Subtitle Melayu Filem Dilwale 2015 | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Subtitle Melayu Filem Dilwale 2015

31 comments

CARA NAK TENGOK MOVIE

PC / LAPTOP

1) Download kedua-dua file di bawah. Movie file DAN subtitle.
2) Extract subtitle (RIGHT CLICK MOUSE dan pilih EXTRACT HERE) dan anda akan dapat file berformat SRT yang dikeluarkan dari file yang anda download di Subscene.
3) Letakkan kedua-dua file bersama-sama di satu tempat (folder). SAMAKAN NAMA file kedua-duanya.
4) Play guna VLC Player atau KM Player. GOM Player ke. Mana-mana player yang boleh baca SRT file.
5) Dan selamat menonton.

HANDPHONE

1) Kalau download subtitle dekat handphone, kena install software WINRAR. Sebab format subtitle dekat subscene adalah RAR atau ZIP file. Dah ada software tu, barulah boleh extract keluarkan, format SRT.
2) MOVE file SRT tadi dalam folder yang sama dengan video anda. Samakan namanya.
3) Play guna MX Player.
4) Selesai.

Atau, kalau nak file SRT terus, DOWNLOAD DI SINI.

* * * * * * * * * *

DISCLAIMER : Hindi is not my mother tongue. Just translating using the existing subs, Malay, English, Indonesian, and improve a few parts that I think I understand but the subs were wrong. (as a Hindi films lover for so long) There are also parts that I failed to understand, so I wrote it as what I remember when I watched it in cinema. Sorry and enjoy. :)

Assalamualaikum.

Okay. Update pendek saja. Nak kongsikan subtitle filem Dilwale yang aku ambil masa 6 hari nak edit. Sampai nak muntah, nak campak keyboard keluar tingkap. Telinga pun naik berasap dah. Hahaha. Habis, kenapa aku buat subtitle? Reason being, aku tengah gila nak menulis sebenarnya. Tapi otak aku stuck, end up aku buat kerja translating. Sebelum sampai seruan kerja yang sebenar-benarnya nanti, maka kita nikmati dengan menulis.
:'(

Senang ke tak editing subtitle? SUSAH OOO!! Sebabnya aku guna raw sub Bahasa Melayu yang agak tunggang langgang sebab ada MAK KAU HIJAU dengan HYUNG, dan kadang rasa macam dialog dia lari. Nak translate English, subtitle English lagilah bersepai tunggang langgang, tapi ada parts yang boleh guna. Jadi kita macam orang gilalah, 6 hari duduk edit subtitle dengan buka 3 - 4 SRT files semata-mata nak terjemahkan pada yang lebih elok. 

Subtitle yang aku buat ini, sesuai dengan DVDSCR berdurasi 2 jam 33 minit 21 saat. Bila dah keluar 720p DVD / Bluray, maka sub ini perlu diubahsuai. Sebab DVDSCR ada glitch sikit-sikit. Kalau ikutkan durasi asal filem Dilwale 2 jam 38 minit. Heee. Aku berikan sekali link download dia. Pandai-pandailah ya. Subtitle yang aku perbaiki pula boleh didownload di Subscene. Okay. Sampai sini. Mata dah juling tengok tulisan. Haha. Demam Dilwale hakak dah kebah. Korang dah ke? Kekeke.

Assalamualaikum.

P/S : Kalau ada kekurangan dan kelemahan, maafkanlah kami ya. Lagipun dialog Mani Bhai, Oscar Bhai dan Siddhu dah cukup mendera aku dah. Seriously, word jokes??? Kau rasa macam mana nak translate? Haaa. =p 


Bagi yang kata dapat setengah download, cuba download guna INTERNET DOWNLOAD MANAGER.


31 Comments Here:

j_zura84 berkata...

Hi.. nak tanya laa.. utk subtitle ni, kt hp x boleh dload ke?? Ke blh kt laptop je ye??

FarhanaDr berkata...

@J_ZURA84

Hai. Phone pun boleh download subtitle dari subscene ni. Kalau pakai android, kena ada software apk RAR untuk extract subtitle tu nanti. Kalau takde software RAR dan nak terus dapat sub dia, boleh download dekat sini http://uptobox.com/lvg7frdx3gbl

Bila dah download, letakkan satu tempat dengan file video dia. Nama kedua-dua file kena sama. Then buka guna MX Player dalam phone. Boleh tengok dengan sub. Harap membantu. :)

Tanpa Nama berkata...

thank you so much. you're the best!!!

Evrianty Kartika berkata...

hye nak tanya. macam mana nak masukkan subtitle tu kat movie ye ? sye dah dowm=nload dua2

Evrianty Kartika berkata...

hye nak tnya macam mana nak masuk kan subtitle tu kat movie ye

Syakirin berkata...

thanks

FarhanaDr berkata...

@EVRIANTY KARTIKA

Kalau guna laptop, boleh ikut cara ni.

1) Download kedua-dua file. Movie file DAN subtitle.
2) Extract subtitle dan anda akan dapat file berformat SRT.
3) Letakkan kedua-dua file bersama-sama di satu tempat (folder). SAMAKAN NAMA file kedua-duanya.
4) Play guna VLC Player atau KM Player. GOM Player ke. Mana-mana player yang boleh baca SRT file.
5) Dan selamat menonton.

