[Ini Kisah Aku] 5 Tahun 4 Bulan : Bangun Semula
Assalamualaikum.. Salam pagi Ahad untuk semua..
Lama dah rasanya aku nak tulis cebisan kisah ini, aku pasang azam, bila mana aku berjaya melepasi medical school, aku terasa seperti mahu berkongsi sesuatu dengan pembaca Cahaya Yang Riang Gembira, terutama sekali buat adik-adik yang sedang mencari hala tuju lepas tamat SPM mahupun matrikulasi.. Tahun lepas saja, adalah dalam 4 atau 5 orang adik-adik lepasan SPM dan matrikulasi yang bertanyakan pada aku menerusi Facebook tentang dunia medik.. Salah satu nikmat blogging.. =)
Dari mana kita nak mulakan cerita ya.. Hmmm.. 5 tahun 4 bulan yang lalu?
* * * * *
Julai 2006, aku keluar dari Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu UKM, semuanya dek kerana nak menyambung pelajaran dalam bidang perubatan.. Kecewalah bila mohon UPU, 5 pilihan pertama iaitu bidang perubatan, satu pun tak dapat.. Mungkin sebab CGPA 3.8 saja kot.. Tapi aku tak putus asa, walaupun mak dengan ayah aku kata, bidang Audiologi yang aku dapat ketika itu pun ada peluang kerja yang luas bila sudah tamat belajar kelak.. Tapi kerana kedegilan aku, mak dan abah terpaksa juga menurut..
November 2006, aku berjaya menempatkan diri untuk menyambung pelajaran di Kolej Perubatan Diraja Perak, dalam bidang perubatan yang aku idamkan.. Ketika itu, Universiti Malaya membuat program francais dengan Kolej Perubatan Diraja Perak, termakbul juga hasrat aku untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di bawah Universiti Malaya, cuma tempat belajar bukanlah di UM, sebaliknya di Perak.. Batch aku ketika itu memulakan pengajian 4 bulan lewat dari UM, maka memang terkejar-kejar jugalah tahun pertama aku dulu..
Sudah seringkali aku dengar cakap-cakap dari senior dan kawan-kawan yang belajar bidang perubatan di universiti lain, kata mereka sistem pembelajaran dan peperiksaan Universiti Malaya adalah sangat berbeza dengan universiti lain dan sangat sukar.. Mula-mula dulu aku fikir, mungkin hanya cakap-cakap saja, dan kalau belajar dan struggle, pasti tak ada masalah.. Tapi bila aku melaluinya, aku lihat pengalaman senior dan kawan-kawan, aku berfikir sekali lagi.. Kadang-kadang, kalau kita struggle macam mana pun, kita usaha, kalau belum ada rezeki kita, makanya belum boleh lagi jadi milik kita..
Apa yang aku belajar dari 5 tahun 4 bulan aku dalam dunia medik Universiti Malaya specifically, ilmu memainkan peranan penting, itu dah tentu-tentu.. Tapi rezeki dan nasib juga ada peranan dia.. Kenapa aku cakap nasib dan rezeki?
Peperiksaan profesional MBBS UM ada 4 komponen.. Part A yang melibatkan ujian-ujian kecil yang diambil sepanjang tahun pengajian dan juga kehadiran ke kelas.. Part B pula komponen teori, ada Paper 1 dan Paper 2.. Part C ialah peperiksaan yang menguji pelajar dalam 16 stesyen.. Setiap stesyen diberikan 5 minit dan ada soalan yang disediakan, samada dalam bentuk bertulis atau interaktif di mana kita perlu berkomunikasi dengan pesakit.. Part D pula adalah klinikal kes panjang dan klinikal kes pendek.. Klinikal kes panjang, pelajar diberikan masa 1 jam untuk bertanya soalan dan memeriksa pesakit.. Seterusnya 30 minit sesi diskusi tentang pesakit dan penyakitnya berserta diagnosis dan cara untuk manage pesakit tersebut.. Klinikal kes pendek pula, setiap pelajar diberikan 3 pesakit, 10 minit untuk memeriksa seorang pesakit di depan para pemeriksa dan melaporkan penemuan yang ada berserta sesi diskusi.. Jujur aku kata, 10 minit rasa macam 1 minit.. Semuanya kena pantas.. Personally, aku cukup gerun dengan Part C dan Part D..
