31 Mac 2011

You May Be, Just A Little Bit Deewani...

Mac 31, 2011 9 Comments
Assalamualaikum.. Eh!! Khamis.. Inilah harinya.. Ada beberapa jam lagi, perkara yang mendebarkan jiwa akan berlaku.. Mata pun tak boleh nak lelap, buku depan mata, tapi mata dah naik juling baca..

Kawan-kawan!! Doakan ya.. Jujur aku berdebar rasa macam nak terkeluar jantung.. Takut tak terkata.. Okay dah.. Sekian update pendek dan tak lebar.. Semoga hari Khamis ini dipermudahkan dan tugas aku boleh dijalankan dengan sempurna.. Selamat malam semua.. Assalamualaikum..


LOVE SPEAKS : Kalau LOVE boleh makan macam coklat, aku rasa macam nak makan 100 keping coklat.. Dark chocolate, pahit.. Chocolate biasa, manis.. White chocolate, manis gilerr.. Susahnya nak buat pilihan.. Haha.. =p



You May Be.. Just A Little Bit Deewani.. Thodi Thodi Si Crazy.. But Baby.. You're THE ONE.. =)

- Entah kenapa suka sangat dengar lagu dari filem Aladdin ini.. Rasa macam watak heroin pula.. Hoho.. -


30 Mac 2011

Ting Tong With Love

Mac 30, 2011 5 Comments
Assalamualaikum.. Ohh!! Lama sungguh rasanya tak cium bau blog.. Bau entry-entry, bau dunia maya yang warna-warni.. Ngee..

Minggu ini memang penuh dengan kepenatan jiwa dan emosi.. Mental didera dengan begitu teruk sekali, cuba bertahan dengan sisa kekuatan yang masih ada, walau kadang rasa macam dah nak berputus asa..Tapi putus asa sepatutnya tak ada buat masa ini, sebaliknya usaha sampai ke titik akhir, itu yang sebaiknya..



4 komponen sudah selesai dan hanya tinggal satu saja lagi penentu untuk jalan masa depan.. Jalan yang macam mana, aku sendiri pun masih belum pasti.. Pagi tadi selesai komponen keempat, iaitu klinikal kes panjang.. Seorang pesakit diberi, dan anda diberi masa 1 jam untuk bertanya soalan dan memeriksa pesakit, dan ada lagi 10 minit untuk sesi pembentangan kes anda.. 3 orang pemeriksa, aku rasa bertuah sangat sebab mereka semua sangat baik dan banyak membantu.. Pesakit yang aku dapat tadi menghidap penyakit kanser pundi kencing.. Adalah juga soalan yang tak dapat dijawab, tapi terima kasih sangat pada 3 orang pemeriksa tersebut, anda menenangkan hati saya.. =)

Dan sekarang, aku berserah untuk komponen ini.. Yang lepas biarkan lepas.. Apa jua yang dah tertulis, aku terima.. Hanya pasrah dan bertawakal moga yang terbaik saja.. Tinggal satu lagi komponen, terakhir, dan akan diselesaikan Khamis petang.. Terima kasih banyak ya atas doa kalian semua yang tak pernah putus.. Sayang semua..


Malam semalam, aku langsung tak dapat lelapkan mata, sudahlah paginya kepala terhantuk tiang besi, sampai sekarang benjol tak surut-surut.. Kepala pun pening-pening lalat sebab tak tidur.. Nasib sajalah tak tidur masa tengah tanya soalan dan periksa pesakit.. Haha..

Dan sekarang, saat ini, aku dah ting tong.. Mata berat, kepala berat, segalanya beratlah.. Jadi, masa untuk rehat.. Sampai jumpa lagi.. Doakan aku terus ya.. Doakan aku dapat sesuatu yang aku boleh jawab, doakan aku dapat pemeriksa yang baik-baik, dan doakan aku dan rakan-rakan semua akan baik-baik saja.. =)

Jaga diri semua.. Rindu semua.. Sangat!! Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : Hoping "someone that come into my mind" will be happy always, smile always and sihat-sihat selalu.. =p

"If she's amazing, she won't be easy..
If she's easy, she won't be amazing..
If she's worth it, you won't give up..
If you give up, you're not worth it.."

- This time, I am the one who is not going to give up.. Aku tak mahu menyesal melepaskan apa yang tak patut aku lepaskan.. -


26 Mac 2011

10 Days In Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah

Mac 26, 2011 12 Comments
Assalamualaikum.. Macam lama tak cerita kisah hidup sendiri.. Conteng sikitlah, sebab mungkin nanti tak berkesempatan nak update..

Atas sebab "tugas besar" yang aku pikul sekarang ini, 2 minggu lamanya, aku dan rakan-rakan ditempatkan di Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah atau Kolej Kediaman 12, Universiti Malaya.. Blok A di tingkat 6.. Selasa yang lepas aku dah tidur di sana semalam, malam keeseokan harinya aku pulang semula ke Ipoh..

