[UPDATED] Wayang Hindustan Bersama PK Si Alien Yang Mencari Tuhan

ENTRY UPDATE

#PK. IMDB rating of 8.7/10. Watching Aamir's latest movie last night. A film that created controversies in India for the religious issues that this story brought.

Aku sendiri tak tahu nak jelaskan macam mana perasaan lepas habis tonton filem ini, kisah alien yang turun ke bumi, mencari Tuhan untuk ketemu jalan pulang. Masa pertengahan cerita, aku tertanya macam mana PK boleh lepas ditayangkan di Malaysia. Tapi lepas dah habis tonton, aku duduk berfikir sendiri. Berat dan deep, ada pengajaran di situ. Dan ada juga beberapa aspek yang aku tak gemar dan tak sokong. Aku petik satu dialog yang Aamir sampaikan dalam filem ini. Maknanya lebih kurang begini.

"Dalam dunia ini, ada dua jenis tuhan. Tuhan yang menciptakan kita. Dan Tuhan yang manusia cipta. Musnahkan Tuhan yang manusia cipta. Kembali dan kenali Tuhan yang menciptakan kita." [Taken this from Zaimterbang's blog. Thank you.] Selamat menonton dan renung-renungkanlah. 8.5/10 from me.


UNTUK HANIS AMANINA, BOLEH TONTON ONLINE DEKAT LINK BAWAH. HERE GOES FOR YOU.


MUAT TURUN PK NON RETAIL BLURAY (PILIHLAH MANA-MANA LINK YANG LAJU, AKU BERIKAN 4 PILIHAN, RECOMMENDED 1 - 3)

1) PK HUGEFILES (Bluray 720p)
2) PK HEXUPLOAD (Dvdrip 720p)
3) PK UPLOADBAZ (Dvdrip 720p)
4) PK UPTOBOX (Bluray 720p)



Selalu buat review filem Hindi, tapi kali ini lepas tonton filem PK, rasa macam tak tahu nak mula tulis dari mana, macam-macam ada dalam kepala otak tapi tak tahu macam mana nak sampaikan melalui ayat. Jika anda ada masa dan kelapangan, cubalah tonton dan cernakan.  Yang baik kita ambil, yang buruk dan tak elok kita jadikan pengajaran.

* * * * * * * * * * *

Assalamualaikum.

Salam pagi Isnin. Aduh! Sekejap sungguh masa berlalu ya. Dalam tak sedar esok dah masuk 23hb Disember iaitu hari Selasa, yakni hari yang ditunggu-tunggu dan mendebarkan. Habis dah membelek segala carta organisasi dan fungsi jabatan juga nama-nama orang besar, itu tak masuk lagi segala macam kempen kesihatan. Rasa macam dah penuh kapasiti otak. Moga ada jodoh hendaknya aku di situ.

Sebenarnya, nak cerita pasal wayang. Wayang bersama PK. Atau nama sebenar PK, Aamir. Ehem ehem!!! Dah berapa lama ya tak tengok wayang, kali terakhir movie yang aku tonton adalah Guardian Of The Galaxy. Dan selepas itu tak ada lagi movie-movie yang dapat menambat hati dan kaki aku untuk jejak ke panggung wayang.


Tapi Aamir dah mengubah segala-galanya. Ecewah! Ya ya, nama penuh dia Aamir Khan. Kekeke. Tiba-tiba mood nak tengok wayang tiba lepas tonton trailer filem ini. Nak tunggu download gambar cun, mahu 2, 3 bulan. Tambah lagi filem PK ini adalah hasil tangan pengarah yang turut mengarahkan filem 3 Idiot, Lage Raho Munna Bhai. Mana tak tergoda. 3 Idiot is one of the hit movie kot. Munna Bhai pun apa kurangnya. Jadi aku pun menaruh harapan yang tinggi melangitlah pada filem PK ini.

Rating IMDB buat masa sekarang?? 8.9/10
Fuh!! Terbaik!! Jom tengok sinopsis sikit.


An alien PK (Aamir Khan) lands on earth but gets stranded in Rajasthan as his spaceship's remote control device gets stolen. He get's befriended by Bhairon Singh (Sanjay Dutt) who helps PK try to adjust to Earth customs. PK learns to speak Bhojpuri by holding hands of a lady and using his supernatural power of mind reading. PK goes to Delhi where he figures out that a Godmen Tapasvi Maharaj (Saurabh Shukla) now owns his device and fooling people that he got it from Himalayas. PK meets a TV reporter Jagat Janani (Anushka Sharma) and tell her the whole story and they both end up confronting the godman.
During their fight against Tapasvi, Jaggu's channel head (Boman Irani) helps them by using his channel as platform to expose Tapasvi. People in masses gets connected to the show and opens their eyes against fake godmen.
[SOURCE : WIKIPEDIA]


Filem ini menelan kos sebanyak 14 milion dolar. Dan di hari pertama tayangannya di seluruh dunia saja dah kutip 4 milion dolar dan dijangkakan angka itu akan bertambah untuk hari-hari seterusnya. Aamir Khan yang memegang watak PK akan digandingkan dengan Anushka Sharma sebagai heroin. Dan filem Hindi pertama yang aku tengok dekat wayang adalah filem Rabne Bana Di Jodi, lakonan Shah Rukh Khan dan Anushka Sharma. Kebetulan?

Masalahnya, dekat Melaka, PK cuma ditayangkan di Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan. Sebagai orang yang duduk Melaka dekat 10 tahun, aku tak pernah lagi drive sendiri ke 2 shopping complex tersebut sebab aku tak suka masuk kawasan bandar. Otak rasa macam GRRRR!!! Jadinya aku tak pernah pergi Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade pula, kali terakhir aku pergi adalah masa waktu sekolah. Haha.

Mungkinkah aku perlu menunggu filem ini untuk didownload saja? Hmm. Nak tengok dekat wayang tapi nak drive masuk bandar memang bercinta sungguh. Dilema tak bertempat kan. Haha. Tunggu aku balik dari Johor dulu Rabu nanti, lepas itu akan difikirkan semula, macam mana nak pergi Dataran Pahlawan. Kekeke.


Jemput tengok trailer semua. Till here. Take care. Assalamualaikum.

Ulasan

Hanis Amanina berkata…
sis! kalau ada online nye, share ea :)
@Hanis Amanina Alamak. Kalau Hindustan online tak tahu dekat mana ada. Tapi kalau download banyak dah ada. Gambar cantik. Heee. :)

Nanti akak update dekat entry ya. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?