Bukankah Orang Dah Pesan Anak Dara Tak Elok Keluar Rumah Tengah Malam

Assalamualaikum.. Terus kita pada cerita kita.. Kawan-kawan lelaki selalu pesan, pada aku dan kawan-kawan perempuan yang lain, sebabnya kami semua memang kerap juga keluar malam cari makan.. Hep!! Bukan enjoy jalan sana jalan sini eh!! Kami enjoykan perut kami saja.. Ekeke.. =p

Tapi itu dululah.. Sekarang agak jarang keluar malam, sebab Maghrib dah selesai isi perut.. Kalau nak diikutkan dulu-dulu, lewat-lewat pun, jaranglah sampai tengah malam, pukul 11 selalunya dah pulang ke rumah masing-masing..

Ingin dijadikan cerita, tengah malam tadi perut aku berkeroncong.. Maklumlah seharian tak jamah nasi.. Dalam pukul 12.32 tengah malam, aku pun SMS teman-teman serumah, sekadar memberitahu aku ingin keluar Drive Thru, nak beli bubur.. Nak masak, tak ada bahan dalam peti ais.. Maggi pun tak ada.. Sadis sadis.. Atas sebab kelaparan teramat, keluarlah juga mencari makanan dengan ditemani seorang teman serumahku sebab dia pun lapar.. Haha..


Aku menghala ke McD Medan Gopeng, dah settle semua, maka nak berangkat pulanglah.. Dalam pukul 1 lebih.. Tiba di satu traffic light, depan aku ada dua buah kereta yang dalamnya memang penuh dengan lelaki-lelaki muda.. Paling depan Atos dan sebuah lagi Kancil.. Tengok cermin pandang belakang, nampak sebuah van yang dalamnya pun ramai gila lelaki.. Tak dilupakan, keliling-keliling aku ada dalam 10 buah motor.. Aku suarakan pada rakanku, "Ma.. Ramainya lelaki.. Seram kot.." Bila lampu dah hijau, kami pun jalanlah.. Tiba di satu lagi traffic light, di simpang tiga, yang kebetulan jadi merah.. Maka dengan berhemahnya aku stop..

Atos dan Kancil yang tadinya di depan aku kini berada di sebelah.. Budak-budak lelaki dalam Kancil dah pandang-pandang usha kitorang.. Tiba-tiba, kereta Atos tersebut melanggar lampu merah, pecut laju dan masuk ke dalam lorong Mcd, di sebelah kanan.. Padahal, jalan yang traffic light tengah merah ni, cuma boleh menghala ke depan sahaja.. Kiranya Atos tu buat macam jalan raya dia, cross ke jalan raya sebelah sana.. Motor-motor yang banyak tadi pun ikut.. Kereta Kancil dan van belakang aku tadi pun menyusul, diikuti dengan kereta-kereta lain di belakang.. Ada dalam 7, 8 buah kereta yang langgar lampu merah.. Ada Wira, ada Gen 2, ada van, ada macam-macam..

Atos tadi stop betul-betul dekat lorong masuk McD.. Semua 4 pintu terbuka.. Lelaki-lelaki dalamnya semua keluar.. Kereta-kereta yang menyusul tadi semua pun sama, turun dan berlaku aksi kejar mengejar.. Apa yang aku nampak, yang dikejarnya adalah seorang Mat Motor.. Lelaki tersebut berbaju putih, bertopi keledar, dia turun motor, campak motor ke tepi dan lari sebab dikejar.. Gila laju macam pelesit semua orang lari kejar-kejar.. Aksi tersebut berlaku memang betul-betul depan McD..
Tiba-tiba, ternampak seorang lelaki lagi keluar dari Atos dan memegang Baseball Bat berwarna hitam, macam tengah amukan ke rasukan ke apa, dia hentak habis-habisan motor Mat Motor yang mereka kejar tadi.. Ranap motor tu.. Apa yang pasti, yang mengejar dan dikejar, semuanya budak Melayu.. Bila dah berlaku depan mata aksi begitu, memang aku terkedu kejap.. Jantung berdegup laju kot.. Maklumlah, pertama kali dalam hidup menyaksikan adegan dalam filem menjadi nyata.. Adalah dekat dalam 10 ke 20 orang duduk mengejar seorang lelaki.. Heh!! Ini tak adil!! Aku tak tahulah siapa salah siapa betul, tapi aku harap budak lelaki yang dikejar itu tak apa-apa..

Apalah salahnya kalau duduk berbincang baik-baik.. Ini tak, main pukul, main bunuh.. Nyawa manusia dah tak bernilai ke eh? Entahlah.. Okay.. Itu saja nak dicerita.. Maaf jika mendatangkan kepeningan, tak ada masa nak lukis peta nak lukis gambar.. Ekeke.. Happy weekend semua.. Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE : Tiba-tiba saat yang macam ini, yang menggegarkan jiwa dan emosi, terasa macam nak dijaga dan diambil berat.. Paling tidak, ada yang pesan jaga diri elok-elok, jangan keluar lewat malam.. Tapi lagilah best kalau macam ini bunyinya, "Ayang lapar eh.. Duduk diam-diam ya.. Biar abang masakkan untuk Ayang.." Dush dush.. Gatal sudah!!! *Dah lama tak timbul perasaan begini.. Adalah dalam 3 bulan.. Seru dah sampai ke eh? Haha..*

Ulasan

zulkoa berkata…
sure ko x mimpi?.. mcm dlm filem la..

bace entri ko pun mcm sinopsis muvi..
Unknown berkata…
woahhh mcd medan gopeng tuh..hihi len kali jgn kua mlm ye..
ftrhd berkata…
woahh ngeri gak baca.. tak sangka lak negara kita teruk sampai macam tu sekali.. ermm better stay umah ar malam-malam.. semalam pun dalam 3 pagi saya merayau keliling melaka memang ramai budak-budak moto berlumba atas jalan.. tak kisah ar.. jangan diorang kacau dan buli saya sudey..
Nur Farah berkata…
memang menakutkan.. dan ngeri..

haish orang emlayu kita skang da macam haper haper ntah,...

taleh ke buat perangai sopan santun .. na jugak mengejar dan berperang bgituh.. huhuh.. bahaye..
Tanpa Nama berkata…
errrr...
takutnya akak!
dah2! jgn nak kuar malam okeyh!
mr.syazwan berkata…
perh!

siot bin cinabeng tul

tu bukan kurang ajar da tu

tu SYAIITANNNNNNNNNNN!

huhuhu

lg 1 kes apasal mahu diet2 ni??

jgn diet nnt merana diri

huhu
Cikgu Fonik berkata…
salam,

kadang2 itu saja cara perbincangannya

how r u doc lama tak jumpa :)
Azuan berkata…
tak selamat la sekarangni..jadi jgn cari musuh..heheee
aNiS aNiSa berkata…
tu lah realitinya skrg kan??

dunia yang sangat menakutkan huhu
Bulan Heedaya berkata…
huishhh menakotkan ...
Nur Insyirah berkata…
Owh pengalaman kita sama.. tapi kalau kat kuching ni itu pemandangan biasa kt tengah2 malam. T__T erkk first time tengok pun rasa cam tu gak dulu.
Nur Insyirah berkata…
Owh pengalaman kita sama.. tapi kalau kat kuching ni itu pemandangan biasa kt tengah2 malam. T__T erkk first time tengok pun rasa cam tu gak dulu.
ABSOLUTE berkata…
dekat je kita nih. selalu pergi mcd gopeng tp jarang tgh2 mlm.

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T