Asramanya boleh tahan cuma agak tak selesa sebab blok yang didiami adalah blok lelaki.. Bila naik lif, budak-budak lelaki sure pandang-pandang.. Mana tidaknya, blok lelaki derr.. Yang memisahkan kami cuma pagar-pagar yang berkunci.. Tapi bila tingkat atas bawah kiri kanan dikelilingi lelaki, memang seram tahap dewa.. Tak boleh nak buat apa, sebab itu saja asrama yang ada dan itu dah memang tempat untuk pelawat.. Nak tak nak, bersabar dan jaga diri elok-elok sajalah..


Senario yang mungkin anda lihat, malam-malam sampai pukul 3, 4 pagi pun budak-budak lelaki ini tak tidur-tidur lagi dan memekak.. Dan jika kehadiran golongan wanita disedari, malam hari mereka mungkin akan bermain lampu, atau laser.. Paling nakal, ada yang sanggup tutup suis utama dan bergelaplah tingkat yang didiami oleh pelawat perempuan ini.. Oh!! Apa pasal nakal betul budak-budak lelaki zaman sekarang ya..

Apa yang boleh dibuat, pintu sentiasa berkunci.. Malam-malam buta, elakkan keluar dari bilik atau turun ke bawah.. Samada malam ini atau pagi esok, aku akan bertolak ke sana semula.. 10 hari di sana, sampailah Isnin yang berikutnya.. Sila jaga diri elok-elok ya!! Hee..

Hari Khamis ini "tugas besar" aku akan selesai.. Ada 4 hari untuk meronggeng Kuala Lumpur.. Ada masa nak ketemu dengan Alexandriana Alia dan Jard The Great.. Oh!! Dan tak dilupa nak Boom Boom Pow Adik Mimpi.. Detective Conan pun sibuk banget, kalau tak memang nak Boom Boom Pow dia sekali.. Ekeke.. Itu semua kalau punya kesempatanlah.. Okay.. Itu saja untuk kali ini, kisah kehidupan di kala ini.. Tata semua.. Assalamualaikum.. =)


HEART'S NOTE : Today is the day.. Officially, 30 days.. *rajin aku mengira, sadis okay perasaan mengira itu..*

:: TERUS BERJALAN SAMPAI KE HUJUNG.. ::


P/S : Siapa yang rajin datang dari New Zealand ya.. Serious aku tertanya-tanya..

Absence Makes Heart Grow Fonder

Mac 26, 2011 3 Comments
Assalamualaikum.. Hye dear readers.. This morning, I came across this quote from a sister, there, far away in UK.. It triggers something in me..

Have you ever realize ABSENCE MAKES THE HEART GROW FONDER? How many times your mouth denies it, but your heart can't tricks you, your brain will eventually agreed with your heart, and keeps your mouth shut.. Believe me.. =)

Till here.. Happy weekend peeps.. And I'm going to continue with my works.. Tons of it.. It really gives me a headache.. Well.. Chaiyok!! Take care.. Assalamualaikum..


HEART'S NOTE : I told Faizah Fuad, 1 more day, then it will officially be a month of "missing something".. Faizah Fuad said, how about writing an entry on that and express the thing that I called "missing something".. And lets see if it is understandable.. I guess the answer is no entry on that please.. This entry is more than enough to express everything.. I really mean it, it has everything.. So, lets put this matter aside, and pray that someday, there will be a "happy something".. Only Allah knows.. =)


:: IF I WAIT, IT WILL COMES SOMEDAY.. ::

25 Mac 2011

Athazagoraphobia

Mac 25, 2011 3 Comments
Assalamualaikum.. Salam sayang dari yang menyayang buat yang tersayang..
:)

Second goes by.. Minute goes by.. Hour goes by.. Day goes by.. Followed by month, year and subsequently ends up being forgotten.. Who am I to you? Who are you to me?

Salam Jumaat dan salam rindu buat semua.. Lama tak bersua, entah bila lagi punya masa untuk semuanya.. Hari berganti hari, diri insan pencoret kata ini di setiap pelusuknya sudah dipenuhi dengan ATHAZAGORAPHOBIA.. Mesti rasanya perit payau macam telan ubat.. Kan?

Sampai ketemu lagi.. Selamat berhujung minggu.. Doakan aku kuat menempuhi hari-hari untuk minggu yang mendatang.. Minggu yang lalu, benar-benar menjadi hari yang penuh naik turun, penuh suka duka tangisan, hari-hari yang aku lemah dan tercari-cari kekuatan.. Lama dah tak rasa sukarnya menempuhi dugaan.. Semoga kuat terus!! Jaga diri semua.. Assalamuaalaikum..


NOTA JAUH DI SUDUT HATI : Sesuatu yang tak disangka, seringkali mendatangi kita.. Itukah suratan dalam kehidupan.. Atau sekadar satu kebetulan..


Alamak!! Kenapa Ini Sangat Sweet Dan Comel?

Mac 25, 2011
Err!! Macam dah lama tak merasa benda-benda sweet dalam hidup.. Alamak!! Kenapa terserempak dengan sesuatu yang sweet pagi-pagi begini? =p




A sweet story.. Lee Joon MBLAQ and IU.. A song by K.Will, My Heart Is Beating..
:)

*Kadang-kadang ada benda yang sweet-sweet, tapi itu cuma sekadar mimpi saja*

21 Mac 2011

Doa Anda Mengiringi

Mac 21, 2011 6 Comments
Assalamualaikum.. Salam pagi Isnin buat semua.. 21 Mac 2011, tarikh yang aku tak jangka dan aku tak sangka akan hadir begitu cepat.. Tulus aku kata, jujur aku akui, persiapan aku ala kadar, mungkin hati dan jiwa aku yang masih lagi belum bersedia menempuh alam baru menyebabkan jasad aku terjejak sama ke lembah kurang keyakinan dan kurang keterujaan.. Boleh begitu?