MaYaKRisTaL berkata...

thanx a lot :)

fAtYn nAjWa bT MoHd sAl!m berkata...

hye. kenapa subtitle saya bkak still english ye? just for asking ^.^

FarhanaDr berkata...

@FATIN NAJWA

Hai. Tapi saya dah check kedua-duanya, memang dalam bahasa Melayu.
Link subtitle saya bagi dekat atas, dua-dua bahasa Melayu. Macam mana boleh jadi English ya. Atau mungkin videonya awak download dari sumber lain, bukan dari sini, yang memang dah diletakkan subtitle bahasa English. Maksudnya video tu hardsubbed. :)

http://subscene.com/subtitles/dilwale-2015/malay/1255504

ATAU

http://uptobox.com/lvg7frdx3gbl

Unknown berkata...

knpe sy dh download..tp movie separuh...dh byk kali try..line mmg xde mslah plak...huhu

FarhanaDr berkata...

@UNKNOWN

Selalunya kalau line jadi slow tiba-tiba, download akan terhabis sendiri walaupun tak complete, tambah pula kalau file saiz besar. Dan lagi kalau kita download guna browser. Selalunya akan jadi masalah macam tu. Kalau ada Internet Download Manager lebih mudah nak download.

Tapi tak apalah, saya bagi source link dari tempat lain untuk awak cuba ya.

http://uptobox.com/51yw9ku65dil

ATAU

https://userscloud.com/u7ac7hg8p0pq

Nur Athirah Zulkifli berkata...

terima kasih sis..

Yana Maz berkata...

ok...tenkiuuuuu yerk....i'll try.. =))

momo blade berkata...

Tlg knapa file subtitle x bole tkr nama ...

FarhanaDr berkata...

@MOMO BLADE

Di komputer atau handphone ya?
Kalau tak boleh samakan dengan nama movie tu, awak terbalikkan je. Awak guna nama subtitle tu, dan letak nama yang sama pada movie pun boleh juga. :)

muhd mahadhir berkata...

link yang admin bagi tak full version la. saya dapat tengok setengah je. sedihh :'(((((((((((((

FarhanaDr berkata...

@MUHD MAHADHIR

Tapi saya download full sampai habis. Dua kali saya download pun okay. Tak setengah pun. Macam mana boleh jadi macam tu eh? Guna browser ke download?

Tak apalah. Nanti saya cuba bagi link lain ya. Maaf.

misz ekin berkata...

Mcm mne kalau nk tgk kt tv setelah downloads..sy boleh tgk di tv tp xde sarikata..mcm mne ye?

FarhanaDr berkata...

@MISZ EKIN

Lepas dah download, sebelum pasang dekat tv, make sure nama file movie dengan file subtitle kena sama okay. Then cuba pasang. Selalunya kalau tv support, tak ada masalah nak tengok movie dengan subtitle. :)

Obat Diet Alami Tanpa Efek Samping berkata...

nice and perfect

Obat Diet Alami Tanpa Efek Samping berkata...

nice and perfect

hans18 berkata...

hana
dah translate movie pula ye
congrats

take care
farihan

FarhanaDr berkata...

@HANS18

Farihan mana ya? Ke Farhan? Yang kerja di jabatan veterinar melaka?
Nice to see you again. Anyway, thanx. Love writing, so this is another way to enjoy writing. :)

farhan berkata...

ai macam xkenal dah hana?
dah tgk jugak dilwale guna subtitle dari hana
pandai gak hana
translate dr english ke hindi?

best cite dilwale mcm cerita kite plaks hehe :)

FarhanaDr berkata...

@FARHAN

Bukan macam tak kenal. Yela, dulu beritahu nama Farhan, sekarang Farihan, confuse sekejap. Itu je. Translate mana yang faham je, tak perfect pun subtitle ni. Thanx for enjoying.

Pandai buat lawak awak ni kan. Haha. Tang manalah macam cerita kita. Lagipun saya cuma tahu 2 benda je pasal awak, nama awak, kerja kat mana. Jadi manalah datang cerita kita tu. Apa pun, thanx again ya. :)

farhan berkata...

hehe;)

Tang kenal secara xsengaja tu

p/s: BP

FarhanaDr berkata...

@FARHAN

But if you can recall, perkenalan mereka bukan secara tak sengaja kan, but the heroin dah plan dari awal all the accident just to get revenge on the hero kan? Haha.

P/S: You love to leave all the curious stuff behind. I should assume BP for blood pressure then. Haha. :)

farhan berkata...

hehe..tu sebab macam je hana..xsama btl mcm dilwale

i pm u later ya

Roza Mamat berkata...

Alamak frust la bile click dwlod asyik klua winer phone je..mcm mana nk dowlod

FarhanaDr berkata...

@ROZA MAMAT

Download di laptop lebih mudah dan tak ada masalah. Download di handphone memang susah sebab file filem ini agak besar. Dan nak download subtitle pun kena download software di playstore / apple store terlebih dulu. Agak leceh dan akan encounter banyak problem.

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.