31 Jan 2015

28 Going On 17

Januari 31, 2015 2 Comments


Assalamualaikum.

Selamat pagi. Salam 31 Januari. Ecewah. Entry pagi buta nampak. Haha. Officially 28. But it is actually 28 going on 17. It'll be soon 3 series. But anyway, still 17 at heart. Hoping for a better year to come.

Moga diberikan kesihatan yang bertambah-tambah baik, moga dipermudahkan jalan yang seterusnya, samada sambung semula life as a doctor, or be a medical writer, or underwriter, whatever it is I hope it'll be the best for me. Cause I know, Allah knows best. And I want to see my parent smile every hour and every day. 

Assalamualaikum.

P/S : Of courselah, lagu tak ada kena mengena dengan entry. Haha. Ngada nak bubuh sini.
:P




28 Jan 2015

Rainbow

Januari 28, 2015 0 Comments
Assalamualaikum.

Rainbow. Pelangi. 7 warna. Cantik. Indah. Warna-warni. Nikmat tuhan. Sekarang susah nak nampak pelangi kan? Aku rasa kali terakhir aku nampak pelangi rasanya dalam 2 tahun sudah kot. Pelangi kembar.

Bagi sesiapa yang pernah jenguk IG aku boleh nampak aku sangat obses dengan rainbow, atau apa jua yang berwarna-warni. Satu hari nanti bila ada rumah sendiri, aku akan pastikan setiap wallpaper di setiap inci rumah aku adalah motif pelangi. Biar berpinar mata tengok. Haha.


3 hari lagi usia dah nak masuk 28. 31 Januari yang sudah-sudah selalu aku minta adik-adik aku kek Boboi Boy. Tak malu. Haha. Tapi tahun ini terasa macam nak makan Rainbow Cake. Usha IG orang-orang yang buat homemade cake dekat Melaka, tengok harga, terbeliak biji mata. Memanglah boleh expect, maklumlah kek 7 lapis. Sah-sah akan cecah harga seratus lebih. Dulu-dulu bolehlah, pejam mata beli. Haha. Tapi sekarang, kena berkira sikit. Eh silap, berjimat cermat, bukan berkira. Hehe.

Sekarang tengah berkira-kira nak buat sendiri ke, atau macam tahun sudah, makan Boboi Boy sajalah. Tapi kalau datang aura rajin, dan menjadi kek pelanginya, aku selit sikit gambarnya nanti okay.
:)


I'm still earnestly searching for rainbow in my life. It's difficult, the journey ahead, indeed difficult. But I have no choice but to squezze through it right. Nak senang, kenalah susah-susah dulu. 

Have a great day ahead people. Take care. Assalamualaikum.


25 Jan 2015

A Daughter

Januari 25, 2015 2 Comments
Assalamualaikum.

Salam 4 pagi. Tidur awal, bangun pun awal. Udara pagi sangat sejuk dan menyegarkan. Terasa seronok pula menaip di waktu pagi. Dah lama sangat tak buat entry serius dan panjang-panjang. Sekarang semua pendek, lagu, quote. Haih. Itulah malas namanya.

Tergerak nak menulis bila scroll Instagram blogger Namee Roslan yang baru saja menimang cahaya mata kedua. Tahniah. Seronoknya menjadi ibu di usia muda, dan seorang isteri yang bahagia. Impian aku masa umur 20, nak ada suami, anak, keluarga bahagia bila umur cecah 25. Tapi impian tinggal impian sajalah. 25 dah jauh ditinggalkan, 28 nak masuk beberapa hari saja lagi. Tapi, hidup tetap perlu diteruskan dengan senyuman. Tak semua akan berjalan ikut apa yang kita nak, kita cuma perancang dan selebihnya DIA yang tentukan.
:)


Balik semula pada satu gambar yang buat aku sebak, dan hati penuh dengan rasa yang pelbagai. Macam mana impian blogger Namee nak belikan ayah dia sebuah kereta tercapai bila dia dan kakaknya berkongsi membayar downpayment kereta dan juga duit kereta setiap bulan. Ya, macam blogger Namee kata, bukan niat nak menunjuk dan membalas jasa orang tua dengan segala macam harta benda, tapi ianya rasa yang lahir dari hati kita, nak balas jasa orang tua kita, lepas kita tengok macam mana susah payahnya mereka besarkan kita, berkorban untuk kita dan macam-macam lagi kesusahan yang kita sendiri mungkin tak tahu mereka pernah laluinya.

