10 Days In Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah
Assalamualaikum.. Macam lama tak cerita kisah hidup sendiri.. Conteng sikitlah, sebab mungkin nanti tak berkesempatan nak update..
Atas sebab "tugas besar" yang aku pikul sekarang ini, 2 minggu lamanya, aku dan rakan-rakan ditempatkan di Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah atau Kolej Kediaman 12, Universiti Malaya.. Blok A di tingkat 6.. Selasa yang lepas aku dah tidur di sana semalam, malam keeseokan harinya aku pulang semula ke Ipoh..
Asramanya boleh tahan cuma agak tak selesa sebab blok yang didiami adalah blok lelaki.. Bila naik lif, budak-budak lelaki sure pandang-pandang.. Mana tidaknya, blok lelaki derr.. Yang memisahkan kami cuma pagar-pagar yang berkunci.. Tapi bila tingkat atas bawah kiri kanan dikelilingi lelaki, memang seram tahap dewa.. Tak boleh nak buat apa, sebab itu saja asrama yang ada dan itu dah memang tempat untuk pelawat.. Nak tak nak, bersabar dan jaga diri elok-elok sajalah..
Senario yang mungkin anda lihat, malam-malam sampai pukul 3, 4 pagi pun budak-budak lelaki ini tak tidur-tidur lagi dan memekak.. Dan jika kehadiran golongan wanita disedari, malam hari mereka mungkin akan bermain lampu, atau laser.. Paling nakal, ada yang sanggup tutup suis utama dan bergelaplah tingkat yang didiami oleh pelawat perempuan ini.. Oh!! Apa pasal nakal betul budak-budak lelaki zaman sekarang ya..
Apa yang boleh dibuat, pintu sentiasa berkunci.. Malam-malam buta, elakkan keluar dari bilik atau turun ke bawah.. Samada malam ini atau pagi esok, aku akan bertolak ke sana semula.. 10 hari di sana, sampailah Isnin yang berikutnya.. Sila jaga diri elok-elok ya!! Hee..
Hari Khamis ini "tugas besar" aku akan selesai.. Ada 4 hari untuk meronggeng Kuala Lumpur.. Ada masa nak ketemu dengan Alexandriana Alia dan Jard The Great.. Oh!! Dan tak dilupa nak Boom Boom Pow Adik Mimpi.. Detective Conan pun sibuk banget, kalau tak memang nak Boom Boom Pow dia sekali.. Ekeke.. Itu semua kalau punya kesempatanlah.. Okay.. Itu saja untuk kali ini, kisah kehidupan di kala ini.. Tata semua.. Assalamualaikum.. =)
HEART'S NOTE : Today is the day.. Officially, 30 days.. *rajin aku mengira, sadis okay perasaan mengira itu..*
:: TERUS BERJALAN SAMPAI KE HUJUNG.. ::
P/S : Siapa yang rajin datang dari New Zealand ya.. Serious aku tertanya-tanya..
Ulasan
nanti aku belanja ko makan kat kolej tu. hikhik. jum jumpa. pretty plezzzz!
and, ape tugas besar tu??? hihi
rindunyaaaaaaa kat UM... huhuhuhuu
hati2 yer..
wah.. bestnya jumpa dgn dia orang.. tringin nak jumpa gak.. tapi siapalah saya.. huhuhu...
kolej 12..slalu g makan kat cafe situ time tgh ari,,sdap3
entry best : Kenapa kita Tak Dapat Apa yang Kita Idam-Idamkan??
bila tarikh? x confirm lgi ye? nk kena set awl2 ni..kan xleh amik cuti plk.
huu btw take care..
n gud luck..!! =)
tp rase2 ramai je student nz yg baca blog ni.. :)sorry, selalu jd silent reader je.
hehe
apa2 pun JAGA DIRI HIASA PERIBADI
lelaki KL ramai ganas2 jaga2
hohoho