Wednesday, November 25, 2009

Bila Seorang Ibu Menangis..



Petang tadi sebelum masuk kelas.. Aku dan Akma disapa oleh seorang ibu tua di hospital.. Kelihatan agak tidak terurus, riak wajahnya juga memancarkan emosi yang agak tidak stabil.. Ibu tua menghulurkan tangan lalu kami sambut salamnya itu.. Dia memulakan bicara yang di hujung percakapannya ada sendu yang hanya menunggu saat untuk terlerai tangisnya saja.. Aku dan Akma setia mendengar.. Kami biarkan ibu tua itu bicara..


Ibu tua: Anak.. Makcik ni duduk di wad 8B dulu.. Lepas tu makcik kena pindah pegi wad 1B pulak.. Anak makcik ada datang jenguk makcik 2 minggu lepas, dia duduk di KL sana.. Makcik pulak dari Teluk Intan.. 6 hari lepas makcik dah kena keluar wad, tunggu anak makcik tak sampai-sampai..


Kata Akma dia pernah nampak ibu tua ni kat wad, masuk sebab asthmatic attack.. Tapi ada dalam 5, 6 bulan yang lepas.. Time ni makcik tu dah sebak, mula menangis.. Orang lalu lalang memandang kami bertiga.. Apa mereka fikirkan, aku sikit pun tak ambil tahu.. Fokus pada setiap butir bicara ibu tua ni.. Ibu tua sambung lagi..


Ibu tua: Dah 6 hari makcik merayau kat hospital ni, makcik tidur bawah genting hospital.. Makcik nak balik Teluk Intan, tapi makcik tak ada duit.. Ada seringgit dua kupang jek.. Tak cukup nak naik bas,nak makan.. Makcik mintak tolong orang, tapi semua tak mau layan makcik.. Ada yang kata makcik tipu..


Masa ni, ibu tua tu dah menangis sedu sedan.. Akma tanya berapa tambangnya, then dia hulurkan dua keping not merah pada ibu tua itu.. Aku dan Akma yang mendengar hanya mampu tumpang simpati saja.. Nak tolong, tapi setakat yang termampu je laa.. Entah macam mana keadaan ibu tua tu.. Doa aku supaya dia selamat sampai.. Soal sama ada dia tipu atau betul, aku tak mahu fikirkan.. Bersangka baik saja.. Mungkin memang ibu tua tu betul-betul susah.. Semoga Allah melindunginya..





Soalannya.. Di mana anak-anaknya?? Aku sangat pasti mereka sudah diberitahu oleh pihak hospital, tapi kenapa bayang mereka langsung tidak kelihatan untuk datang menjemput ibu yang baru sembuh dari sakit.. Sampai 6 hari si ibu tua itu merayau ke sana ke mari.. Mungkin anak-anak sibuk kerja, atau ada masalah keluarga barangkali.. Haih.. Entahlah.. Aku sikit pun tak boleh bertoleransi dengan benda-benda macam ni.. Senario macam ni memang biasa.. Berlaku hari-hari di sekeliling kita.. Benarlah, kasih ibu memang agung.. Dia mampu menjaga anak-anak sampai 7, 8 orang, walau dalam keadaan susah.. Tapi anak yang 7, 8 orang belum tentu dapat jaga ibu yang seorang.. Kenapa ya??? I believe in what goes around comes around, what you give, you'll get it back.. Right???






Apa yang aku pasti.. Sayangi mak, abah kita selagi mereka ada.. Berusaha jadi anak yang terbaik, dan selagi kita kuat, kita sihat, jaga mak dan abah sebagaimana mereka jaga kita dari kecil sampai sekarang.. Dan ingat.. Jangan pernah lukakan hati mereka.. Sebab nanti bila mereka dah tiada, yang menyesalnya.. Kita juga.. Bagi yang telah tiada, hanya surah Yassin, Al Fatihah dan doa mampu kita beri buat mereka supaya tenang mereka di sana..


Assalamualaikum semua..





FOOT NOTE: Takut untuk buat mak dan abah menangis..




Tuesday, November 24, 2009

Sembunyi Dalam Baju Kurung!!!

Satu perbualan antara seorang lelaki dan aku di alam realiti, aku ulang, REALITI.. Pada hari terakhir mereka "bersama"..

Lelaki: Do you realize I was walking behind you all along just now? And I'm watching you walking like for quiet some times..

HanaComel: Nope sir.

Lelaki: You know you gotta do something to your fat deposits big girl. Go and get slim.

HanaComel: *stuttered* Err.. Err.. But.. Sir.. I've been losing 5 kilos recently..

Lelaki: No.. That's not enough.. You know you're like hiding something in your Baju Kurung and your doctors coat.. Better get slim. Wear some sarung kebaya..


HanaComel: *dalam hati.. ~ apakah?*


Siapa nak tengok aku pakai baju kebaya??? Alaaa.. Macam Nenek Kebaya si Diana Rafar tu.. Cun kan.. Hot.. Curve sana nampak, bonggol situ nampak.. Lelaki.. Mesti suka tengok perempuan berkebaya.. I know laa.. Sayangnya.. Dalam mimpi korang je laa kot.. *ada ke yang nak mimpi eden ni? haha..* Sebab abah pasti say no to baju kebaya.. Tapi kalau dah kahwin nanti, dear Mr. Hubby nak suruh pakai baju kebaya??? Ouh.. Perempuan lepas kahwin tanggungjawabnya pada suami.. Heehee..