Dalam Part D, setiap pelajar akan diuji oleh 3 atau 4 professor, dan memang tak boleh nak agak kes apa yang mungkin kita boleh dapat.. Hanya berdoa, dapat kes yang boleh dihandle.. Ada 6 disiplin yang diuji, Medicine, Surgery, Paediatrics, Orthopedics, Obstetric & Gynaecology, dan Psychiatry.. Kita tak tahu disiplin apa yang mungkin kita boleh dapat dalam klinikal kes panjang dan pendek.. Setiap disiplin pula, ada macam-macam penyakit.. Ada pelajar yang dapat kes mudah, ada pula yang dapat kes sukar dan kompleks juga pelik.. Tapi tak bermakna kes mudah boleh lulus dan kes sukar pula akan gagal.. Bergantung juga pada 3 - 4 orang proffesor tersebut.. Setiap pelajar akan dapat pemeriksa yang berbeza.. Ada yang strict, ada yang suka menolong, ada yang tidak.. Sebab itu aku katakan, rezeki dan nasib juga ada mainkan peranan..
Untuk lulus, Part A, B, C dan D perlu lulus berasingan.. Sebab itu orang kata sistem peperiksaan UM agak sukar.. Sudahlah kena lulus berasingan setiap komponen, semua disiplin diuji serentak.. SEMUA! Satu gagal, perlu ulang kesemuanya.. Ya, SEMUA! Tapi bagi aku, bagus juga sebenarnya, supaya kualiti doktor yang dihasilkan nanti adalah yang terbaik dari ladang..
Namun, tak ada yang mustahil.. Pokoknya, rajin praktis periksa pesakit, top-up ilmu mana yang kurang, be humble yet confident.. Selebihnya, kita berserah.. Yang penting, kita dah berusaha.. Pengalaman aku? Tahun pertama, kedua, walaupun merangkak-rangkak, tersadung sikit, tapi Alhamdulillah, aku lulus juga periksa dan berjaya ke tahun seterusnya.. Tahun ketiga juga begitu, syukur jalan aku dipermudahkan lagi.. Ada juga sahabat-sahabat yang kurang bernasib baik dan terpaksa mengulang satu tahun pengajian..
Peperiksaan tahun akhir, aku sangkakan jalan aku mudah seperti tahun pertama, kedua dan ketiga dulu.. Tapi mungkin Allah nak menguji hambaNYA ini.. Aku gagal di tahun akhir aku.. Perasaan aku ketika itu memang susah nak dicerita.. Aku tak ada perasaan langsung, menangis saja tak henti-henti.. Mana tidaknya, ramai sahabat-sahabat aku lulus dan bergelar DOKTOR tapi aku? Seminggu juga aku down.. Hmmm.. Syukur aku ada mak dan abah yang selalu ada dengan aku, juga sahabat baik aku.. Ketika itu baru aku mengerti perasaan sahabat-sahabat yang kurang bernasib baik ketika aku di tahun pertama, kedua dan ketiga pengajian..
Aku kutip semula sisa-sisa semangat yang masih ada, aku banyak berfikir di saat-saat kegagalan yang aku lalui itu.. Ketika itu, aku ambil keputusan, aku kena berkorban lebih sedikit dari dulu.. Aku kena korbankan masa, kena korbankan hal-hal yang berkaitan perasaan, tolak tepi semuanya, dan fokus untuk berjaya saja..
10 bulan selepas itu, akhirnya aku tiba di tempat aku berada sekarang.. Tangis gembira dan rasa syukur tak terhingga atas nikmat pemberianNYA.. Air mata yang jatuh, setiap pengorbanan aku membuahkan hasil juga, akhirnya.. Aku menangis bila mendengar tangisan mak di hujung talian saat aku beritahu aku lulus peperiksaan akhir aku.. Tangis syukur.. Terima kasih Ya Allah.. Terima kasih atas segala ujian dan dugaan dariMU, terima kasih juga atas semua yang Kau berikan.. Syukur tak terhingga.. Akhirnya, seruan untuk aku berkhidmat pada masyarakat dan menyertai sahabat-sahabat doktor lain dah tiba.. =)
Dalam hidup, kita tak sentiasa dapat apa yang kita nak, jalan tak selalunya tegak dan lurus buat kita, kadang ada bengkang bengkoknya, ada simpang siurnya, ada halangan yang menghalang perjalanan kita, kita terjatuh, sekali, dua kali.. Tapi, macam mana banyak kali pun kita jatuh, kita kena cuba untuk bangun sekali lagi walau pada hakikatnya memang sangat sukar dan perit.. Ya, memang sedih, memang kecewa tapi lagi sedih lagi kecewa kalau kita berputus asa tanpa berusaha sehabis daya, betul tak? Apa pun yang jadi, bila kita jatuh, kita kena bangun semula untuk diri kita sendiri.. Itu yang paling utama.. UNTUK DIRI KITA SENDIRI.. Dan seterusnya, untuk mereka-mereka yang sayangkan kita, ibu bapa kita, sahabat kita..