Aku mulakan langkah ini dengan bacaan Bismillah dan semoga tiap hayunan langkah aku selepas ini, moga akan dipermudahkan olehNYA.. Aku pasrah dan redha atas apa jua ketentuanNYA kelak.. Semoga yang terbaik saja untuk aku, untuk kamu dan untuk kita semua yang berada di bawah lembayung yang sama..

Untuk semua yang ke sini, mohon doa dari kalian, moga dipermudahkan segalanya untukku.. Mohon yang terbaik saja.. Mudah-mudahan.. Amin..

Buat anda semua.. Jaga diri.. Assalamualaikum.. =)


CORET KATA ANGIN LALU : Here is a piece of note that caught my eyes last night before I went to sleep.. I took it from Blog The Other Khairul's fanpage.. I thought I wanna jot it here, but I change the girl to the man.. Sounds RADICAL.. Haha.. Just conveying what the heart says.. Well.. I told you before right, something sweet should be left behind.. =)


Sure, I talk to other men but I don’t talk to them like the way I talk to you.
Sure, those other men can make me smile, but not make me smile as much as you do.
Sure, they can make me laugh but not make me laugh like the way you do.
Yeah, theres a lot of other men out there, but listen, none of them could compare to you.
Those other men can hello and whatsoever, but my heart and my eyes are set on you.


19 Mac 2011

Bukankah Orang Dah Pesan Anak Dara Tak Elok Keluar Rumah Tengah Malam

Mac 19, 2011 13 Comments
Assalamualaikum.. Terus kita pada cerita kita.. Kawan-kawan lelaki selalu pesan, pada aku dan kawan-kawan perempuan yang lain, sebabnya kami semua memang kerap juga keluar malam cari makan.. Hep!! Bukan enjoy jalan sana jalan sini eh!! Kami enjoykan perut kami saja.. Ekeke.. =p

Tapi itu dululah.. Sekarang agak jarang keluar malam, sebab Maghrib dah selesai isi perut.. Kalau nak diikutkan dulu-dulu, lewat-lewat pun, jaranglah sampai tengah malam, pukul 11 selalunya dah pulang ke rumah masing-masing..

Ingin dijadikan cerita, tengah malam tadi perut aku berkeroncong.. Maklumlah seharian tak jamah nasi.. Dalam pukul 12.32 tengah malam, aku pun SMS teman-teman serumah, sekadar memberitahu aku ingin keluar Drive Thru, nak beli bubur.. Nak masak, tak ada bahan dalam peti ais.. Maggi pun tak ada.. Sadis sadis.. Atas sebab kelaparan teramat, keluarlah juga mencari makanan dengan ditemani seorang teman serumahku sebab dia pun lapar.. Haha..


Aku menghala ke McD Medan Gopeng, dah settle semua, maka nak berangkat pulanglah.. Dalam pukul 1 lebih.. Tiba di satu traffic light, depan aku ada dua buah kereta yang dalamnya memang penuh dengan lelaki-lelaki muda.. Paling depan Atos dan sebuah lagi Kancil.. Tengok cermin pandang belakang, nampak sebuah van yang dalamnya pun ramai gila lelaki.. Tak dilupakan, keliling-keliling aku ada dalam 10 buah motor.. Aku suarakan pada rakanku, "Ma.. Ramainya lelaki.. Seram kot.." Bila lampu dah hijau, kami pun jalanlah.. Tiba di satu lagi traffic light, di simpang tiga, yang kebetulan jadi merah.. Maka dengan berhemahnya aku stop..

Atos dan Kancil yang tadinya di depan aku kini berada di sebelah.. Budak-budak lelaki dalam Kancil dah pandang-pandang usha kitorang.. Tiba-tiba, kereta Atos tersebut melanggar lampu merah, pecut laju dan masuk ke dalam lorong Mcd, di sebelah kanan.. Padahal, jalan yang traffic light tengah merah ni, cuma boleh menghala ke depan sahaja.. Kiranya Atos tu buat macam jalan raya dia, cross ke jalan raya sebelah sana.. Motor-motor yang banyak tadi pun ikut.. Kereta Kancil dan van belakang aku tadi pun menyusul, diikuti dengan kereta-kereta lain di belakang.. Ada dalam 7, 8 buah kereta yang langgar lampu merah.. Ada Wira, ada Gen 2, ada van, ada macam-macam..