Itu impian aku juga. Itu hasrat hati aku. Hajat aku. Niat yang aku pasang masa aku mula kerja dulu. Tapi kenapa aku lupa pada niat itu? Kalau tak, mungkin aku tak akan mengalah dengan sakit aku. Aku selfish kan? Masa aku kerja dulu, tak banyak mana yang aku mampu beri pada mereka, aku tolong setakat termampu, masih banyak lagi yang aku nak lakukan tapi masih lagi belum terlaksana semuanya. Dan kadang, aku terus-terusan menyalahkan diri, sebab aku tak kuat. 


Abah pun dah nak masuk usia 55, tiap kali aku pandang belakang abah, automatik air mata aku mengalir. Mak pula dah 48, bila tengok mak, aku rasa bersalah sangat. Entahlah, perasaan itu kerap kali mengasak aku bila hari berganti hari, dan segala perancangan hidup aku satu pun belum menampakkan hasilnya. Kegagalan bertemu satu lagi kegagalan. Aku jadi kosong. Aku tahu, mungkin apa yang aku nak bukan yang terbaik untuk aku. Dan mungkin sesuatu yang aku rasa tak sesuai, itulah yang paling baik untuk aku. Sebab perancangan Allah adalah yang terbaik.


Aku nak bangun semula, walau perit walau susah, aku kena bangun juga. Aku dah jatuh sekali dua kali, aku kena jadi makin kuat dan terus kuat. Barulah aku dapat laksanakan hajat aku, niat aku. Untuk satu hari nanti, melihat mak dan abah tersenyum, senyum setiap hari.

Salam Rabu semua. Selamat menjalani hari-hari anda dengan lebih indah. Jaga diri. Assalamualaikum.


22 Jan 2015

Episod Satu Hyde Jekyll And Me - Secret Garden? The Greatest Love?

Januari 22, 2015 3 Comments
Assalamualaikum.

Eh! Drama Korea tak habis-habis lagi eh? Banyak sangat nak cerita eh? Of course!! Memang banyak pun nak cerita. Haha. Multiple personality apa, cakap dengan diri sendiri. Zzz.

Ingat lagi tak entry sudah pasal 4 drama tahun 2015 yang akan ditayang bulan Januari? Okay, kesemua empat-empat dah pun mula ditayangkan. Apa aku boleh kata, setakat ini Kill Me Heal Me (5 episodes and ongoing), Heart To Heart (4 episodes and ongoing), Shine And Go Crazy (2 episodes and ongoing) semuanya mendapat respons yang agak baik. Aku dah download tapi belum berkesempatan nak tengok lagi.

Dan of course tak ketinggalan, HYDE JEKYLL AND ME. Baru ditayangkan episod pertama malam tadi. Dekat ONE HD mungkin dalam seminggu dua lagi rasanya.

Menarik kan poster dia? Nampak komikal, comel dan lively. Aku paling suka drama atau filem yang nampak cerah, warna warni dan hidup sinematografi dia. Dan cerita ini memang sangat cantik, mungkin sebab dia shoot dekat taman tema. Dan drama Korea yang paling aku seronok tonton, bila shoot time winter dengan summer. Automatik kita pun rasa sejuk bila tengok mulut-mulut mereka berkepul-kepul keluar asap. Haha. Melampau tak.

Synopsis

This drama is based on the webcomic “Jekyllbaksaneun Haideussi” by Lee Choong Ho which was first published from 2011-Feb-15 to 2011-Nov-25 via “daum.net“.

