1/2 biji bawang besar @ 3 sudu besar bawang yang telah diblend
2 ulas bawang putih yang dipenyekkan
1 batang cili merah dihiris
Rencah udang

CARA-CARA :

1) Cuci bersih taugeh yang dah anda buang ekor.
2) Panaskan sedikit minyak.
3) Tumis segala bawang-bawang anda. Aku selalu guna bawang blend dan juga bawang potong.
4) Masukkan cili merah.
5) Masukkan rencah udang ikut selera anda. (Letaklah dalam 5, 6 ekor udang kecil-kecil)
6) Bila dah garing, masukkan sedikit air. (Kalau banyak nanti jadi sayur air)
7) Perasakan dengan garam.
8) Masukkan taugeh tadi dan gorenglah sebentar.
9) Aku tak suka goreng lama sangat, nanti layu. Average crispy pun dah okay.
10) Siap!!


AYAM GORENG SAMBAL CILI PADI

Ayam (ikut suka anda nak bahagian apa)
3-4 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
4 - 5 batang cili merah / hijau
Cili padi ikut tahap kepedasan anda (Aku selalu guna dalam lingkungan 11 - 21 batang)
1 inci belacan
Air asam jawa
Garam dan gula

CARA - CARA :

1) Ayam tadi lumur dengan garam kunyit lalu digoreng. Aku suka garing-garing. Tos dan angkat. Letak tepi.
2) Bawang besar + bawang putih + cili merah + cili padi + belacan, kesemuanya diblender.
3) Panaskan minyak.
4) Masukkan bahan-bahan yang dah diblend tadi ke dalam kuali.
5) Tumislah sehingga agak garing.
6) Masukkan sedikit air asam jawa. 
7) Garam dan gula secukup rasa.
8) Akhir sekali, ayam yang dah digoreng tadi dicampurkan dengan sambal yang dah garing.
9) Kaup balik sampai sambal semuanya kena pada ayam. Dah boleh angkat.
10) Siap!!


Okay siap dah entry kita. Dah nama pun bujang, malas nak masak benda yang leceh-leceh, bolehlah cuba resepi dari orang bujang yang tak adalah hebat masak pun ini. Haha. Bagi yang perut tak tahan pedas, janganlah bubuh banyak sangat cili padi okay. Ini bulan puasa.

Sekian, resepi orang bujang untuk orang bujang. InsyaALLAH akan rajin mengupdate blog selepas ini. Till next time. Assalamualaikum.