Jom kita flashback hari pertama perkenalan aku dengan lelaki ini 2 minggu sebelumnya.. Sebelum itu ramai yang bilang, lelaki ini ada 3 ciri utama yang sangat "outstanding".. Haha..


1) Dia suka "meraba" orang..

2) Dia sangat tegas, garang, scary, cakap lepas..

3) Dia sangat suka mengkritik insan gemuk.. *dalam hati aku, siaplah ko Farhana*





Gambar di bawah adalah pakaian aku ketika lelaki itu berjalan di belakangku.. Saja aku kaburkan muka, sebab tuan gambar segan.. Haha.. Berbalik pada cerita, sepanjang 2 minggu perkenalan kami, sepanjang kami bersama hampir setiap hari, lebih kurang 5 atau 6 jam sehari, memang ketiga-tiga ciri di atas seperti yang dikatakan orang, aku dah lalui..


1) Memang dia suka pegang orang.. Tak kira lelaki atau perempuan.. Tepuk belakang, diusap, tangan dipegang, dirotan.. Bagi aku.. Macam fatherly touch.. Raba tu tak sesuai kot..

2) Dia memang garang, scary, tegas.. Banyak kali dah kami 5 orang satu group ni kene hambat dengan kata-kata pedas, kadang-kadang memang sakitkan hati.. Tapi, adat belajar..

3) Dia memang suka criticize aku.. He called me BIG GIRL.. Aku memang tak kisah sebab dah terbiasa.. Hari-hari dia suruh aku kuruskan badan.. *sir, saya memang sedang dalam proses, tunggu saja lagi 2, 3 bulan okey sir..*




Jumaat lepas adalah hari terakhir kami "bersama".. Sebelum melangkah keluar dari Klinik Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), kami berjumpa dia.. Untuk cakap TERIMA KASIH.. Pertemuan terakhir tu ada suasana sedih sedikit bila lelaki itu ucapkan SORRY dari bibirnya.. SORRY if I have thrown bad words, too fierce, talk to you in not such a nice way.. I am truly SORRY.. Dalam hati aku, yang dulu takutkan dia dan ada sedikit rasa tak suka sangat dengan dia, tiba-tiba jadi lembut.. Aku terharu.. Tersentuh.. SORRY is such a magical word, so simple but yet impact dia sangat besar.. Mungkin orang akan kata maaf tak cukup untuk sembuhkan luka dalam hati.. Tapi kadang-kadang, maaf sahaja mampu sejukkan hati yang sedang membara..





Dalam entry kali ini, aku nak minta maaf.. Sorry.. Kalau sepanjang berblogging aku ada sakitkan hati sesiapa.. Aku tak berniat.. Maaf.. Sayang semua.. Assalamualaikum..





FOOT NOTE:Erk.. Baju kebaya.. Macam mana???



Sunday, November 22, 2009

Seriously.. Aku Tak Jatuh Cinta..

Dah lama tak jumpa Abe Shah Rukh.. Apalah kabar dia.. Sihat ke dia.. Makan ke tak.. Hmmm.. Hujung minggu tak ramai update blog.. Heehee.. Boleh aku tempek "sesuatu" di sini.. Mesti ramai tak baca.. Erk.. Baca kot.. Tapi.. Mungkin tak.. Kalau baca mungkin tak ada yang akan fikir sesuatu.. Selamat rasanya.. Alaaaa.. Bukan apa pun.. Lirik aje laa.. Bertenang okeyhhh Cik Hana.. (kadang-kadang bercakap dengan diri sendiri bukan bermakna akan menempah katil bernombor 1096 di Hospital Tanjung Rambutan)


Kiska hain yeh tumko intezaar.. Main hoon naa..

Dekhlo idhar to ek baar.. Main hoon naa..

Khaamosh kyoon ho jo bhi kehna hain kaho..

Dil chaahe jitna utna pyaar maanglo..

Tumeko milenga utna pyaar main hoon na..


(FILEM MAIN HOON NAA)





Siapa yang dikau tunggu.. Daku kan ada di sini..

Pandanglah walau sekali.. Lihatlah.. Daku ada di sini..

Kenapa membisu? Luah saja apa yang ingin dikata..

Pintalah sebanyak mana cinta yang dikau damba..

Dikau akan mendapatkannya.. Sebab.. Daku kan ada di sini..


(Lirik ini sekadar lirik, tiada yang bersangkut dan berpaut pada mana-mana objek mahupun insan yang masih bernafas, dah takde nafas atau akan takde nafas..)




Haih.. Kenapa manusia suka mengelak dari mengakui perkara sebenar.. Tambah lagi dalam sesetengah soal hati.. (mungkin juga soal jantung, soal limpa, soal kidney).. Manusia cenderung untuk menyangkal.. Menafikan.. Melarikan diri dari kenyataan yang mereka fikir tak logik untuk diterima umum, yang mereka fikir akan gelakkan mereka.. Dengan sinis.. Atau mungkin mereka takut.. Takut apa entahlah.. Contoh paling best.. Jatuh cinta lagi lepas seminggu break up.. Atau rasa hyperhappy bila lihat dia yang kamu admire break up dengan kekasih dia.. Haha.. Logik? Tak logik? Jangan biarkan diri anda diselubungi pertanyaan.. Face it like a man.. And woman as well laa.. Sampaikanlah salam cintaku padanya.. Lalalala.. Terima kaseyyyyy..




FOOT NOTE: Entry ini tidak memerli aku.. Tidak.. Kot..