30 Apr 2012

Shhh! Ini Resepi Rahsia Okay!

April 30, 2012 3 Comments
Assalamualaikum.. 

Salam pagi Isnin dan selamat bekerja pada warga yang bekerja.. Lusa pula dah cuti.. Ewah.. Cuti lagi! Hampir 3 hari tak mengonlinekan diri, sibuk dengan dunia perkahwinan.. Ecewah! Lupa dengan dunia maya kejap.. Tapi tanda sayang tak pernah luput pada blog tercinta, ini entry pertama dan dikarang sejurus selepas pulang dari Kota Tinggi dan tiba di bumi Melaka..

Sampai-sampai di Melaka, keluarga aku dan keluarga Mak Teh makan malam beramai-ramai di sebuah restoran.. Seharian tak sentuh nasi hari ini, jadi cadang nak balun nasi putih, sup ayam dan sambal belacan.. Alhamdulillah.. Kenyang! Air yang diorder pula adalah air yang telah diidamkan sekian lama, MILO TABUR.. Dengan cuaca panas dan tekak kering, memang nyaman dan sedap bila milo dan serbuk-serbuknya masuk ke tekak.. Nyum nyum!

Picture taken from HERE

Tapi, nak cerita pasal resepi rahsia apa eh? Shhh! Ini rahsia okay.. Haha.. Punyalah sedap milo tabur, aku sedut dengan penuh bersemangat lepas dah settlekan milo-milo yang ditabur.. Siap kacau dengan sebati lagi supaya mesra.. Kira sedut punya sedut, tinggal suku cawan saja lagi.. Tiba-tiba mata ternampak satu benda.. Ya ALLAH..

LIPAS??? Aku cepat-cepat tolak tepi, capai air laici adik aku dan teguk.. Ada lipas tanah yang tersesat di dalam milo tabur.. Patutlah sedap dua tiga macam.. Abah kata masa aku tengah pandang ke arah lain, abah terperasankan ada benda terbang lalu dekat cawan aku, tapi tak perasan landing ke mana.. Kira aku dah minum, baru dia terbang masuk kot.. (AYAT SEDAPKAN HATI)

Aku dah mula loya-loya.. Abah kata lipas tanah ada khasiat, boleh ubat lelah.. Aku pun lega sikit dengar.. Balik-balik rumah terus aku google, "KHASIAT LIPAS TANAH".. Hasilnya? TAK ADA!! Haha.. Ada yang kata ubat resdung, but other than that, memang tak ada khasiat apa pun.. Kah kah kah.. Mati-mati aku percaya ada khasiat.. Sekarang perasaan macam ada benda tak sedap dalam mulut walaupun milo tabur tadi memang sedap.. Dalam perut pula rasa macam ada benda merayap.. Aku dah mula risau dah, TELUR LIPAS KE??? Erk!! (Over sangat tu)

Pengajarannya? Lain kali pergi kedai, order air jernih-jernih.. Selama ini favourite aku air bandung, tak pun sirap laici, gatal nak minum milo tabur, mengidam bagai, memang selamatlah.. Huhu.. Jadi sekarang, misi untuk melupakan 'kenangan indah' dan 'resepi rahsia'.. Takut terkenang-kenang sampai tak lalu makan.. Okay! Masa untuk berhenti.. Next entry, ada idea nak tulis tentang perkahwinan, cinta dan suami juga kemanusiaan.. Fuh!! Nak duduk mengarang dulu.. Till here then, take care.. Assalamualaikum..


P/S : Masa on the way balik rumah dari kedai makan, adik aku usik aku, dia kata kepala aku tumbuh sesungut lipas.. Malam nanti tukar jadi COCKROACH WOMAN.. Grrr!!! 

26 Apr 2012

Kek Lapis Sarawak! Mari Rapat Mari Dekat Mari Rasa!

April 26, 2012 3 Comments
Assalamualaikum..

Salam petang Khamis untuk semua.. Baru duduk lepas snap sana snap sini sebelum kotak-kotak ini 'diterbangkan' ke Kota Tinggi lewat petang nanti.. Tajuk dah macam orang duduk jerit dekat pasar malam jual kek lapis Sarawak.. Agak-agak kalau aku jual dekat pasar malamlah, dapat sambutan tak? Macam seronok pula buat business sendiri..

