29 Feb 2012

29 Februari 2012

Februari 29, 2012 6 Comments
Assalamualaikum..

29 Februari 2012.. Tahun lompat.. Tarikh yang muncul 4 tahun sekali.. Menghilang agak lama, lalu muncul lagi.. Hmmm..

Tahniah bagi ibu-ibu dan ayah-ayah yang menyambut kelahiran anak mereka hari ini, pada atuk-atuk dan nenek-nenek yang menimang cucu, tahniah sekali lagi..

3 minggu.. Minggu-minggu yang walau tidak diisi dengan kelas, tiada jadual yang harus diikut, tapi tetap ada misi yang perlu dilaksanakan.. Doakan aku.. 

Pulang ke rumah dalam seminggu, kumpul semangat semula sebelum kembali ke Kuala Lumpur.. Ahh! Ternyata rumah adalah tempat yang paling hebat dan menenangkan hati.. I just love my home, particularly my new home.. Aku dapat menikmati indahnya alam ciptaan Tuhan ini dari sisi yang agak lain berbanding dulu dan ditemani keluarga yang tercinta.. Life is great..

Nothing and no more.. I guess I've to stop here.. Take care dear readers.. Assalamualaikum..

P/S: 29 Februari 2012.. Hmmmmm..


HEART SPEAKS
Mendung tak bererti hujan..
Yakinlah itu satu cubaan..
Masih ada waktu dan kesempatan..
Untuk meraih cita..

26 Feb 2012

Kenapa You Nak Kahwin Dengan I?

Februari 26, 2012 2 Comments
Assalamualaikum..

Credit picture to THIS SITE

Jawapannya :

"You are special.. You are the best.."
And..
"You make me feel special.. You make me feel the best.."

* * *

Eh! Apa pasal aku tonton Walimatul Urus Yusry & Lisa? Urgh! Aku bukan boleh sangat tengok benda-benda sweet, romantik, bahagia pesen gini, nanti mulalah berangan.. =p

Apa pun, sweet jawapan Yusry pada persoalan Lisa, "Kenapa you nak kahwin dengan I?" Hmmm.. Okaylah.. Sambung berhibernasi menulis blog.. Jaga diri semua.. Assalamualaikum..

* * *
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu.

Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu.
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba.
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia.

Hati ini bukan milik ku lagi.

Seribu tahun pun akan ku nantikan.
Kamu.

Sayangku,

Jangan kau persoalkan siapa di hatiku.
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu.

* * *

16 Feb 2012

RM 5.50

Februari 16, 2012 7 Comments
Assalamualaikum..


Nampak NICE kan? Nampak DELICIOUS kan? Nampak MENGGODA kan? Nampaklah segala-galanya yang rasa nak nampak kan? Kekeke..

Gambar ihsan dari BLOG INI.. Kredit kepada tuan punya gambar.. =)

Teringin nak minum.. Seminggu dah mengidam.. Restoran yang ada dalam kolej kehabisan tembikai, tak merasalah.. Semalam keluar ke Kota Damansara, makan di tempat biasa.. Order segelas air yang diidamkan, TEMBIKAI LAICI.. Sampai-sampai depan mata, tengok air cair, tembikai sikit, dalam hati dah dapat agak apa rasa dia.. Rasa punya rasa, rasa laici lagi kuat.. Patutnya rasa tembikai dengan laici kena balance.. Baru masyuk! Gelas memang cinonet.. Laici ada 3 biji.. Sedut-sedut, sekejap dah habis.. Memang tak puas..


Saat dan ketika inilah aku teringat TEMBIKAI LAICI restoran 4U2C di Ipoh.. Gelas besar gedabak, terbaik punya.. Tembikai pekat, laici pun banyak.. Harga RM 2.80 weh! Well, memanglah tak boleh nak compare dengan Kuala Lumpur..


Tapi.. Tapi.. Tapi.. Dengan kualiti dan kuantiti sebegitu, harga RM5.50 memang buat aku terkejut besar kot.. Terketar-ketar keluarkan duit.. Sedih! Huhu.. Macam makan dekat restoran eksklusif harga dia.. Mengidam pun tak lepas.. Macam mana? Hmmm..


Pengajarannya, kalau mengidam, buat sendirilah.. Tak payah bazir duit pergi kedai.. Murah pun murah, sedap pun sedap.. *Sedap ke?*


Okaylah.. Habis dah luah kesedihan.. Selamat bekerja semua.. Have a great day.. Assalmualaikum.. =)

13 Feb 2012

Fasa Yang Indah Dalam Kehidupan

Februari 13, 2012 3 Comments
Assalamualaikum.. Salam malam Ahad semua.. Cuaca tak berapa nak elok, guruh berdentum-dentam di langit, cuma hujan saja belum nak turun lagi.. Kalau hujan, memang sedaplah beradu di tilam malam ini..

