Pilih Satu Antara Dua, Nak Dua-Dua Pun Boleh : Berjaya Atau Lingkup?

Assalamualaikum.. Nak tahu tak? Ramai orang tanya pada saya, doktor tak sibuk ke? Tak ada kerja ke? Baiklah.. Hari ini, kata ganti diri yang menjadi pilihan hati adalah "saya".. Sila teruskan pembacaan.. Sebenarnya saya sendiri pun tertanya-tanya, tak sibuk ke saya? Tak ada kerja ke saya sampai macam-macam kerja saya buat selain dari kerjaya saya sebagai seorang pelajar perubatan.. Wah!! Banyaknya saya..

Ianya bergantung pada jenis pelajar perubatan bagaimana yang anda jumpa.. Saya ambil contoh terdekat iaitu saya sendiri.. Saya, pelajar tahun akhir yang InsyaAllah akan menghabiskan pengajian saya bila-bila masa pada tahun ini.. Sebelum berakhirnya 2011 ini, saya janji pada diri saya, saya akan bergelar seorang graduan perubatan.. Secara jujurnya, saya adalah seorang pelajar yang malas dan suka bermain.. Saya mengamalkan konsep lepak santai sambil belajar.. Apabila tibanya musim peperiksaan, barulah saya akan menaikkan gear saya sehingga kadang-kadang saya termasuk gear reverse.. Maklumlah, lama dah tak bawa kereta manual.. Wuit.. Apa melalut ni haa? =p

I'm sorry for melaluting.. Berbalik pada jenis pelajar yang kita cerita tadi.. Tak kisahlah anda pelajar perubatan ke, undang-undang, kejuruteraan, arkitek, akaun, pengajian Islam, komputer, perhotelan, geologi atau apa jua jurusan sekalipun, anda yang bertanggungjawab menentukan masa depan anda bagaimana.. Makanya anda sendiri yang mencorakkan diri anda untuk menjadi seorang pelajar yang bagaimana, samada pelajar yang berjaya atau pelajar yang lingkup..

Saya? Dalam 5 tahun saya belajar, saya pernah lingkup di tahun pertama dan kedua, saya pernah berjaya pada tahun ketiga.. Satu kelemahan saya, tidak konsisten dan suka bermain.. Tapi tetap saya cuba untuk perbaiki kelemahan saya yang ini.. Apa yang penting, kalau lingkupnya kita, jangan ingat selamanya kita lingkup.. Kita pun boleh berjaya kalau ada keinginan dan usaha.. Dan kalau berjayanya kita, jangan terlalu leka.. Leka, alpa, lingkuplah jawabnya..

Siapa pun kita, berapa jua usia kita, selagi kita hidup di muka bumi ini, kita masih dalam proses belajar dan bergelar pelajar.. Dan untuk itu, selamat belajar.. Assalamualaikum.. =)

Saat ini, tak kira di sudut mana di bilik saya, buku adalah teman setia.. Masa bermain dah tamat, masa untuk kita belajar pula..

Kepada ibu-ibu bapa-bapa yang ingin anak mereka menjadi seorang doktor, silalah lihat betapa tebalnya ya buku-buku perubatan.. Oh ya.. Dan mahal juga.. Saya? Banyak fotostat saja.. Ngee.. Sebab memang seriously mahal.. =.=

Dan dari atas tilam beralih pula pada pulau di sebelah tilam.. Maaflah!! Masa yang begini, tak ada masa nak mengemas.. Buku-buku perlu sentiasa ada di sisi, supaya senang dicapai dan digapai.. Important things should always be by our side.. Ngee.. =p

Last but not least, I just wanna say these few words..

"I want to be a rainbow in your cloud.."


Ulasan

Cik Lizi berkata…
chaiyok2 dik, akak tau dalam main2 pun adik mesti boleh buat punya, waaaa, lama tak komen2 dah kat sini. sama2 kita struggle sbb akak pun nak bagi habis tahun ni jgk. selamat belajar, belajar molek deh!