Atos tadi stop betul-betul dekat lorong masuk McD.. Semua 4 pintu terbuka.. Lelaki-lelaki dalamnya semua keluar.. Kereta-kereta yang menyusul tadi semua pun sama, turun dan berlaku aksi kejar mengejar.. Apa yang aku nampak, yang dikejarnya adalah seorang Mat Motor.. Lelaki tersebut berbaju putih, bertopi keledar, dia turun motor, campak motor ke tepi dan lari sebab dikejar.. Gila laju macam pelesit semua orang lari kejar-kejar.. Aksi tersebut berlaku memang betul-betul depan McD..
Tiba-tiba, ternampak seorang lelaki lagi keluar dari Atos dan memegang Baseball Bat berwarna hitam, macam tengah amukan ke rasukan ke apa, dia hentak habis-habisan motor Mat Motor yang mereka kejar tadi.. Ranap motor tu.. Apa yang pasti, yang mengejar dan dikejar, semuanya budak Melayu.. Bila dah berlaku depan mata aksi begitu, memang aku terkedu kejap.. Jantung berdegup laju kot.. Maklumlah, pertama kali dalam hidup menyaksikan adegan dalam filem menjadi nyata.. Adalah dekat dalam 10 ke 20 orang duduk mengejar seorang lelaki.. Heh!! Ini tak adil!! Aku tak tahulah siapa salah siapa betul, tapi aku harap budak lelaki yang dikejar itu tak apa-apa..

Apalah salahnya kalau duduk berbincang baik-baik.. Ini tak, main pukul, main bunuh.. Nyawa manusia dah tak bernilai ke eh? Entahlah.. Okay.. Itu saja nak dicerita.. Maaf jika mendatangkan kepeningan, tak ada masa nak lukis peta nak lukis gambar.. Ekeke.. Happy weekend semua.. Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE : Tiba-tiba saat yang macam ini, yang menggegarkan jiwa dan emosi, terasa macam nak dijaga dan diambil berat.. Paling tidak, ada yang pesan jaga diri elok-elok, jangan keluar lewat malam.. Tapi lagilah best kalau macam ini bunyinya, "Ayang lapar eh.. Duduk diam-diam ya.. Biar abang masakkan untuk Ayang.." Dush dush.. Gatal sudah!!! *Dah lama tak timbul perasaan begini.. Adalah dalam 3 bulan.. Seru dah sampai ke eh? Haha..*

Pilih Satu Antara Dua, Nak Dua-Dua Pun Boleh : Berjaya Atau Lingkup?

Mac 19, 2011 12 Comments
Assalamualaikum.. Nak tahu tak? Ramai orang tanya pada saya, doktor tak sibuk ke? Tak ada kerja ke? Baiklah.. Hari ini, kata ganti diri yang menjadi pilihan hati adalah "saya".. Sila teruskan pembacaan.. Sebenarnya saya sendiri pun tertanya-tanya, tak sibuk ke saya? Tak ada kerja ke saya sampai macam-macam kerja saya buat selain dari kerjaya saya sebagai seorang pelajar perubatan.. Wah!! Banyaknya saya..

Ianya bergantung pada jenis pelajar perubatan bagaimana yang anda jumpa.. Saya ambil contoh terdekat iaitu saya sendiri.. Saya, pelajar tahun akhir yang InsyaAllah akan menghabiskan pengajian saya bila-bila masa pada tahun ini.. Sebelum berakhirnya 2011 ini, saya janji pada diri saya, saya akan bergelar seorang graduan perubatan.. Secara jujurnya, saya adalah seorang pelajar yang malas dan suka bermain.. Saya mengamalkan konsep lepak santai sambil belajar.. Apabila tibanya musim peperiksaan, barulah saya akan menaikkan gear saya sehingga kadang-kadang saya termasuk gear reverse.. Maklumlah, lama dah tak bawa kereta manual.. Wuit.. Apa melalut ni haa? =p

I'm sorry for melaluting.. Berbalik pada jenis pelajar yang kita cerita tadi.. Tak kisahlah anda pelajar perubatan ke, undang-undang, kejuruteraan, arkitek, akaun, pengajian Islam, komputer, perhotelan, geologi atau apa jua jurusan sekalipun, anda yang bertanggungjawab menentukan masa depan anda bagaimana.. Makanya anda sendiri yang mencorakkan diri anda untuk menjadi seorang pelajar yang bagaimana, samada pelajar yang berjaya atau pelajar yang lingkup..

Saya? Dalam 5 tahun saya belajar, saya pernah lingkup di tahun pertama dan kedua, saya pernah berjaya pada tahun ketiga.. Satu kelemahan saya, tidak konsisten dan suka bermain.. Tapi tetap saya cuba untuk perbaiki kelemahan saya yang ini.. Apa yang penting, kalau lingkupnya kita, jangan ingat selamanya kita lingkup.. Kita pun boleh berjaya kalau ada keinginan dan usaha.. Dan kalau berjayanya kita, jangan terlalu leka.. Leka, alpa, lingkuplah jawabnya..

Siapa pun kita, berapa jua usia kita, selagi kita hidup di muka bumi ini, kita masih dalam proses belajar dan bergelar pelajar.. Dan untuk itu, selamat belajar.. Assalamualaikum.. =)

Saat ini, tak kira di sudut mana di bilik saya, buku adalah teman setia.. Masa bermain dah tamat, masa untuk kita belajar pula..