Haaa! Inilah dia kotak-kotak yang berisi kek lapis Sarawak dan kek buah, ada 10 kotak kesemuanya.. Kek lapis pula ada macam-macam jenis, sampai aku sendiri pun tak berapa nak register dalam kepala.. Siapa yang baking? Of course bukan aku.. Kekeke.. Aku tak ada kesabaran yang tinggi nak melapis.. Everything is done by my lovely mother.. Aku tukang tangkap gambar aje.. Sejak dari hari Sabtu mak duduk melapis sampailah ke hari ini, hari yang terakhir.. 14 biji kek mak buat tapi 2 biji dah 'lesap' sebab dimakan oleh anak-anaknya yang comel.. Hehe..


Dan dua-dua biji kek ini adalah hasil untuk hari yang terakhir, baru keluar dari oven dan disejukkan.. Tak nampak coraknya lagi, maklumlah belum dipotong lagi tepi-tepinya.. Agak-agak kalau aku jual semua 12 biji yang ada, berapa untung aku boleh dapat eh? Hehe.. Otak ligat pusing, duduk fikir buat business kek lapis.. =p

Oh ya.. Mesti ramai yang tertanya nak buat apa kek banyak-banyak macam ni kalau bukan untuk berjual? Sebenarnya, hari Sabtu ini abang sepupu aku bersanding.. Nikahnya dah lepas 3 minggu yang sudah.. Kali ini bersanding sebelah lelaki.. Jemputlah datang Kota Tinggi ya kalau nak rasa kek lapis.. Heee.. Ini adalah majlis perkahwinan pertama dalam keluarga nenek aku, Hajjah Maznah, abang sepupu aku tu adalah cucu pertama dalam keluarga.. Jadi, memang bersemangat sikitlah.. Aku pun nervous sebab first time involve dalam kerja kahwin dan kena tolong sana sini.. Yeay! Esok balik kampung! =)


Dan ini adalah kek untuk stok rumah sendiri ya.. Maaflah sememeh sikit, dah kata untuk makan orang dalam rumah aje kan.. Gambar pun bergegar, sebab aku sekarang tengah lapar, tak lunch lagi.. So, till here.. Selamat menatap..


Take care.. Assalamualaikum..


*Siapa nak rasa, jom singgah Kota Tinggi.. Nak pos tak boleh, takut berkulat nanti.. Hihi.. =p*

22 Apr 2012

Kosong

April 22, 2012 2 Comments
Assalamualaikum.. =)


Bila cuti duduk rumah, memang macam-macam benda nak dicuba dan dibelajar.. Tapi semua resepi yang senang-senang aje.. Salah satunya dah tentulah makanan di atas.. Puding jagung! Ada rupa tak? Nak belajar masak, tak susah mana pun.. Cuma tinggal nak atau tak nak saja.. Dan samada rajin atau malas.. Ada banyak benda lagi aku nak cuba buat, tapi buat masa sekarang, kemalasan adalah di tahap maksima sebab sibuk layan drama Korea yang berjela-jela sampai 60 episod.. Dah habis satu drama, sambung yang lain pula.. Haish! Tak produktif langsung.. Tak apalah.. Sekali sekala kot kan? =p

Cadangnya nak menulis semula macam dulu kala, masa zaman cinta-cinta, jiwa-jiwa merasuk entry.. Rindu sebenarnya nak bermadah, bermain bait kata, cuma perasaan sekarang kosong.. Entahlah.. Haha.. Maybe one day.. 

Have a great day ahead dear readers.. Take care.. Assalamualaikum..

*Soul yang ada dalam tulisan dan entry pun rasa macam dah lama hilang!*
T_T

10 Apr 2012

[Ini Kisah Aku] 5 Tahun 4 Bulan : Bangun Semula

April 10, 2012 13 Comments
Assalamualaikum.. Salam pagi Ahad untuk semua..