Jang Ha Na (Han Ji Min) works as the master and actress in a circus at Wonderland, a large amusement park. Meanwhile, Goo Seo Jin (Hyun Bin) is a third-generation chaebol and the CEO of this Wonderland.

Due to a childhood trauma, Seo Jin suffers from multiple-personalities disorder. One of his personality is that of “Hyde” who has a cold personality. The other personality is that of “Jekyll” who has a sweet and innocent personality.

When Seo Jin tries to eliminate the circus from Wonderland, Ha Na fights to keep it at Wonderland. In the process, She finds herself falling in love for both of Seo Jin’s personalities. But can such a strange relationship work? Can a woman be in a love triangle with just one man? Jang Ha Na finds herself in that impossible situation.


Aku baru habis download episod pertama, konon nak sneak peek sikit, jengah-jengah macam mana episod pertama drama ini walaupun pada hakikatnya aku suka peram dulu. Apa yang aku boleh kata daripada sneak peek aku untuk episod pertama, drama ini seolah macam gabungan dan fusion 2 buah drama popular di bawah ini.

SECRET GARDEN + THE GREATEST LOVE


Jadi, kalau dah kata gabungan 2 buah drama, jadi best ke tak drama HYDE JEKYLL AND ME ini? Erm. Terpulang sebenarnya ikut selera anda semua. Kalau bagi aku, memang best jawapannya. Sebabnya, dua-dua buah drama di atas drama kesukaan aku. Terutama sekali drama The Greatest Love. Ouh. Sampai sekarang aku masih ingat watak quirky Dokko Jin.

Tapi apa pun, ada 19 episod lagi. Masih belum boleh judge lagi performance drama ini. Bukan apa, tak boleh letak harapan di awal drama, sebab selalu nanti twist dia merapu, ending dia apatah lagi. Takut itu yang terjadi. Jadi kita tengoklah dan lihat. Hehe. Apa pun, selamat menonton ya.

Jaga diri. Assalamualaikum.


DOWNLOAD HYDE JEKYLL AND ME

SMALL SIZE (Website ini update lebih cepat)

19 Jan 2015

Tiada Arah Jodoh Kita

Januari 19, 2015 4 Comments

Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu

Namun masih keliru teringat masa lalu

Tetap tiada kulupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu

Tapi sulit kuteruskan
Engkau jauh kehadapan
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapan

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang
Separuh nyawamu dihati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentukannya

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang
[CREDIT LYRIC TO THIS SITE]

HEART SPEAKS : The lyric means something. Hey readers, it's now or never, or else you'll regret it. Like me. Huhu. Good night. Assalamualaikum.

15 Jan 2015

11 Jan 2015

[UPDATED] Wayang Hindustan Bersama PK Si Alien Yang Mencari Tuhan

Januari 11, 2015 2 Comments
ENTRY UPDATE

#PK. IMDB rating of 8.7/10. Watching Aamir's latest movie last night. A film that created controversies in India for the religious issues that this story brought.

Aku sendiri tak tahu nak jelaskan macam mana perasaan lepas habis tonton filem ini, kisah alien yang turun ke bumi, mencari Tuhan untuk ketemu jalan pulang. Masa pertengahan cerita, aku tertanya macam mana PK boleh lepas ditayangkan di Malaysia. Tapi lepas dah habis tonton, aku duduk berfikir sendiri. Berat dan deep, ada pengajaran di situ. Dan ada juga beberapa aspek yang aku tak gemar dan tak sokong. Aku petik satu dialog yang Aamir sampaikan dalam filem ini. Maknanya lebih kurang begini.

"Dalam dunia ini, ada dua jenis tuhan. Tuhan yang menciptakan kita. Dan Tuhan yang manusia cipta. Musnahkan Tuhan yang manusia cipta. Kembali dan kenali Tuhan yang menciptakan kita." [Taken this from Zaimterbang's blog. Thank you.] Selamat menonton dan renung-renungkanlah. 8.5/10 from me.