Kepada ibu-ibu bapa-bapa yang ingin anak mereka menjadi seorang doktor, silalah lihat betapa tebalnya ya buku-buku perubatan.. Oh ya.. Dan mahal juga.. Saya? Banyak fotostat saja.. Ngee.. Sebab memang seriously mahal.. =.=

Dan dari atas tilam beralih pula pada pulau di sebelah tilam.. Maaflah!! Masa yang begini, tak ada masa nak mengemas.. Buku-buku perlu sentiasa ada di sisi, supaya senang dicapai dan digapai.. Important things should always be by our side.. Ngee.. =p

Last but not least, I just wanna say these few words..

"I want to be a rainbow in your cloud.."


18 Mac 2011

Tepuk Tangan

Mac 18, 2011 3 Comments
*Kya karoon haye.. Kuch kuch hota hai..*


Assalamualaikum readers.. I guess it's already around 2 or 3 posts that had been written in English.. For today, lets eat some belacan, Bahasa Malaysia please.. Ngee.. =p

Tergeliat tangan menulis bahasa Omputeh, otak pun berjalan terkedek-kedek memikir grammar.. Al maklumlah, English tak berapa nak "terror".. Tapi, sejujurnya ini percubaan menulis dalam English yang memang seronok.. Rasa macam duduk di New Zealand.. Eh!! Kenapa tiba-tiba New Zealand eh? Ekeke.. Ada pembaca setia dari sana rupanya.. Siapa pun anda, Cahaya Yang Riang Gembira sayang anda ketat-ketat.. Ecece.. Manalah tahu, ada mat saleh ter"berkenan".. Maka, putih melepaklah kaler anak-anak I yang 10 orang tersebut.. Kannn!!! =p

Semenjak pagi tadi, aku asyik terserempak dengan istilah "tepuk tangan".. Dalam dashboard sahaja, ada 3 entry yang berkisarkan "tepuk tangan" dari 3 orang blogger yang berlainan.. Dah orang lain sibuk duduk bercerita, jadi aku pun nak tumpang sekaki dua, cerita pasal tepuk tangan..

Aku bertepuk tangan.. Tapi aku tak tahu, berbunyi ke tak berbunyi.. Ada tak siapa-siapa yang boleh tolong beritahu, aku tepuk, berbunyi ke tak berbunyi eh? =p

MODE tertanya-tanya : ACTIVATED!!

*Giggling* Kalau anda gembira tepuk tangan.. Clap clap!! Till here.. Jaga diri elok-elok, jangan nakal-nakal, selamat malam.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE : Eh!! Aku tertanya juga, tepuk tangan apalah yang korang semua fikirkan ya.. Ngee..

17 Mac 2011

This Is My Rock For You

Mac 17, 2011 6 Comments

Assalamualaikum readers.. Well, today I'm going to stay up and finished some Surgery, some Medicine, some Psychiatry, some Paediatric, some Obs & Gynae, as well as some Orthopedic.. I wonder am I really "cekang", going to stay up and STUDY? Or might as well end up STIDO.. Lets see..

Aha!! But before that, as usual, if there is nothing sweet that I can leave for you people at the end of my entry, it's certainly not Cahaya Yang Riang Gembira then..

"Love is rock.. This is my rock for you.."

Can you smell what The Rock is cooking? Haha.. Okay.. Just jokin'.. Here you go.. A picture for you to read and enjoy.. Not forgotten, feel free to have a taste on how sweet it is.. Yummie!! =)

As for now, for someone who are going to stay up and mug up like me, love is not just a rock.. Love is a brain, love is a heart, love is a liver, love is a pancreas, love is a stomach, love is an intestine, love is just simply everything.. Serabut bila dah banyak sangat sistem yang kena belek.. Till here.. Selamat malam, selamat bermimpi yang indah-indah, selamat menjamu susu suam sebelum tidur, dan selamat malam Malaysia.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE : Don't you think it's scary when you are actually saying that love equals to all the organs inside your body? Hoh!! I never realize this, I'm scary eyt? Muahahaha.. *laugh scarily*


:: As a girl, don't try to be pushy and keep askin' to another half of yours, "Dude, where is my rock?" It just scares the dude away.. Haha.. Instead of askin', why don't you, yourself make the first move.. "Dude, here's your rock.. Now, I think you should know what you're going to do next.." And this, leaves the dude nowhere to run.. Muahaha.. (Okay, ini gurauan saja. Jangan buat betul-betul) ::


15 Mac 2011

This Is A Part Of Human Life

Mac 15, 2011 13 Comments
Assalamualaikum readers.. Hope you are doing fine.. Did this ever struck your mind, "Why is she keep updating in English?" Haha.. Well, past few months, I've been involving myself in an online community where we actually help out in subbing Korean Drama Series.. They provide us with Chinese subtitles and it's our job to help translating it to English.. Not a difficult job to do basically and I should say that I'm enjoying it.. Besides polishing my English, there is like an excitement inside of me, thinking that thousands of Korean Drama fans are watching Korean Drama with these subtitles.. =)

I'll make it short and sweet for you.. This one, is a part of human life that I mention previously..


Now that it's all said and done,
I can't believe you were the one
To build me up and tear me down,
Like an old abandoned house.
What you said when you left
Just left me cold and out of breath.
I fell too far, was in way too deep.
Guess I let you get the best of me.

