Episod Satu Hyde Jekyll And Me - Secret Garden? The Greatest Love?

Assalamualaikum.

Eh! Drama Korea tak habis-habis lagi eh? Banyak sangat nak cerita eh? Of course!! Memang banyak pun nak cerita. Haha. Multiple personality apa, cakap dengan diri sendiri. Zzz.

Ingat lagi tak entry sudah pasal 4 drama tahun 2015 yang akan ditayang bulan Januari? Okay, kesemua empat-empat dah pun mula ditayangkan. Apa aku boleh kata, setakat ini Kill Me Heal Me (5 episodes and ongoing), Heart To Heart (4 episodes and ongoing), Shine And Go Crazy (2 episodes and ongoing) semuanya mendapat respons yang agak baik. Aku dah download tapi belum berkesempatan nak tengok lagi.

Dan of course tak ketinggalan, HYDE JEKYLL AND ME. Baru ditayangkan episod pertama malam tadi. Dekat ONE HD mungkin dalam seminggu dua lagi rasanya.

Menarik kan poster dia? Nampak komikal, comel dan lively. Aku paling suka drama atau filem yang nampak cerah, warna warni dan hidup sinematografi dia. Dan cerita ini memang sangat cantik, mungkin sebab dia shoot dekat taman tema. Dan drama Korea yang paling aku seronok tonton, bila shoot time winter dengan summer. Automatik kita pun rasa sejuk bila tengok mulut-mulut mereka berkepul-kepul keluar asap. Haha. Melampau tak.

Synopsis

This drama is based on the webcomic “Jekyllbaksaneun Haideussi” by Lee Choong Ho which was first published from 2011-Feb-15 to 2011-Nov-25 via “daum.net“.

Jang Ha Na (Han Ji Min) works as the master and actress in a circus at Wonderland, a large amusement park. Meanwhile, Goo Seo Jin (Hyun Bin) is a third-generation chaebol and the CEO of this Wonderland.

Due to a childhood trauma, Seo Jin suffers from multiple-personalities disorder. One of his personality is that of “Hyde” who has a cold personality. The other personality is that of “Jekyll” who has a sweet and innocent personality.

When Seo Jin tries to eliminate the circus from Wonderland, Ha Na fights to keep it at Wonderland. In the process, She finds herself falling in love for both of Seo Jin’s personalities. But can such a strange relationship work? Can a woman be in a love triangle with just one man? Jang Ha Na finds herself in that impossible situation.


Aku baru habis download episod pertama, konon nak sneak peek sikit, jengah-jengah macam mana episod pertama drama ini walaupun pada hakikatnya aku suka peram dulu. Apa yang aku boleh kata daripada sneak peek aku untuk episod pertama, drama ini seolah macam gabungan dan fusion 2 buah drama popular di bawah ini.

SECRET GARDEN + THE GREATEST LOVE


Jadi, kalau dah kata gabungan 2 buah drama, jadi best ke tak drama HYDE JEKYLL AND ME ini? Erm. Terpulang sebenarnya ikut selera anda semua. Kalau bagi aku, memang best jawapannya. Sebabnya, dua-dua buah drama di atas drama kesukaan aku. Terutama sekali drama The Greatest Love. Ouh. Sampai sekarang aku masih ingat watak quirky Dokko Jin.

Tapi apa pun, ada 19 episod lagi. Masih belum boleh judge lagi performance drama ini. Bukan apa, tak boleh letak harapan di awal drama, sebab selalu nanti twist dia merapu, ending dia apatah lagi. Takut itu yang terjadi. Jadi kita tengoklah dan lihat. Hehe. Apa pun, selamat menonton ya.

Jaga diri. Assalamualaikum.


DOWNLOAD HYDE JEKYLL AND ME

SMALL SIZE (Website ini update lebih cepat)

Ulasan

farhana berkata…
I br layan Heart to Heart. Best! Sbb suka dgn mamat senyum Jung Myung tu hehe.

Drama Hyde tu kalau ala2 gabungan 2 drama best yg u mention tu mmng i tgkp layan la jwbnya. (smbil terigau2 gaya gelak Dokko Jin haha)
@farhana Ramai kata Heart To Heart best. I baru sempat layan Kill Me Heal Me. Hehe. Ini pun dah langgar pantang, patut kumpul semua cerita dulu baru marathon. Kekeke. :D
bz the witch berkata…
a'ah...kat ONE blum tayang lagi...nilah tunggu2, x sabar nak tgok.

secret garden, rindulah pula nak tgok semula drama ni

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T