Kamu Digelar Penyeri Dunia Dan Pelengkap Hubungan Manusia


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

WANITA - DE HEARTY


Ini untuk semua wanita dan semua lelaki di dunia.. Sama-sama renungkan.. Sebabnya kita kan sama-sama saling melengkapi.. Kalau yang separuh lengkap separuh lagi kurang lengkap, tetap ianya akan jadi kurang lengkap.. Heehee.. =)

Salam Hari Wanita Sedunia.. Buat wanita, sayangi diri, hormati diri, jaga diri.. Assalamualaikum.. =)




Ulasan

Nur Farah berkata…
hari ni hari wanita sedunia erk??? heee.. baru fara tahu..selamat hari wanita jugak sist~~ ;p
Whoopz berkata…
selamat ari perempuan doc.. :)
Faaein Himura berkata…
hari wanita? err.. nape saya tak tahu..
Faaein Himura berkata…
hari wanita? err.. nape saya tak tahu..
ch!natsu berkata…
selamat hari wanita sedunia jgk farhana.. =)
mr.syazwan berkata…
S
E
L
A
M
A
T

H
A
R
I

W
A
N
I
T
A

hari LELAKI bila erk?
Unknown berkata…
selamat hari wanita :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T