UNTUK HANIS AMANINA, BOLEH TONTON ONLINE DEKAT LINK BAWAH. HERE GOES FOR YOU.


MUAT TURUN PK NON RETAIL BLURAY (PILIHLAH MANA-MANA LINK YANG LAJU, AKU BERIKAN 4 PILIHAN, RECOMMENDED 1 - 3)

1) PK HUGEFILES (Bluray 720p)
2) PK HEXUPLOAD (Dvdrip 720p)
3) PK UPLOADBAZ (Dvdrip 720p)
4) PK UPTOBOX (Bluray 720p)



Selalu buat review filem Hindi, tapi kali ini lepas tonton filem PK, rasa macam tak tahu nak mula tulis dari mana, macam-macam ada dalam kepala otak tapi tak tahu macam mana nak sampaikan melalui ayat. Jika anda ada masa dan kelapangan, cubalah tonton dan cernakan.  Yang baik kita ambil, yang buruk dan tak elok kita jadikan pengajaran.

* * * * * * * * * * *

Assalamualaikum.

Salam pagi Isnin. Aduh! Sekejap sungguh masa berlalu ya. Dalam tak sedar esok dah masuk 23hb Disember iaitu hari Selasa, yakni hari yang ditunggu-tunggu dan mendebarkan. Habis dah membelek segala carta organisasi dan fungsi jabatan juga nama-nama orang besar, itu tak masuk lagi segala macam kempen kesihatan. Rasa macam dah penuh kapasiti otak. Moga ada jodoh hendaknya aku di situ.

Sebenarnya, nak cerita pasal wayang. Wayang bersama PK. Atau nama sebenar PK, Aamir. Ehem ehem!!! Dah berapa lama ya tak tengok wayang, kali terakhir movie yang aku tonton adalah Guardian Of The Galaxy. Dan selepas itu tak ada lagi movie-movie yang dapat menambat hati dan kaki aku untuk jejak ke panggung wayang.


Tapi Aamir dah mengubah segala-galanya. Ecewah! Ya ya, nama penuh dia Aamir Khan. Kekeke. Tiba-tiba mood nak tengok wayang tiba lepas tonton trailer filem ini. Nak tunggu download gambar cun, mahu 2, 3 bulan. Tambah lagi filem PK ini adalah hasil tangan pengarah yang turut mengarahkan filem 3 Idiot, Lage Raho Munna Bhai. Mana tak tergoda. 3 Idiot is one of the hit movie kot. Munna Bhai pun apa kurangnya. Jadi aku pun menaruh harapan yang tinggi melangitlah pada filem PK ini.

Rating IMDB buat masa sekarang?? 8.9/10
Fuh!! Terbaik!! Jom tengok sinopsis sikit.


An alien PK (Aamir Khan) lands on earth but gets stranded in Rajasthan as his spaceship's remote control device gets stolen. He get's befriended by Bhairon Singh (Sanjay Dutt) who helps PK try to adjust to Earth customs. PK learns to speak Bhojpuri by holding hands of a lady and using his supernatural power of mind reading. PK goes to Delhi where he figures out that a Godmen Tapasvi Maharaj (Saurabh Shukla) now owns his device and fooling people that he got it from Himalayas. PK meets a TV reporter Jagat Janani (Anushka Sharma) and tell her the whole story and they both end up confronting the godman.
During their fight against Tapasvi, Jaggu's channel head (Boman Irani) helps them by using his channel as platform to expose Tapasvi. People in masses gets connected to the show and opens their eyes against fake godmen.
[SOURCE : WIKIPEDIA]


Filem ini menelan kos sebanyak 14 milion dolar. Dan di hari pertama tayangannya di seluruh dunia saja dah kutip 4 milion dolar dan dijangkakan angka itu akan bertambah untuk hari-hari seterusnya. Aamir Khan yang memegang watak PK akan digandingkan dengan Anushka Sharma sebagai heroin. Dan filem Hindi pertama yang aku tengok dekat wayang adalah filem Rabne Bana Di Jodi, lakonan Shah Rukh Khan dan Anushka Sharma. Kebetulan?