;)
ch!natsu berkata…
ada sumone in my life, ex medical student n alhamdulillah skang dia dah jd doc about 3-4years, n skang ngah prepare for master for specialist..

mmg sgt tough, sgt memerlukan pengorbanan,
n perlu kuat..
rmi ingt nak jd doktor ms study je ssh..
but they all wrong..
dah keje pun ssh jgk..
ingt senang ke even dah pgg title dr. tuh..
ok tbe2 emo.. haha~

but klu dah jd specialist n ada klinik sndiri lain citela kot kan? mgkin freela skit.. huhu..

apapun all da best ye farhana.. =)

sememangnyer kehidupan ini brkisar tntang pembelajaran kan..
hope kita dpt belajar dgn apa yg kita or org lain lalui..
nich berkata…
hei doktor !! sy pom suke maen cam doktor.. hahahahaah

doktor !! wat la entri psl camne nk taw laki tu sbnrnye mmg suke kite tapi tahap malu gaban.. tp dalam mase yg same nape fb dia ade pompuan laen? ahahahahhahaha uwaaaaaaaaaaaaaa

ape saya ngarut neyh? sobss
farhana berkata…
Yes..so true dear..
walau apapun kursus yang kita ambil, kita yang tentukan masa depan kita..
kita yang tentukan, sama ada susah atau senangnya proses pembelajaran..
N i pon mcm u jugak. Time nak exam, buku kat merata2 sebab senang nak capai =P

Good luck my dear,u can do it =D
@Cik Lizi Akak!!! Hee.. Jom struggle sama2.. Akak lagi senang, sebab ada pemangkin ehem ehem.. Nak kahwin dah.. Kikiki.. :p

Selamat belajar kak.. :)
@ch!natsu Ehem.. Mr. F ke? Hehe.. Yup.. Betul tu.. Life belajar ke, keje ke, sama je.. And gaji pun takde laa sehebat macam apa orang luar fikirkan.. Tapi itu bukan soal utama laa kan, but still time keje memang penat.. Takutnya!! Feels like I'm not prepared yet to be a working adult.. Haha..
@NichKhun Haha.. Hey nick khun.. Jom main sama-sama.. =p

Kah kah kah.. Hati kacau arr?? Tapi situasi itu memang sangat kompleks.. Tapi The Other Khairul cakap, lelaki kebanyakannya adalah pelakon dan penipu kelas pertama.. So, kita takkan tahu betul ke tak suka dia kat kita.. Hahahaha..
@farhana Haha.. Macam tongkang yang bukan je dah pecah, dah karam dah pon.. Haha.. =p

Thanx fana.. =)
Azuan berkata…
tak pernah beli buku tebal3...hahaa
Nur Insyirah berkata…
Good Luck!! Biasalah kalau nak dapat sesuatu yg terbaik mmg bukan mudah. :)
Tanpa Nama berkata…
1st time msuk blog anda..nice blog..n tahniah sbb bakal habiskn study n keluar sbgai doktor..=)..cuma tertnya2 psal buku2 yg mahal tu..smpai kena fotostat plak..hu2.bukan sptutnya dpt biasiswa ke untuk pelajar yg amik medic??..rsanya cukup untuk beli buku2 medic dgn duit biasiswa yg dberi kerajaan setiap sem,drpd fotostat..bukan apa,sbb my lecterur penah inform..jgn fotostat buku asal sebab takut kurang keberkatan drpd ilmu yg kita dpt drpd buku tu..lebih kurang mcm mencuri tanpa sedar..huhu..sja ja nk inform psal tu.btw,gud luck ok~~..=P
@Anonymous Heee.. Thanx singgah.. Saya tak dapat biasiswa pun, pinjaman je.. So, memang kewangan agak terhad sikitlah tang nak beli-beli buku yang mahal-mahal ni.. Anyway, thanx atas pesanan.. Akan diingati selalu.. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?