Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

Selamat Ulang Tahun Yang Pertama Farhana

Imej
Assalamualaikum. Tahun 2020. Hampir setahun selepas entry terakhir. Hajat hati tak mahu dah menulis, tapi hati tergerak nak berkongsi pada yang masih sudi membaca. Pengalaman jika dikongsi mungkin beri manfaat pada yang memerlukan. Betul tak? Ogos 2020. Genap setahun. Setahun selepas peristiwa yang banyak mengubah kehidupan seorang yang bernama Farhana. Kahwin? Haha. Oh tidak. Alangkah indahnya kalau ianya ulangtahun perkahwinan, maklumlah kawan-kawan sebaya semua dah beranak dua tak pun tiga, kita beranak kucing sajalah. Ogos 2019. Bermulanya hidup aku dengan ubat-ubatan. Aku bersyukur, disebabkan latar belakang dunia perubatan yang aku ada, aku dapat kesan segalanya lebih awal, dan dapatkan rawatan. Semuanya bermula dengan kencing berbuih. Aku dah jadi tabiat, untuk periksa mangkuk tandas setiap kali urusan kecil atau besar. Its like a part of my own health screening. Bila mana aku mula kencing berbuih, sekali, dua kali, seminggu, aku terus tak teragak-agak untuk ke Klinik Kesihatan.