Resepi Orang Bujang Ketika Bulan Puasa - Ayam Dan Taugeh Saja!
Assalamualaikum.
Terlebih dahulu, ampun maaf dipinta andai ada segala salah dan silap selama mengenali diri kita. Esok kita dah pun menginjakkan kaki di bulan Ramadan, syukur Alhamdulillah diberi peluang untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini. Jom sama-sama kumpul amal dan pahala. Yang mana buruk, kita buang. Yang mana dah baik, kita jadikan lagi terbaik. Jom kita!
:)
Lama kan tak menconteng? Oleh kerana esok dah mula puasa, kita publishlah entry yang dah lama diperam sebenarnya. Masih lagi berstatus bujang Ramadan kali ini, walaupun tinggal dengan mak, tapi kadang-kadang masak jugalah. Praktis katanya. Sebab utama aku kongsikan resepi yang mudah gila ini kerana kedua-dua inilah adalah makanan kesukaan aku. AYAM dan TAUGEH!!! Kalau ada 2 jenis makanan ini pun bagi aku dah cukup. Pandai-pandailah ubah nak masak apa jenis lauk.
TAUGEH GORENG
1 mangkuk taugeh yang dah dibuang ekor
1/2 biji bawang besar @ 3 sudu besar bawang yang telah diblend
2 ulas bawang putih yang dipenyekkan
1 batang cili merah dihiris
Rencah udang
CARA-CARA :
1) Cuci bersih taugeh yang dah anda buang ekor.
2) Panaskan sedikit minyak.
3) Tumis segala bawang-bawang anda. Aku selalu guna bawang blend dan juga bawang potong.
4) Masukkan cili merah.
5) Masukkan rencah udang ikut selera anda. (Letaklah dalam 5, 6 ekor udang kecil-kecil)
6) Bila dah garing, masukkan sedikit air. (Kalau banyak nanti jadi sayur air)
7) Perasakan dengan garam.
8) Masukkan taugeh tadi dan gorenglah sebentar.
9) Aku tak suka goreng lama sangat, nanti layu. Average crispy pun dah okay.
10) Siap!!
AYAM GORENG SAMBAL CILI PADI
Ayam (ikut suka anda nak bahagian apa)
3-4 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
4 - 5 batang cili merah / hijau
Cili padi ikut tahap kepedasan anda (Aku selalu guna dalam lingkungan 11 - 21 batang)
1 inci belacan
Air asam jawa
Garam dan gula
CARA - CARA :
1) Ayam tadi lumur dengan garam kunyit lalu digoreng. Aku suka garing-garing. Tos dan angkat. Letak tepi.
2) Bawang besar + bawang putih + cili merah + cili padi + belacan, kesemuanya diblender.
3) Panaskan minyak.
4) Masukkan bahan-bahan yang dah diblend tadi ke dalam kuali.
5) Tumislah sehingga agak garing.
6) Masukkan sedikit air asam jawa.
7) Garam dan gula secukup rasa.
8) Akhir sekali, ayam yang dah digoreng tadi dicampurkan dengan sambal yang dah garing.
9) Kaup balik sampai sambal semuanya kena pada ayam. Dah boleh angkat.
10) Siap!!
Okay siap dah entry kita. Dah nama pun bujang, malas nak masak benda yang leceh-leceh, bolehlah cuba resepi dari orang bujang yang tak adalah hebat masak pun ini. Haha. Bagi yang perut tak tahan pedas, janganlah bubuh banyak sangat cili padi okay. Ini bulan puasa.
Sekian, resepi orang bujang untuk orang bujang. InsyaALLAH akan rajin mengupdate blog selepas ini. Till next time. Assalamualaikum.
Ulasan
Salam Ramadhan Farhana. Moga Ramadhan kali ni lebih baik dr tahun2 sebelumnya, ameen.
Anyway, salam Ramadhan juga Farhana. Take care babe. :)