Masalahnya, dekat Melaka, PK cuma ditayangkan di Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan. Sebagai orang yang duduk Melaka dekat 10 tahun, aku tak pernah lagi drive sendiri ke 2 shopping complex tersebut sebab aku tak suka masuk kawasan bandar. Otak rasa macam GRRRR!!! Jadinya aku tak pernah pergi Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade pula, kali terakhir aku pergi adalah masa waktu sekolah. Haha.

Mungkinkah aku perlu menunggu filem ini untuk didownload saja? Hmm. Nak tengok dekat wayang tapi nak drive masuk bandar memang bercinta sungguh. Dilema tak bertempat kan. Haha. Tunggu aku balik dari Johor dulu Rabu nanti, lepas itu akan difikirkan semula, macam mana nak pergi Dataran Pahlawan. Kekeke.


Jemput tengok trailer semua. Till here. Take care. Assalamualaikum.

8 Jan 2015

His Name Is Syed Iqbal

Januari 08, 2015 0 Comments
Assalamualaikum.

Oh! Kejap! Yang di bawah ini dah tentulah bukan Iqbal. Itu kan Abang Depp. Entry ini bukanlah nak cerita semata-mata tentang Iqbal yang dah berjaya mencuri hati, tapi lebih kepada cerita kita, orang perempuan. Haaa. Apa ceritanya?

Okay!! Okay!! Make way for ladies, please.
=p 


Yang bawah ini, barulah Iqbal yang sebenar-benarnya. Ya, Syed Iqbal. Macam yang anda semua tahu, aku memang balun layan apa saja drama atau filem. Daripada Korea, Hindustan, Thailand, Filipina, Indonesia, English dan tak lupa jugalah drama keluaran tempatan. Tapi aku memang sangat jarang tersangkut dengan drama Melayu. Even drama slot Akasia yang orang duduk pung pang pung pang cerita, macam Ariana Rose, Rindu Awak 200%, Kerana Terpaksa Aku Relakan, Love You Mr. Arrogant dan banyak lagilah. Aku tahu kewujudan mereka, cuma memang tak follow sangat pun. Kecenderungan nak tengok TV dah berkurang.

Tapi drama Zahira, entah macam mana aku boleh tersangkut. Tipikal drama. An arrogant rich widower falling in love with a poor sweet girl. What do you expect? Syed Iqbal yang berkarisma, tegas, cocky, arrogant, totally bad boy style with a little bit of sweetness in him, memang kita-kita orang perempuan senang tersangkut kan dengan hero drama yang ada karakter begini? Yang baik, lemah lembut, suka ambil berat macam Zahid, kita pandang sipi-sipi saja. Kan?! Kan?! Kan?! Eh ke aku seorang saja yang ada taste begini.

"TASTE BAD BOY STYLE"


Syed Iqbal, hati keras tapi penuh bunga kembang mekar di taman hati. Haha. Antara dialog dia yang best dan paling diingati.

"Dan awak jaga diri awak untuk saya."
"Barang yang lepas jangan dikenang, yang di depan ini sentiasalah dalam ingatan."

Uhuk uhuk. Terbatuk dengar. 12 episod dah selesai, ada 3 lagi rasanya.

Kita orang perempuan kebanyakannya memang sukakan hero-hero yang bad boy style. Buktinya, orang sampai boleh buat meme dengan taste kita. Dari filem Kuch Kuch Hota Hai, Anjali pilih Rahul juga kan? Hahaha. Memang aku tergelak masa first time tengok meme ini. Hit right on the face. Lol.