* * * * *
(Mungkin ada satu keadaan yang terjadi pada satu saat dalam kehidupan kita, yang mana ada sesuatu atau seseorang yang menggembirakan kita tapi juga menjadi sesuatu yang melukakan kita.. Impak dan kesannya seakan "separuh jiwaku pergi")

* * * * *

Well, I never saw it coming.
I should have started running
A long, long time ago.
And I never thought I'd doubt you,
I'm better off without you
More than you, more than you know.
I'm slowly getting closure.
I guess it's really over.
I'm finally getting better.
And now I'm picking up the pieces.
I'm spending all of these years
Putting my heart back together.
'Cause the day I thought I'd never get through,
I got over you.

* * * * *
(Saat ini kita mungkin menyesal kenapa kita tak sedari dari awal dulu.. Kita akan kata, kalau aku tak ambil langkah ini dulu, mungkin ini semua tak akan terjadi.. Penyesalan.. Semua manusia pasti ada penyesalan..)

* * * * *

You took a hammer to these walls,
Dragged the memories down the hall,
Packed your bags and walked away.
There was nothing I could say.
And when you slammed the front door shut,
A lot of others opened up,
So did my eyes so I could see
That you never were the best for me.

* * * * *
(Tapi perlahan-lahan, kita semua pasti bangun semula dan takkan lagi sesali apa yang telah terjadi, malah kita mungkin akan melihat ianya sebagai sesuatu yang punya hikmah untuk kita..)

* * * * *



Thanx to Mr. Whoopz, I wrote this entry after being inspired by him through a few sessions of gossiping and chit chatting.. You rawks dude.. Haha..

Well.. Kita jatuh, kita duduk sekejap menahan sakit, mengenang macam mana kita jatuh.. Lepas itu kita perlahan-lahan bangun semula walau dalam kepayahan dan kesakitan yang bersisa.. Kita berjalan semula.. Mula-mula perlahan dan seterusnya makin laju dan makin laju.. Mungkin di depan sana, yang kita tak tahu di mana, kita akan jatuh lagi dan merasai benda yang sama.. Tapi, asal kita boleh bangun semula lepas terjatuh, "kejatuhan" itu is not such a big deal.. Heehee..

Till here.. Going to continue on my work.. Jaga diri.. Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE : Please!! This is not necessarily about love okay.. Haha.. Actually, I've been trying to run away from the image of "Doktor Cinta" that people used to call me.. Each time I wrote a post, like this for example, surely some of you will think, it's love things AGAIN. Haha.. Nope!! I will say it again, it's not necessary.. It can be everything under the sky.. Ngee.. =)

14 Mac 2011

Pictures!! Please Talk To My Readers

Mac 14, 2011 9 Comments
Assalamualaikum readers.. As I have too many unsolved matters which need to be settled within this few weeks around, and I'm still insisting to update at least something or at least "a word" in my blog, so here it is.. Something short and brief.. Something that explains my current situation and scenario that is going in my life.. Keh keh keh.. *Poyo okay*

* * * * *

And now here I am.. Nah!! Not that I'm saying I'm Hillary Duff, but I'm trying to convey what I felt at this moment through her dialog..


Yep!! It's only this time that I can't smile like I used to, play along, and blogging 24 hours like I always do.. Only this time.. Coz the thing that is going on now, took almost half of my life away, no space to breathe, nowhere to run and I'm really tired of it..

So.. What am I planning to do now? Erm.. I might update occasionally, might as well not updating anything..

And so.. How about playing hide and seek, and let's see if you will even miss me.. Haha.. Do take care readers.. Have a great weekdays ahead.. Stay cute.. Assalamualaikum.. =)


NOTA : "Let's see if you will even miss me.. Like I miss you.." Hep!! Readers!! Do take note.. It's the heart that is doing all the saying in the first part of the NOTA, NOT my mouth, my jari jemari and not my mind certainly.. And.. And.. And.. The song, is just for fun okay.. No sirat-sirat.. =p


*Sembelit baca entry sendiri.. Phewww!!*



Janganlah stress sangat-sangat sampai tak boleh nak senyum.. Jom sekali sekala ketawa kejap.. After that, lets get to work.. Ngee.. :D


12 Mac 2011

Pengorbanan Seorang Doktor : Renungan Untuk Sesiapa Yang Nak Jadi Doktor

Mac 12, 2011 11 Comments
Assalamualaikum.. Salam Jumaat semua.. These few days been busy tiding up too many unsolved matters.. Although it is still remain unsolved, but I guess I can move on already.. I hope I really do.. Say bye bye to everything.. Haha.. *but seriously this is the saddest part*

Dalam duduk menelaah buku-buku yang menimbun tinggi, stress yang tak usah dikata memang maha hebat punya, aku macam biasa sempat habiskan final 2 episod drama Korea kegemaran aku.. Selepas ini akan berehat sebentar menonton drama Korea, satu masa nanti, I'LL BE BACK, kembali menggegarkan dunia drama Korea.. Haha.. Ayat tak hengat!!


Episod 19, satu episod yang memang aku nantikan.. Sebabnya dah lama aku nantikan adanya scene romantik, percintaan antara Dr. Yoon Ji Hoon dan Dr. Go Da Kyung.. Bagi sesiapa yang minat cinta-cinta jenis tunjuk terang-terang, cerita ini BUKAN selera kalian.. Cinta dalam drama ini jenis cinta tunjuk dari mata, tunjuk dari gerak tubuh dan tunjuk dari tindak-tanduk..