Lama dah rasanya aku nak tulis cebisan kisah ini, aku pasang azam, bila mana aku berjaya melepasi medical school, aku terasa seperti mahu berkongsi sesuatu dengan pembaca Cahaya Yang Riang Gembira, terutama sekali buat adik-adik yang sedang mencari hala tuju lepas tamat SPM mahupun matrikulasi.. Tahun lepas saja, adalah dalam 4 atau 5 orang adik-adik lepasan SPM dan matrikulasi yang bertanyakan pada aku menerusi Facebook tentang dunia medik.. Salah satu nikmat blogging.. =)

Dari mana kita nak mulakan cerita ya.. Hmmm.. 5 tahun 4 bulan yang lalu?

* * * * *
Julai 2006, aku keluar dari Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu UKM, semuanya dek kerana nak menyambung pelajaran dalam bidang perubatan.. Kecewalah bila mohon UPU, 5 pilihan pertama iaitu bidang perubatan, satu pun tak dapat.. Mungkin sebab CGPA 3.8 saja kot.. Tapi aku tak putus asa, walaupun mak dengan ayah aku kata, bidang Audiologi yang aku dapat ketika itu pun ada peluang kerja yang luas bila sudah tamat belajar kelak.. Tapi kerana kedegilan aku, mak dan abah terpaksa juga menurut..

November 2006, aku berjaya menempatkan diri untuk menyambung pelajaran di Kolej Perubatan Diraja Perak, dalam bidang perubatan yang aku idamkan.. Ketika itu, Universiti Malaya membuat program francais dengan Kolej Perubatan Diraja Perak, termakbul juga hasrat aku untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di bawah Universiti Malaya, cuma tempat belajar bukanlah di UM, sebaliknya di Perak.. Batch aku ketika itu memulakan pengajian 4 bulan lewat dari UM, maka memang terkejar-kejar jugalah tahun pertama aku dulu..


Sudah seringkali aku dengar cakap-cakap dari senior dan kawan-kawan yang belajar bidang perubatan di universiti lain, kata mereka sistem pembelajaran dan peperiksaan Universiti Malaya adalah sangat berbeza dengan universiti lain dan sangat sukar.. Mula-mula dulu aku fikir, mungkin hanya cakap-cakap saja, dan kalau belajar dan struggle, pasti tak ada masalah.. Tapi bila aku melaluinya, aku lihat pengalaman senior dan kawan-kawan, aku berfikir sekali lagi.. Kadang-kadang, kalau kita struggle macam mana pun, kita usaha, kalau belum ada rezeki kita, makanya belum boleh lagi jadi milik kita..

Apa yang aku belajar dari 5 tahun 4 bulan aku dalam dunia medik Universiti Malaya specifically, ilmu memainkan peranan penting, itu dah tentu-tentu.. Tapi rezeki dan nasib juga ada peranan dia.. Kenapa aku cakap nasib dan rezeki?

Peperiksaan profesional MBBS UM ada 4 komponen.. Part A yang melibatkan ujian-ujian kecil yang diambil sepanjang tahun pengajian dan juga kehadiran ke kelas.. Part B pula komponen teori, ada Paper 1 dan Paper 2.. Part C ialah peperiksaan yang menguji pelajar dalam 16 stesyen.. Setiap stesyen diberikan 5 minit dan ada soalan yang disediakan, samada dalam bentuk bertulis atau interaktif di mana kita perlu berkomunikasi dengan pesakit.. Part D pula adalah klinikal kes panjang dan klinikal kes pendek.. Klinikal kes panjang, pelajar diberikan masa 1 jam untuk bertanya soalan dan memeriksa pesakit.. Seterusnya 30 minit sesi diskusi tentang pesakit dan penyakitnya berserta diagnosis dan cara untuk manage pesakit tersebut.. Klinikal kes pendek pula, setiap pelajar diberikan 3 pesakit, 10 minit untuk memeriksa seorang pesakit di depan para pemeriksa dan melaporkan penemuan yang ada berserta sesi diskusi.. Jujur aku kata, 10 minit rasa macam 1 minit.. Semuanya kena pantas.. Personally, aku cukup gerun dengan Part C dan Part D..