Hujung-hujung minggu, kalau tak ada kerja sangat, bila on Facebook, kerja yang akan aku buat adalah skodeng! Haha.. Bukan skodeng apa pun, skodeng sahabat-sahabat lama ketika sekolah dulu.. Rata-rata sahabat lama aku semua sudah punya kehidupan sendiri.. Bahagia aku tengok setiap seorang dari mereka.. I don't know, it's just that I love watching my friend lead a happy life with their husband, with their kids.. Hurm.. Beruntung mereka-mereka yang dah melalui fasa rumahtangga dalam hidup mereka di usia yang awal.. Antara fasa yang indah dalam kehidupan kita.. Kan? Paling indah bila disahkan mengandung anak pertama.. Syukur Alhamdulillah.. =)


Life is indeed beautiful..

Eh! Agak-agak kawan aku marah tak aku pinjam gambar dia dan suami juga bakal anak mereka dan letak dalam blog? Ain! Pinjam gambar.. Jangan marah eh! Heee..

Seronok tengok! That's all and that's it.. Semoga semua yang sedang kecap bahagia akan terus berbahagia sampai bila-bila.. 


Aha! Here is another picture that I like the most.. Sengih seorang diri aku menatapnya.. Ibarat macam aku tengah tonton drama Korea.. Kekeke.. The joy of parents to be.. I guess it's one of the greatest feeling you'll experience in life.. Ayte?


And here, this picture.. Haha.. Comel gila quote dalam gambar, "WE NEVER WALK ALONE PAPA" =p



This baby.. Her name is Azra Humaira, born in January 2012.. Anak kepada ex-roommate aku.. Tahun 2010 aku menjejakkan kaki ke perkahwinan dia, setahun selepas itu, syukur dia disahkan mengandung.. 9 bulan melalui hidup sebagai ibu mengandung dan dalam masa yang sama bergelar pelajar, akhirnya, susah payah dan jerih perih itu terbayar dengan kelahiran bayi comel ini.. Apalah sangat susah payah yang dilalui bila akhirnya anak ini lahir dan melihat dunia.. Aku tumpang happy sangat-sangat..




Semua orang akan melalui fasa indah dalam kehidupan mereka, InsyaALLAH.. Mungkin kalau bukan hari ini, esok, lusa atau bila-bila saja masa yang telah tertulis dalam suratan hidup kita.. Tapi tak salah kan, kalau penulis sekarang sedang mengalami fasa "TERINGIN"? Hehe..

Till here.. Happy always everyone.. Take care.. Have a great weekdays ahead.. Good night.. Assalamualaikum..


12 Feb 2012

Di Hati Ini

Februari 12, 2012

"Ku pendamkan perasaan ini.

Ku rahsiakan rasa hati ini.

Melindungkan kasih yang berputik.
Tersembunyi di dasar hati."


"Di hati ini.

Hanya Tuhan yang tahu.

Di hati ini.
Aku rindu padamu"


Assalamualaikum.

8 Feb 2012

Misteri Kehilangan Cermin Mata Hitam Berjenama Prada

Februari 08, 2012 4 Comments
Assalamualaikum.. Selamat malam semua.. Akhirnya selamat sampai ke Kuala Lumpur.. Dengar-dengar cerita akan balik lagi ke Melaka hujung minggu ini.. Eh, yeke? Kekeke.. Kita tengok dulu macam mana..

Tajuk bukan nak berlagak bukan nak riak, cuma nak imbas kembali misteri yang menyelubungi cermin mata hitam berjenama Prada milik aku yang aku cuma sempat pakai dalam 2 atau 3 bulan saja.. Masa tengah memandu di lebuh raya tadi, otak teringatkan tentang ini bila melalui kawasan yang mana aku pernah alami kemalangan kereta 2 tahun lalu.. Maklumlah, trafik agak perlahan, jadi aku sempat duduk dalam kereta sambil makan angin tengok pemandangan keliling..

Lebuh raya cukup sesak tadi terutama dari Pedas Linggi hinggalah ke Nilai.. Pertama sekali, mungkin sebab jumlah kereta yang agak banyak.. Keduanya, mungkin sebab ada banyak kemalangan berlaku tadi.. Kemalangan yang paling mengerikan tadi adalah sebuah lori besar yang marak terbakar.. Dari jauh aku tengok ada kepulan asap hitam yang tinggi dan gelap, bila dah sampai dekat, baru tahu ada sebuah lori terbakar di tepi jalan.. Bukan keseluruhan lori, cuma kepala lori saja terbakar.. Memang dahsyat.. Tidak pasti pula ada pemandu atau tidak di dalamnya.. Itu yang berlaku di susur keluar tol Ayer Keroh.. 

