Fasa Yang Indah Dalam Kehidupan
Assalamualaikum.. Salam malam Ahad semua.. Cuaca tak berapa nak elok, guruh berdentum-dentam di langit, cuma hujan saja belum nak turun lagi.. Kalau hujan, memang sedaplah beradu di tilam malam ini..
Hujung-hujung minggu, kalau tak ada kerja sangat, bila on Facebook, kerja yang akan aku buat adalah skodeng! Haha.. Bukan skodeng apa pun, skodeng sahabat-sahabat lama ketika sekolah dulu.. Rata-rata sahabat lama aku semua sudah punya kehidupan sendiri.. Bahagia aku tengok setiap seorang dari mereka.. I don't know, it's just that I love watching my friend lead a happy life with their husband, with their kids.. Hurm.. Beruntung mereka-mereka yang dah melalui fasa rumahtangga dalam hidup mereka di usia yang awal.. Antara fasa yang indah dalam kehidupan kita.. Kan? Paling indah bila disahkan mengandung anak pertama.. Syukur Alhamdulillah.. =)
Life is indeed beautiful..
Eh! Agak-agak kawan aku marah tak aku pinjam gambar dia dan suami juga bakal anak mereka dan letak dalam blog? Ain! Pinjam gambar.. Jangan marah eh! Heee..
Seronok tengok! That's all and that's it.. Semoga semua yang sedang kecap bahagia akan terus berbahagia sampai bila-bila..
Aha! Here is another picture that I like the most.. Sengih seorang diri aku menatapnya.. Ibarat macam aku tengah tonton drama Korea.. Kekeke.. The joy of parents to be.. I guess it's one of the greatest feeling you'll experience in life.. Ayte?
And here, this picture.. Haha.. Comel gila quote dalam gambar, "WE NEVER WALK ALONE PAPA" =p
This baby.. Her name is Azra Humaira, born in January 2012.. Anak kepada ex-roommate aku.. Tahun 2010 aku menjejakkan kaki ke perkahwinan dia, setahun selepas itu, syukur dia disahkan mengandung.. 9 bulan melalui hidup sebagai ibu mengandung dan dalam masa yang sama bergelar pelajar, akhirnya, susah payah dan jerih perih itu terbayar dengan kelahiran bayi comel ini.. Apalah sangat susah payah yang dilalui bila akhirnya anak ini lahir dan melihat dunia.. Aku tumpang happy sangat-sangat..
Semua orang akan melalui fasa indah dalam kehidupan mereka, InsyaALLAH.. Mungkin kalau bukan hari ini, esok, lusa atau bila-bila saja masa yang telah tertulis dalam suratan hidup kita.. Tapi tak salah kan, kalau penulis sekarang sedang mengalami fasa "TERINGIN"? Hehe..
Till here.. Happy always everyone.. Take care.. Have a great weekdays ahead.. Good night.. Assalamualaikum..
Ulasan
P/S : Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html
semoga semuanya selamat..
comel giler anak dia...dulu kan list of my new bb that day pun ada termasok nm azra..like that name very much...
heeeyyyyyy dik lama x npk...rindu letew eh ekekekeke