Dalam Part D, setiap pelajar akan diuji oleh 3 atau 4 professor, dan memang tak boleh nak agak kes apa yang mungkin kita boleh dapat.. Hanya berdoa, dapat kes yang boleh dihandle.. Ada 6 disiplin yang diuji, Medicine, Surgery, Paediatrics, Orthopedics, Obstetric & Gynaecology, dan Psychiatry.. Kita tak tahu disiplin apa yang mungkin kita boleh dapat dalam klinikal kes panjang dan pendek.. Setiap disiplin pula, ada macam-macam penyakit.. Ada pelajar yang dapat kes mudah, ada pula yang dapat kes sukar dan kompleks juga pelik.. Tapi tak bermakna kes mudah boleh lulus dan kes sukar pula akan gagal.. Bergantung juga pada 3 - 4 orang proffesor tersebut.. Setiap pelajar akan dapat pemeriksa yang berbeza.. Ada yang strict, ada yang suka menolong, ada yang tidak.. Sebab itu aku katakan, rezeki dan nasib juga ada mainkan peranan..

Untuk lulus, Part A, B, C dan D perlu lulus berasingan.. Sebab itu orang kata sistem peperiksaan UM agak sukar.. Sudahlah kena lulus berasingan setiap komponen, semua disiplin diuji serentak.. SEMUA! Satu gagal, perlu ulang kesemuanya.. Ya, SEMUA! Tapi bagi aku, bagus juga sebenarnya, supaya kualiti doktor yang dihasilkan nanti adalah yang terbaik dari ladang..


Namun, tak ada yang mustahil.. Pokoknya, rajin praktis periksa pesakit, top-up ilmu mana yang kurang, be humble yet confident.. Selebihnya, kita berserah.. Yang penting, kita dah berusaha.. Pengalaman aku? Tahun pertama, kedua, walaupun merangkak-rangkak, tersadung sikit, tapi Alhamdulillah, aku lulus juga periksa dan berjaya ke tahun seterusnya.. Tahun ketiga juga begitu, syukur jalan aku dipermudahkan lagi.. Ada juga sahabat-sahabat yang kurang bernasib baik dan terpaksa mengulang satu tahun pengajian..

Peperiksaan tahun akhir, aku sangkakan jalan aku mudah seperti tahun pertama, kedua dan ketiga dulu.. Tapi mungkin Allah nak menguji hambaNYA ini.. Aku gagal di tahun akhir aku.. Perasaan aku ketika itu memang susah nak dicerita.. Aku tak ada perasaan langsung, menangis saja tak henti-henti.. Mana tidaknya, ramai sahabat-sahabat aku lulus dan bergelar DOKTOR tapi aku? Seminggu juga aku down.. Hmmm.. Syukur aku ada mak dan abah yang selalu ada dengan aku, juga sahabat baik aku.. Ketika itu baru aku mengerti perasaan sahabat-sahabat yang kurang bernasib baik ketika aku di tahun pertama, kedua dan ketiga pengajian..

Aku kutip semula sisa-sisa semangat yang masih ada, aku banyak berfikir di saat-saat kegagalan yang aku lalui itu.. Ketika itu, aku ambil keputusan, aku kena berkorban lebih sedikit dari dulu.. Aku kena korbankan masa, kena korbankan hal-hal yang berkaitan perasaan, tolak tepi semuanya, dan fokus untuk berjaya saja..

10 bulan selepas itu, akhirnya aku tiba di tempat aku berada sekarang.. Tangis gembira dan rasa syukur tak terhingga atas nikmat pemberianNYA.. Air mata yang jatuh, setiap pengorbanan aku membuahkan hasil juga, akhirnya.. Aku menangis bila mendengar tangisan mak di hujung talian saat aku beritahu aku lulus peperiksaan akhir aku.. Tangis syukur.. Terima kasih Ya Allah.. Terima kasih atas segala ujian dan dugaan dariMU, terima kasih juga atas semua yang Kau berikan.. Syukur tak terhingga.. Akhirnya, seruan untuk aku berkhidmat pada masyarakat dan menyertai sahabat-sahabat doktor lain dah tiba.. =)

Dalam hidup, kita tak sentiasa dapat apa yang kita nak, jalan tak selalunya tegak dan lurus buat kita, kadang ada bengkang bengkoknya, ada simpang siurnya, ada halangan yang menghalang perjalanan kita, kita terjatuh, sekali, dua kali.. Tapi, macam mana banyak kali pun kita jatuh, kita kena cuba untuk bangun sekali lagi walau pada hakikatnya memang sangat sukar dan perit.. Ya, memang sedih, memang kecewa tapi lagi sedih lagi kecewa kalau kita berputus asa tanpa berusaha sehabis daya, betul tak? Apa pun yang jadi, bila kita jatuh, kita kena bangun semula untuk diri kita sendiri.. Itu yang paling utama.. UNTUK DIRI KITA SENDIRI.. Dan seterusnya, untuk mereka-mereka yang sayangkan kita, ibu bapa kita, sahabat kita.. 