"Success is sweet. The sweeter if long delayed and attained through manifold struggles and defeats." Memang betul.. Aku dah merasanya.. Kejayaan yang sangat manis, selepas kita jatuh, bangun, jatuh lagi, dan bangun lagi..
Aku harap ada sesuatu yang dapat aku kongsikan dari pengalaman aku yang panjang lebar ini.. Tak kisahlah samada anda dalam bidang perubatan unversiti mana pun, atau bukan bidang perubatan sekalipun, gagal sekali, dua kali, tiga kali atau berkali-kali bukan bermakna akan gagal untuk selamanya.. Macam abang senior aku, 7 tahun lebih dia dalam medical school.. Tapi dia tak pernah putus asa.. Sekarang, dia dah jadi seorang doktor seperti yang diimpikannya.. Selagi kita mampu bertahan dan bangun semula dari kegagalan dan kekecewaan, satu hari nanti, kita akan dapat juga apa yang kita inginkan, dengan izinNYA.. InsyaALLAH..
Till here.. Have a great day ahead peeps.. Assalamualaikum.. Jom kita minum dulu!
BANGUN SEMULA
Tersentak sejenak detakan jantung
Mendapat khabar kurang senang
Impianmu kecundang
Oh entah di mana salah silapnya
Sedangkan semua dah dicuba
Hati asyik memikir dunia sudah berakhir
Begitulah perasaannya kecewa dalam usaha
Manis dah hilang nikmatnya
Pahit yang jelas ketara
Tapi bila direnungkan
Makin kaya pengalaman
Memberikan kekuatan untuk
bangun semula
Kadangkala kita pantas berlari
Mengejar apa di hadapan
Tersandung pula halangan
Biar luka hanyalah sementara
Tinggalkan parut tanda usaha
Jangan jadi alasan berhenti
separuh jalan
Pepatah lama berkata
Jika hendak seribu daya
Jika tidak seribu dalih
Haruslah cuba lebih gigih
Ulasan
Title Dr tu boleh letak dekat depan nama dah ;)
Tahniah!
Usaha keras, pasti akan terbalas, itu janji Allah =D
Tegar u keluar dr UKM, ambik risiko, semata2 kejar cita2. Thumbs up!
Saya tumpang gembira =D
:)
oh yeahhh betul3
Lepas ni org kt hospital panggil dr.Nana... hihihi
~~inspiring post btw.. ^__^
Boleh tak saya nak tahu apa yg best belajar medik di uni malaya :)?
Thnk U
First of all, akak nak kata ada pengalaman sangat dekat UM tu tak juga. Akak ambil medik UM, tapi belajar dekat Kolej Perubatan Diraja Perak (RCMP). Cuma tahun last je akak ada peluang belajar dekat UM. So, akak pun tak berapa nak tahu sangatlah apa yang best atau tak.
Tapi kalau nak dibandingkan dengan belajar dekat RCMP dengan dekat UM, memang banyak beza. Dari segi clinical exposure lagi banyak bila belajar dekat UM. Tahun klinikal dekat UM memang lebih bagus banding dengan tahun klinikal masa akak belajar dekat RCMP. Kes-kes dekat PPUM lebih banyak dan pelbagai, lecturer dia semua bagus-bagus dan exam orientated.
Kiranya kalau belajar medik dekat UM, kalau rajin, fokus, insyaALLAH kalau keluar jadi doktor, you already acquired lots of skills dan skill tu adalah antara yang terbaik. Sebab exam profesional UM ni dia lain sikit. Dia ada tiga komponen, mostly uni lain, if one component failed, then other components boleh tolong tarik markah. But, UM punya tak. Satu komponen failed, kira gagal semua. Kena repeat study 6 bulan. So, stress exam dia agak tinggi tapi kualiti dia bagus. Itu apa yang akak dengar dari kawan-kawan universiti lain.
Tapi akak memang akui, belajar dekat UM, akak belajar banyak benda, banyak skill dari lecturer2 yang bagus. InsyaALLAH, kalau rajin, fokus, 5 tahun cukup dah. Cuma akak je tak berapa nak fokus, banyak main-main, itu yang tambah lagi beberapa bulan baru berjaya habiskan.
:)
Ni saya kongsikan juga kisah susah payah saya semasa belajar di universiti dulu..
http://www.inspirasihafsah.com/2014/12/perjalanan-hafsah-menggapai-bintang.html