Rempah utama cerita ini sememangnya bukan cinta, tapi medikal dan misteri.. Cinta dan keromantikan hanyalah penambah perisa sahaja.. But still, I'm glad adanya "confession of love" dalam drama ini.. For me, if you are in love, if you don't confessed how do you actually feel inside, it yields nothing.. It comes back to zero..


Percaya atau tidak, ini mungkin scene pertama hati dan perasaan antara hero dan heroin.. Dalam EPISOD 19 okay.. Bayangkan berapa lama aku nak tunggu untuk scene begini.. Tapi penantian aku tak sia-sia, sebab drama ini dari awal sampai akhir memang tak membosankan langsung.. Awal-awal tayangan, orang tak buka mata lagi sebab ketika itu ianya bersaing dengan stesyen MBC untuk drama My Princess, tapi sedar tak sedar, drama bertajuk Sign ini sebenarnya lebih kuat dan konsisten jika nak dibandingkan dengan My Princess.. Setiap episod memang menarik dan tak mengecewakan.. Tak percaya boleh tengok RATING SETIAP EPISOD untuk drama ini.. Semakin hari semakin naik ratingnya.. Right?

Drama ini mencilok konsep TV Series, CSI.. Tapi lebih fokus pada kehidupan seorang doktor forensik daripada kehidupan polis.. Kalau nak ikutkan, memanglah tak sehebat CSI, but still sesuatu yang patut dipuji.. Kebanyakan gadis-gadis yang aku dengar pandangan mereka, ramai kata drama ini bosan.. Untuk aku, memang tak bosan, mungkin sebab aku dulu pernah ada cita-cita nak jadi doktor forensik.. And doctor forensic looks really cool.. Stylo!!



Pengakhiran yang buat aku sebak dan seriously aku sangat sedih untuk ini.. Hero kesayangan aku, Dr. Yoon Ji Hoon mati.. Walau apa pun, dia mati dengan bangga sebab menyelesaikan kes terakhirnya yang memang rumit kerana melibatkan politik dalaman negara.. Kredibiliti dia sebagai seorang doktor forensik yang berkorban demi untuk tugas dan tanggungjawab, memang buat aku salute..

Ternyata apa yang aku belajar dari drama ini, nak jadi doktor, jatidiri kena ada kena kuat.. Kalau tak kuat, akan jadi seperti Dr. Lee Myung Han, presiden National Forensic Service. Sense of responsibility memang wajib ada.. Satu trivia mengenai drama SIGN ini, asalnya drama ini berjumlah 16 episod tapi atas permintaan ramai, ianya diextend menjadi 20 episod.. Percaya tak cakap aku drama ini memang best.. Ngee..

Till here.. Take care.. Happy weekend.. Assalamualaikum..


Okay!! Aku sedih lagi lepas tengok kali kedua.. Kenapa hero kena mati.. Kenapa cinta mereka berdua tak boleh bersatu? Ahh!!! Kecewa sangat..


FOOT NOTE : Sama-sama kita doakan kesejahteraan rakan-rakan kita di Jepun..


3 OST yang paling best dalam Drama Sign






*NO JIWANG PLEASE!! Just a favourite of mine..*

10 Mac 2011

Mata Ke Mata Ke Hati.. Hati Ke Hati.. Hati-Hati..

Mac 10, 2011 8 Comments
Assalamualaikum.. Selamat malam semua.. Ewah tajuk, bunyi nak sedap saja.. Kemain!! Maklumlah, otak dah kering tajuk, idea ada, jadinya asal ada perkataan yang dikehendaki, selit sajalah walau korang akan kata, kemain lagi bunyi tajuknya.. Ekeke..


Sebenarnya yang di sini nak bertanya.. Pernah tak korang ada perasaan macam tak lepas di dada, tersekat dalam kepala, tersangkut di kerongkong, nak keluar tapi rasa macam susah dan payah sangat nak dikeluarkan.. Sikit lebih kurang macam perasaan "sembelit".. Ooppss!! Tak senonoh contoh yang diberinya kan.. Haish.. It's like you wanna talk about what you feel, you wanna chit chat and know more about that person in and out, you wanna have a heart to heart conversation on how to solve a certain "unsolved matter", so that at the end of the conversation, you will be able to feel "Ohh!! Such e relieve.."

Tapi.. But.. Atas sebab-sebab yang tertentu, apa yang korang inginkan tak dapat terlaksana ataupun susah sangat nak dilakukan.. Eh!! Walaupun blog ini banyak bercerita tentang cinta, tapi senario yang kali ini tak semestinya hanya melibatkan soal cinta, mungkin juga soal persahabatan, soal keibu bapaan, soal keadik-beradikan, soal pekerja majikan, soal-soalan.. Haha.. Okay.. Habislah kena tembak dengan Cikgu BM sebab merosakkan segala macam imbuhan dan kata akar.. =.=

Scene SG yang paling menggelikan perut.. Kikiki..

Nak tak nak.. Mahu tak mahu.. Kena juga cari jalan supaya perasaan yang semacam "sembelit" itu boleh dileraikan.. Kalau tak, bahaya untuk kesihatan.. Tapi still.. Memang bukan senang.. Aigoo..