Manakala di Pedas Linggi pula, kereta bergerak memang slow.. Dalam hati aku dah dapat agak dah, mesti ada kemalangan depan sana.. Tepat sekali! Melepasi saja kawasan kemalangan itu, jalan raya terus jadi agak clear, dan kereta boleh meluncur laju.. Magik bukan? Itu dah jadi fenomena dari dulu lagi, kalau lebuh raya jam, depan sana pasti ada kemalangan dan bila lepas saja kawasan kemalangan, automatik perjalanan tadi yang semput-semput terus lancar.. Kekeke.. Perjalanan dari 2 jam, terus jadi 3 jam.. Penat-penat..


Ewah.. Buat liputan kemalangan dan trafik lebuh raya dalam blog pula ya.. Apa cerita cermin mata hitam tadi? Haha.. Okay okay.. Selepas saja kereta aku mengalami kemalangan di kawasan Pedas Linggi, tak sampai 5 minit ada 2 orang lelaki datang kepada aku dan memberikan pertolongan mengalihkan kereta aku yang berada di tengah jalan.. Tak sampai 5 minit yang seterusnya, datang seorang lelaki Melayu untuk tolong.. Mungkin sebab dia tengok aku keseorangan.. Dan dalam masa yang sama itu juga, satu truck tunda kereta datang entah dari mana.. Lelaki Melayu tadi bisik pada aku, "Bila masa entah kita panggil, tup tup datang dah.."

Well.. Itu lagi salah satu magik yang aku belajar sepanjang aku menjadi pengguna lebuh raya.. Magik yang mana jika anda mengalami kemalangan, belum sempat anda buat panggilan apa-apa, samada kepada pihak PLUS atau insurans, akan ada truck tunda kereta yang muncul tiba-tiba.. Magik magik! 

Dan selepas selesai aku berurusan dengan PLUS, pihak insurans, bincang dengan ayah aku menerusi telefon sambil diprovoke oleh orang-orang yang nak tunda kereta, akhirnya aku serahkan kereta itu untuk dihantar ke sebuah bengkel di Seremban.. Sebelum itu aku keluarkan mana-mana barang yang patut, tapi aku terlupakan cermin mata hitam yang elok terletak di atas dashboard kereta..



Cermin mata hitam itu sikit lebih kurang macam ini.. Dan ditepinya terukir perkataan PRADA.. Sungguh aku terlupa untuk mengambilnya.. Selepas 2 minggu, ayah aku ke bengkel dan membawa kereta itu pulang ke Melaka.. Aku menggunakan kereta itu semula seperti biasa.. Ajaibnya, cermin mata hitam berjenama Prada itu telah hilang dari atas dashboard.. Puas aku selongkar dalam kereta, aku tanya pada mak dan abah, tapi ianya lesap begitu saja..

Haih.. Lain kali aku patut tampal dekat cermin mata itu tulisan sebesar alam "MADE IN GERBANG MALAM IPOH" dengan price tag masih tergantung "RM 10"..

Serious aku sayang dia yang bernama Prada.. Sebab aku beli dengan sahabat-sahabat tercinta aku, kami semua beli seorang satu.. Haih.. Kenangan kot walaupun cuma ringgit Malaysia 10.. Tsk tsk.. Sampai sekarang, aku jarang nak pakai shades dah.. Ada satu aku beli tapi cuma duduk saja atas dashboard jadi perhiasan..

Kesimpulannya, kalau kereta kena tunda, angkutlah semua apa yang boleh diangkut dari dalam kereta.. Okay.. Sekian ceritera kita di malam hari sebelum masuk tidur.. Take care.. Selamat memulakan kerja untuk mereka yang dah 4 hari cuti.. Jangan malas-malas okay.. Assalamualaikum..

6 Feb 2012

Lovely Complex

Februari 06, 2012 3 Comments
Assalamualaikum.. Hey! Isnin dah rupanya.. Ramai yang masih bercuti, tak terkecualilah aku yang di sini.. Cuti sampai esok, jadi masa berbaki satu hari lagi untuk kita enjoy!!! Truth is, I love freedom very much.. I don't know how to describe it, only that I felt such a headache thinking of that I won't have these much of freedom, sooner or later.. Aku tak tahu sejak bila aku ada pasang angan-angan nak jadi TRAVELOGUE WRITER.. I love writing as much as I love the word freedom, but I'm not so sure if I can achieve what I wanted.. Coz I've taken the route where there is no turning back.. Deep sigh.. 