Tapi sebenarnya, soal ini semua, balik kepada hati dan perasaan juga. We are not really choosing a guy based on bad boy vs good boy style. Hati kita, siapa yang kita sayang siapa yang kita suka, manalah boleh nak dipaksa-paksa. Jadi Anjali pilih Rahul dan bukan Aman sebab apa yang ada dalam hati Anjali. Apa yang dia rasa.

Anyway, have a great day people. Take care. Assalamualaikum.


Kekasih Yang Setia

Januari 08, 2015 5 Comments
Assalamualaikum.

Hujan dah mula turun lebat selebatnya di bumi Melaka. Duduk depan laptop tonton movie sambil makan kek Red Velvet dalam selimut memang masyuk kan? Haha. These kind of lazy days are going to end soon. Time to struggle hard and creating a brighter pathway for life.

Salah satu cita-cita dan harapan tahun ini apart from new life, macam tahun-tahun sudah jugalah, semoga dapat jumpa seorang makhluk, hamba Allah untuk jadi "kawan" seumur hidup. Umur pun dah masuk 28. What?!! 28?! Yeah. 28!! So what?!
=p


Sebut pasal "kawan" yang itu, memandangkan tak jumpa pun lagi, tapi tetap bahagia dan riang gembira sebab ada ramai lagi insan-insan istimewa yang setia di sekeliling diri aku. Dan salah satu yang setia, adalah pakcik di bawah.

l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V


Walaupun tak ramai pun yang ingat, tapi pakcik DiGi tak okay. Hahaha. Tiap-tiap tahun mesti akan dapat wish happy birthday dari dia. Setia nau nau!! Selagi bulan January tak habis dan masuk February, selagi itulah dapat wish birthday hari-hari. Melampau kan. Hahaha. *Over je tu!* Tapi tahun ini memang awal benar menge-wishnya. Aku lahir hujung bulan, bukan awal bulan. Tapi terima kasihlah pakcik DiGi, sebab selalu ada dengan saya. Tsk tsk. Akan setia bersamamu selalu. Haha.

Sekian, entry merapu di hari yang sejuk dan lazy ini. Jaga diri semua. Assalamualaikum.


HEART SPEAKS : Hadiah istimewa Januari 2011, mungkin itulah yang pertama dan terakhir. No more you.



5 Jan 2015

4 Drama Korea 2015 Yang Sangat, Memang Dan Teramat Dinantikan

Januari 05, 2015 6 Comments
Assalamualaikum.

Entry pertama untuk tahun 2015. Tahun ini kalau boleh nak amalkan polisi diam-diam ubi berisi. Tup tup, ada berita itu. Tup tup, ada berita ini. Haaa. Nampak tak? Entry pertama tahun ini bolehlah dikategorikan sebagai tak berfaedah sangat pun. Haha. Tapi dek kerana aku hantu drama Korea, jadi nak jugalah kongsikan 4 drama Korea 2015 yang memang aku nantikan tayangannya.

Tahun ini banyak mengetengahkan isu-isu dunia psikiatri. 2 daripada drama ini menggunakan isu MULTIPLE PERSONALITY DISORDER sebagai ramuan utama. 1 lagi drama menggunakan isu SOCIAL ANXIETY DISORDER. Sebagai seorang yang pernah dulu mengimpikan nak jadi pakar psikiatri, ini adalah drama yang sangat dinantikan. 

1) HYDE, JECKYLL AND I

Jang Ha Na (Han Ji Min) works as the master and actress in a circus at Wonderland, a large amusement park. Meanwhile, Goo Seo Jin (Hyun Bin) is a third-generation chaebol and the CEO of this Wonderland.

Due to a childhood trauma, Seo Jin suffers from multiple-personalities disorder. One of his personality is that of Jekyll who has a cold personality. The other personality is that of Hyde who has a sweet and innocent personality.

When Seo Jin tries to eliminate the circus from Wonderland, Ha Na fights to keep it at Wonderland. In the process, She finds herself falling in love for both of Seo Jin’s personalities. But can such a strange relationship work? Can a woman be in a love triangle with just one man? Jang Ha Na finds herself in that impossible situation.


