A Daughter

Assalamualaikum.

Salam 4 pagi. Tidur awal, bangun pun awal. Udara pagi sangat sejuk dan menyegarkan. Terasa seronok pula menaip di waktu pagi. Dah lama sangat tak buat entry serius dan panjang-panjang. Sekarang semua pendek, lagu, quote. Haih. Itulah malas namanya.

Tergerak nak menulis bila scroll Instagram blogger Namee Roslan yang baru saja menimang cahaya mata kedua. Tahniah. Seronoknya menjadi ibu di usia muda, dan seorang isteri yang bahagia. Impian aku masa umur 20, nak ada suami, anak, keluarga bahagia bila umur cecah 25. Tapi impian tinggal impian sajalah. 25 dah jauh ditinggalkan, 28 nak masuk beberapa hari saja lagi. Tapi, hidup tetap perlu diteruskan dengan senyuman. Tak semua akan berjalan ikut apa yang kita nak, kita cuma perancang dan selebihnya DIA yang tentukan.
:)


Balik semula pada satu gambar yang buat aku sebak, dan hati penuh dengan rasa yang pelbagai. Macam mana impian blogger Namee nak belikan ayah dia sebuah kereta tercapai bila dia dan kakaknya berkongsi membayar downpayment kereta dan juga duit kereta setiap bulan. Ya, macam blogger Namee kata, bukan niat nak menunjuk dan membalas jasa orang tua dengan segala macam harta benda, tapi ianya rasa yang lahir dari hati kita, nak balas jasa orang tua kita, lepas kita tengok macam mana susah payahnya mereka besarkan kita, berkorban untuk kita dan macam-macam lagi kesusahan yang kita sendiri mungkin tak tahu mereka pernah laluinya.

Itu impian aku juga. Itu hasrat hati aku. Hajat aku. Niat yang aku pasang masa aku mula kerja dulu. Tapi kenapa aku lupa pada niat itu? Kalau tak, mungkin aku tak akan mengalah dengan sakit aku. Aku selfish kan? Masa aku kerja dulu, tak banyak mana yang aku mampu beri pada mereka, aku tolong setakat termampu, masih banyak lagi yang aku nak lakukan tapi masih lagi belum terlaksana semuanya. Dan kadang, aku terus-terusan menyalahkan diri, sebab aku tak kuat. 


Abah pun dah nak masuk usia 55, tiap kali aku pandang belakang abah, automatik air mata aku mengalir. Mak pula dah 48, bila tengok mak, aku rasa bersalah sangat. Entahlah, perasaan itu kerap kali mengasak aku bila hari berganti hari, dan segala perancangan hidup aku satu pun belum menampakkan hasilnya. Kegagalan bertemu satu lagi kegagalan. Aku jadi kosong. Aku tahu, mungkin apa yang aku nak bukan yang terbaik untuk aku. Dan mungkin sesuatu yang aku rasa tak sesuai, itulah yang paling baik untuk aku. Sebab perancangan Allah adalah yang terbaik.


Aku nak bangun semula, walau perit walau susah, aku kena bangun juga. Aku dah jatuh sekali dua kali, aku kena jadi makin kuat dan terus kuat. Barulah aku dapat laksanakan hajat aku, niat aku. Untuk satu hari nanti, melihat mak dan abah tersenyum, senyum setiap hari.

Salam Rabu semua. Selamat menjalani hari-hari anda dengan lebih indah. Jaga diri. Assalamualaikum.


Ulasan

Unknown berkata…
Semua tu ada hikmahnya sis...yang penting tak putus berdoa ye
@Asmin Fahmi Ya betul. Doa yang tak putus dan usaha je yang termampu saya buat sekarang. Terima kasih banyak Asmin. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?