Okay.. Stop it! Haha.. Bila cuti-cuti begini, kerja aku di samping selak buku, which occupy my time only about 10%, and the rest is of course surfing the net, watching dramas, eat, sleep and apa-apa saja yang terasa nak buat..

Jadi aku terjumpa dengan satu gambar yang menarik di Facebook.. Atas sebab gambar tersebut ada kena mengena dengan anime Lovely Complex, jadi aku bubuh tajuk entry Lovely Complex.. Siapa yang dah pernah tengok, mungkin faham.. Tapi siapa yang belum pernah tonton Lovely Complex, ianya adalah sebuah anime yang berkisahkan percintaan seorang gadis tinggi dan seorang jejaka ketot..



Inilah dia, ianya boleh dikatakan macam sebuah carta.. Tertulis di situ, ketinggian yang secocok untuk lelaki dan wanita yang berpasangan.. Kekeke.. Well, it's just for fun.. Yang di sebelah KIRI, adalah KETINGGIAN WANITA dan di sebelah KANAN pula KETINGGIAN LELAKI.. Contohnya.. Tinggi aku 1.58 meter (pendek rupanya aku ni), makanya ketinggian pasangan yang secocok untuk aku adalah 1.72 meter.. 

Tapi perasan tak gambar anime Lovely Complex di atas, yang wanita 1.7 meter dan yang lelaki 1.56 meter.. Reversal of fate (macam tajuk drama Korea).. Haha..


Apa pun, zaman sekarang orang dah tak pandang sangat dah, mungkin kadang-kadang saja kita akan toleh sekali dua bila nampak pasangan yang si wanita lebih tinggi dari si lelaki, tapi that's all and that's it.. Zaman canggih, ada banyak jual "sole" untuk bagi lelaki nampak lebih tinggi.. Perempuan pula ada banyak heels macam-macam pesen macam-macam gaya..

In the end, it doesn't even matter.. It all comes back to "JODOH".. A just for fun entry ends here.. Makan dulu, hari ini menu kita SOTO AYAM.. Jemput makan semua.. Have a great day ahead.. Take care.. Assalamualaikum.. 

2 Feb 2012

Rasa Cinta Kita Seperti Manisnya Epal Merah

Februari 02, 2012

Assalamualaikum..

Baru terjaga dari tidur usai sembahyang Maghrib tadi, tiba-tiba perut kembali meragam dengan sakit yang sama, terjaga terus dari tidur.. Baring tak boleh, duduk tak senang, berdiri pun tak selesa..  I wonder why.. Hurm..

Memang tak dirancang.. Nasib voucher buku 1 Malaysia masih bersisa RM50.. Nampak saja tajuk terus aku angkat dan menuju ke kaunter.. Haih.. Apa pun yang terjadi, walau masa berlalu dan meninggalkan kita, epal selalu ada dekat di hati dan dalam ingatan aku.. Walaupun mungkin dah jadi kenang-kenangan, pada aku masih lagi sukar nak lepaskan dan jadi kenangan.. Masih segar terus dalam ingatan..

"Merah cinta epal.."

Hmm.. Esok dah nak pulang ke Melaka lagi, kena tidur awal dan rehat cukup-cukup, makan ikut waktu supaya kejadian seperti 2 hari ini tak berlaku lagi.. It's really uncomfortable.. Can't really tolerate, rasa nak keluarkan saja perut.. Hehe..

Sambung rehat dulu.. Good night.. Assalamualaikum..

Turn Over A New Leaf

Februari 02, 2012 3 Comments
Assalamualaikum..

Hari yang memenatkan.. Emosi dan fizikal.. Nak keluar ke One Utama tapi sebelum itu conteng kejap di lembaran dan wajah baru Cahaya Yang Riang Gembira ini.. Entah kenapa, seronok tengok blog sendiri..

Sedari tengah malam tadi aku godek sampai pukul 3 pagi.. Mengantuk seh tambah dengan kod yang pelik dari biasa! Tapi puas hatilah, cuma tab menubar saja yang tak siap lagi.. Nanti-nantilah.. Di usia yang baru ini, kita buka lembaran baru dalam dunia blog.. Kita lupakan benda yang lalu.. Lets turn over a new leaf.. =)





Oh ya.. Kepada Encik blogger yang hantar hadiah ini kepada Cik Cahaya Yang Riang Gembira, terima kasih banyak-banyak.. Buat susah-susah aje.. Tapi kan, umur silap.. Tua sangat tu.. Saya baru sweet 25.. =)

Apa pun, terima kasih.. Satu-satunya hadiah di usia 25.. Sob sob.. Maklumlah, dah tua tak ada yang nak bagi hadiah.. Hehe..

Well, till here.. And enjoy the new look here in my lovey doveyland.. Haha.. Take care.. Assalamualaikum..