1 Dis 2018

Assalamualaikum.

Menggigil pula rasa tangan nak menulis. Haha. Lama gila tak menulis. Entah. Tiba-tiba rasa sunyi, nak cari teman mendengar bebelan aku,  sebab banyak benda aku nak bebel, dan aku tahu tak ramai orang nak dengar, jadi aku tulis, biar blog saja yang mendengar. Hahaha. Bijak kan?

Post ini agak lapuk dan mungkin dah expire date rasanya. Tapi sebab nak mengimarahkan kembali blog Cahaya Yang Riang Gembira, aku kongsikan sedikit gambar-gambar percutian ke Bandung beberapa bulan yang lalu.

Sedar tak sedar, dah nak masuk tahun kedua aku bersama Malaysian Society for Quality in Health, walaupun tak semasyuk gaji kerja sebagai doktor klinikal di hospital, tapi Allah isikan bahagia dan kepuasaan aku dari segi lain. Alhamdulillah, dengan kerja baru, aku berpeluang jalan-jalan satu Malaysia, berpeluang kembali semula ke Miri, tempat aku membesar selama 11 tahun. Syukur sangat dengan rezeki ini.  Rezeki paling tak disangka, bila MSQH bawa semua pekerja jalan-jalan makan angin ke Bandung.

Memang satu pengalaman yang cukup menarik dan tak mampu dilupakan. Mungkin juga sebab tempat kerja aku tak ramai pekerja, cuma ada 20 orang, maka keeratan seperti sebuah keluarga itu lebih terasa.  Tambah lagi dengan percutian kali ini, kami semua dapat jadi lebih rapat lagi. Dan Bandung sangatlah best. Rugi tak bawa duit kepuk-kepuk. Hahaha. Rambang mata sebab ada saja yang terasa ingin dibeli. 

Pengalaman paling menarik sepanjang di sini adalah pengamen. Sana sini kau akan jumpa pengamen, sampai ke atas bas kami pun mereka naik untuk hiburkan kami. Haha. 3 hari memang rasanya tak cukup untuk jelajah Bandung. Tak puas sebenarnya bercuti ke sini. Dari segi shopping dan enjoying the nature, memang aku suka dan puas hati. Cuma dari segi makan, mungkin tak seberapa, tak kena dengan tekak aku kot. Hehe. Anyway, enjoy the pictures.

Gonna write again very soon. Very soon. Haha. Assalamualaikum.






























Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates & MyBloggerThemes