Kalau hati orang yang sini boleh jerit sampai kedengaran dek hati orang yang sana, memang senang, habis cerita.. Tak payah susah buka mulut pening kepala fikir bagaimana nak mula.. Wahai hati.. Haa.. Cer jerit cer jerit!! =p

Ohh!! I really hope to have that kind of conversation.. Sembelit itu sakit okay.. But.. How arr??? Till here.. This cute girl is going to continue her reading.. Ngee.. Good nite Malaysians.. Sweet dream.. Sleep tight.. And here.. A cup of hot tea for you before going to sleep.. Assalamualaikum.. =)


NOTA HATI : Kedengaran tak jeritan hati orang yang di sini??? Haha.. Entry tak ada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun dengan yang telah tiada..



P/S: Not able to blogwalk like I used to.. Too many "unsolved matters".. Hee.. Do take care dear readers.. =)


9 Mac 2011

Kamu Digelar Penyeri Dunia Dan Pelengkap Hubungan Manusia

Mac 09, 2011 7 Comments

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

WANITA - DE HEARTY


Ini untuk semua wanita dan semua lelaki di dunia.. Sama-sama renungkan.. Sebabnya kita kan sama-sama saling melengkapi.. Kalau yang separuh lengkap separuh lagi kurang lengkap, tetap ianya akan jadi kurang lengkap.. Heehee.. =)

Salam Hari Wanita Sedunia.. Buat wanita, sayangi diri, hormati diri, jaga diri.. Assalamualaikum.. =)




7 Mac 2011

Hikmah Berblogging Di Saat Hidup Sesak.. Together With A Sad Sonata..

Mac 07, 2011 9 Comments
Assalamualaikum.. Salam Isnin semua.. 7hb Mac 2011.. Dah seminggu kita masuk bulan yang baru.. Dah seminggu juga hidup sesak.. Al maklum saja, seorang pelajar yang hidup bergantung harap pada duit sara diri pihak yang bertanggungjawab, beginilah gamaknya.. Hoho..

Dah lewat seminggu.. Duit sara diri belum lagi wujud dan tak nampak batang hidung sikit pun.. Kawan-kawan semua dah duduk garu kepala bingung semuanya.. Adik-adik junior kesayangan, ramai yang duduk menjerit di wall Facebook dek kerana permasalahan ini.. Sabarlah ya adik-adik.. Sampaikan ada adik-adik junior yang dah mula menghantar jemputan khas kepadaku ajak makan batu-bata dekat bangunan baru dibina di sebelah kolej.. Muahaha.. Baik betul adik-adik juniorku.. Caring betul.. Ekeke.. =p


Tiba-tiba petang tadi mak mesej, mak kata CEK aku dah sampai.. Syukur sangat-sangat.. Perasaan aku tadi macam tanah gersang yang tiba-tiba dibasahi hujan.. Ngee.. Walaupun tak banyak, tapi cukuplah untuk tampung hidup seminggu dua.. Salah satu hikmah berblogging.. But remember, money is not everything in blogging.. A reminder to myself as well.. Once we have a thought money is everything, our style of blogging will change 360 degree.. Believe me, your readers can easily detect the level of sincerity in each of your post.. =)

Dalam kita bergembira, ingat ada orang yang mungkin sedang bersedih.. Semoga semuanya baik-baik saja.. Sad sonata ini aku kongsikan sebelum aku akhiri entry di petang yang redup dek lebatnya hujan yang turun membasahi bumi.. Moga jadi renungan.. Jaga diri readers semua.. Assalamualaikum..




Surely she can do it.. But deep inside, the heart whispering..

6 Mac 2011

Apa Yang Anda Patut Buat Supaya Orang Panggil Anda Si Cantik?

Mac 06, 2011 12 Comments
Assalamualaikum.. Salam Ahad semua.. =)

Tak payahlah mukadimah panjang lebar, jom tengok apa yang patut kita buat supaya orang panggil kita si cantik? =)


What? Why MY SMILE is so beautiful? *Terima kasih.. Wink wink..*

Coz smiling makes every single person in this world looks beautiful.. Smiling equals to beautiful.. Try it on, wear it everyday, it sure looks fabulous on you.. Senyum.. Dan tak perlu kata apa-apa.. =)

AMARAN KERAS : Jangan senyum sepah-sepah atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami, jangan senyum tak bertempat seorang diri, (aku tak apa), nanti orang LARIKKKKKK!!!

I'm heading back to Ipoh this evening, being chosen to attend an interview with MQA tomorrow.. Why they choose me huh? Randomly, and I'm the chosen one? This sure gives me a headache.. Take care readers.. Have a great day ahead.. Assalamualaikum..


NOTA CINTA : Aku dah jatuh cinta dengan satu lagu.. Ianya menceritakan, bila mana dua insan yang bercinta tak dapat hidup bersama, pihak yang satu itu kata, kamu bawalah cinta aku ke mana saja untuk temanimu, dan aku akan bawa cinta kamu menemani aku, sampai satu saat, kita akan dipertemukan nanti.. Hmmm.. Cinta tetap akan ada dalam hati, walaupun hakikatnya takkan mampu bersama.. Eh.. Yeke?



5 Mac 2011