NOTA KAKIKU

 Hyun Bin kot!!! Si jejaka Secret Garden dah kembali. Drama ini pun akan disiarkan di ONE HD, tapi lambat sikit dari tayangan Korea. Lepas habis drama Pinocchio rasanya. Jadi, jangan lupa, nantikan macam mana Hyun Bin memainkan watak Jeckyll dan Hyde yang kita selalu baca masa kecil dulu.




2) KILL ME, HEAL ME

A romantic comedy about a third-generation billionnaire with Dissociative Identity Disorder and a first-year Psychiatrist resident who treats him secretly.

Cha Do Hyun (Ji Sung) is the third generation of a chaebol family who suffers from multiple personality disorder after going through numerous life-threatening traumas. As he tries to get back on his life on the track with the help of a resident doctor, Oh Ri Jin (Hwang Jung Eum). The “seven people” whom he created in his body began their battle to be the final dictator that will have control over his life.

Meanwhile, Oh Ri On (Park Seo Joon) is Oh Ri Jin’s twin Brother who is a genius writer. He is determined to find out the secrets and stories of this third generation Chaebol, starts following him around to uncover them but unexpectedly forms an empathy for him instead.


NOTA KAKIKU

Gandingan Ji Sung dan Hwang Jung Eum memang selalu menjadi. Tengok saja drama Secret Love, perghhh!! Jadi untuk drama ini, aku teringin nak tengok macam mana Ji Sung lakonkan 7 personaliti yang berbeza. Tengok trailer macam hilarious. Kita tunggu minggu depan.




3) HEART TO HEART

Cha Hong Do (Choi Kang Hee) suffers from social phobia and has a problem with severe blushing. She does have a strong sense of curiosity and learns from books and the internet. One day, Cha Hong Do’s grandmother dies. Her grandmother was her only contact to the outside world. Cha Hong Do then begins doing housework as a maid, but disguises herself as an elderly woman. Through an incident, she meets a psychiatrist, Go Yi Suk (Chun Jung Myung).


NOTA KAKIKU

Drama tvN memang selalunya best-best. Contoh macam Queen In Hyun's Man, Misaeng, Reply 1994, Reply 1997 dan banyak lagi. Jadi kali ini harapnya begitu jugalah. Drama yang mengetengahkan kisah seorang perempuan yang sangat fobia dengan dunia luar dan takut untuk bersosial. Sikit-sikit blushing. Menarik kan? Jadi, a must watch for me.




4) SHINE OR GO CRAZY

This drama is based on the web novel “Bitnageona Michigeona” by Hyun Go Woon which was first published from 2014-March-17 via “daum.net“.

This is a drama takes place within a palace between cursed emperor, Wang So and an abandoned princess, Shin Yool. Wang So (Jang Hyuk) is the Prince of Goryeo who has a cursed fate. He had to get married with the Last Princess of Balhae, Shin Yool (Oh Yeon Seo). She was born with the fate of becoming the light for another country. But because of this fate, she has to face death. Through their marriage life, Wang So and Shin Yool begin to grow closer and love each other.


NOTA KAKIKU

Semenjak meletop dengan drama Come, Jang Bo Ri, Oh Yeon Seo pun makin popular. Dulu main watak cikai-cikai, sekarang jadi heroin okay. Drama ini jadi pilihan, pertama sebab SAEGUK dan bertemakan FANTASI. Kedua, sebab Jang Hyuk, apa lagi. Haha. Siapa yang masih teringat-ingat lakonan dia dalam Chuno, bolehlah cuba drama ini. Tajuk agak lawak untuk sebuah drama saeguk, tapi apa-apa pun, kita tengok macam mana kisah cinta dan sumpahan ini berakhir.




Okay dah, sampai sini. Kita beristirehat dulu. Badan pun dah mula tak sihat. Cuaca pun tak menentu sekarang. Okay semua. Jaga diri. Selamat berhujung minggu. Assalamualaikum.