"Success is sweet. The sweeter if long delayed and attained through manifold struggles and defeats." Memang betul.. Aku dah merasanya.. Kejayaan yang sangat manis, selepas kita jatuh, bangun, jatuh lagi, dan bangun lagi..

Aku harap ada sesuatu yang dapat aku kongsikan dari pengalaman aku yang panjang lebar ini.. Tak kisahlah samada anda dalam bidang perubatan unversiti mana pun, atau bukan bidang perubatan sekalipun, gagal sekali, dua kali, tiga kali atau berkali-kali bukan bermakna akan gagal untuk selamanya.. Macam abang senior aku, 7 tahun lebih dia dalam medical school.. Tapi dia tak pernah putus asa.. Sekarang, dia dah jadi seorang doktor seperti yang diimpikannya.. Selagi kita mampu bertahan dan bangun semula dari kegagalan dan kekecewaan, satu hari nanti, kita akan dapat juga apa yang kita inginkan, dengan izinNYA.. InsyaALLAH.. 

Till here.. Have a great day ahead peeps.. Assalamualaikum.. Jom kita minum dulu!


 BANGUN SEMULA

Tersentak sejenak detakan jantung
Mendapat khabar kurang senang
Impianmu kecundang

Oh entah di mana salah silapnya
Sedangkan semua dah dicuba
Hati asyik memikir dunia sudah berakhir

Begitulah perasaannya kecewa dalam usaha
Manis dah hilang nikmatnya
Pahit yang jelas ketara

Tapi bila direnungkan
Makin kaya pengalaman
Memberikan kekuatan untuk
bangun semula

Kadangkala kita pantas berlari
Mengejar apa di hadapan
Tersandung pula halangan

Biar luka hanyalah sementara
Tinggalkan parut tanda usaha
Jangan jadi alasan berhenti
separuh jalan

Pepatah lama berkata
Jika hendak seribu daya
Jika tidak seribu dalih
Haruslah cuba lebih gigih


6 Apr 2012

Fantasi + Realiti

April 06, 2012 5 Comments

CREDIT TO STRAWBERRYTELLE.TUMBLR.COM

"Cinta itu menyakitkan apabila mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Cinta itu lebih menyakitkan apabila mencintai seseorang tetapi tidak berani menyatakan cinta itu."
PABILA CINTA MEMANGGILKU

- Bila fantasi bercampur dengan realiti -

Selamat hari Jumaat. Assalamualaikum.

3 Apr 2012

Mengabadikan Kenangan

April 03, 2012 6 Comments

Walaupun tangan terketar-ketar snap, kabur sekabur-kaburnya, aku tetap nak abadikan kenangan itu di sini. Manis sungguh rasa itu. Selesai dah satu fasa hidup, mari kita mulakan satu fasa lain dalam hidup kita sebelum kita mula bekerja. Satu lagi fasa yang mungkin akan memaniskan lagi hidup. Weeeee. =)

Assalamualaikum.


 - SMILE -

2 Apr 2012

Syukur Ya Allah

April 02, 2012 5 Comments

Serasa seperti bermimpi. Tiada lagi tangis duka, kini hadir tangis gembira. Syukur aku panjatkan padaMU ya Allah atas segala nikmat yang telah Engkau berikan selepas bermacam liku dan dugaan yang telah aku tempuh.

Ini untuk kedua orang tuaku dan semua ahli keluargaku. Juga buat mereka yang selalu ada di sisiku saat susah senang. Not forgotten my lovely and dearest best friend, Faizah Fuad. Terima kasih.

Syukur Alhamdulillah. 

Tahniah Farhana. And now, you're officially a doctor. Dr. Farhana.

Assalamualaikum.
=)