Dilwale! Dilwale! Dilwale! Best Sangat Ke Filem Shah Rukh Khan & Kajol?
SUBTITLE MELAYU DILWALE (MY OWN EDITING)
[CREDIT PICTURES TO THE RESPECTED SITE. NOT MINE.] ^^
Assalamualaikum.
[Maaf jika artikel ini terlalu panjang, skema dan membosankan.]
*Kof*Kof*
Berhabuk, tebal benar habuk sampai terbatuk-batuk tak sudah. Tak lama dulu, blog ini ada ruangan "REVIEW APA EH?", niat hati kononnya ruangan untuk review filem-filem Hindi yang aku dah tonton. Kononnyalah! Tapi cuma berjaya rajin tulis untuk 3 filem sahaja dari berpuluh-puluh filem Hindustan yang aku dah tengok. After that, "go to the sea" orang kata. Haha.
Kali ini, ada rajin sikitlah nak taip, katuk-katuk perkataan sebab dah puas tengok King Khan dan Queen Kajol dalam Dilwale. Okay, sebenarnya tak puas. 2 jam 35 minit rasa macam tak cukup. Patut buat drama bersiri 300 episod yang berdurasi 1 jam kan. Barulah meletop-letop. Kekeke.
Sebenarnya dah demam Dilwale saat pertama Sony Music India release muzik video untuk soundtrack filem ini yang bertajuk Gerua. Sebagai peminat Hindustan, aku takkanlah tak tinggalkan komen dekat video tersebut. Dekat official channel Youtube Sony Music India, aku komen tentang kecantikan dan ke"wow"an sinematografi lagu Gerua. Pergh!!! Tak kurang ada yang membambu dan mengata aku tak boleh nampak yang kesemuanya adalah CGI semata. Memanglah nampak cuma aku pasti tak kesemuanya CGI atau studio. Dan tekaan aku tepat sekali bila The Making of Gerua keluar. Wow!! Iceland memang cantik tak terkata. Dan betapa seksanya tengok mereka shoot untuk muzik video tersebut dek faktor kesejukan. Salute!
Dilwale memulakan tayangan pada 18 Disember 2015. Aku sendiri tak sempat nak layan pada hari-hari awal tayangan. Filem ini memang jadi topik sembang "kedai kopi" walaupun cuma trailer saja yang ditayangkan. Namun selepas ditayangkan, filem ini dikatakan tak seperti yang diharapkan. Rating IMDB pun cuma 6.1 saja. Filem ini memang mencatat kutipan yang tinggi seluruh dunia, sampai box office lagi, namun di India, filem ini dikatakan tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan.
Sebaliknya filem BAJIRAO MASTANI lakonan Ranveer Singh, Deepika Padukone dan Priyanka Chopra yang mula ditayangkan pada hari yang sama jauh lebih mendapat sambutan dari penduduk tempatan India. Aku sendiri tak sempat tonton lagi Bajirao Mastani, jadi tak mampulah nak membuat perbandingan keduanya. Walau hakikatnya, tak perlu dibandingkan pun sebab kedua-duanya genre yang berbeza. Masing-masing ada kekuatan, baik Rohit Shetty mahupun Sanjay Leela Bhansali. Rohit Shetty dah memang terkenal dengan ceritanya yang agak tak logik kadang-kadang, kereta mewah, aksi yang ala-ala komikal contoh seperti siri Golmaal, Chennai Express. Sanjay Leela Bhansali pula tak perlu cerita lebih-lebih, memang kekuatan beliau membuat filem cinta epik sepanjang zaman seperti Devdas, Hum Dil De Chuke Sanam.
Berbalik kita pada Dilwale, ianya seperti filem aksi percintaan Hindustan yang lain juga, jalan cerita biasa saja, tak adalah plot yang terlalu istimewa atau baru, tapi ianya adalah filem seorang Shah Rukh Khan dan seorang Kajol. Dan kerana rata-rata kita membesar dengan menyaksikan filem Shah Rukh Khan dan Kajol, dari Bazigaar sampailah My Name Is Khan, maka Dilwale dah tentu akan jadi satu filem pasangan ini yang wajib kita tonton. Gabungan pasangan ini sentiasa mencetuskan magis, chemistry yang melimpah ruah, dan setiap filem mereka, lakonan dan penyampaian mereka, kita dapat rasa perbezaannya dari setiap filem mereka.
Dengan barisan pelakon pendukung yang tak kurang juga hebatnya, seperti Vinod Khanna dan Kabir Bedi yang menjadi ayah kepada Kaali (Shah Rukh Khan) dan Meera (Kajol), Johnny Lever sebagai Mani Bhai, Varun Sharma pula sebagai Siddhu sahabat baik Veer (Varun Dhawan) menjadi penyeri filem ini dengan lawak mereka. Mungkin selepas ini anda tidak akan pandang SUSU dengan pandangan yang sama lagi. Dan penonton juga pasti tak akan lupa sampai bila-bila kisah Ramlal dan Pogo. Haha.
Varun Dhawan yang memegang watak sebagai Veer iaitu adik kepada Kaali juga memegang wataknya dengan cukup baik. Walaupun lakonannya tidak banyak beza dengan 2 filem beliau yang aku tonton sebelum ini iaitu Student Of The Year dan Humpty Sharma Ki Dulhania, namun perlu diberi pujian. Ada potensi jadi pak lawak seperti Salman Khan dalam beberapa filemnya dulu. Dan pasangannya, Ishita (Kriti Sanon), juga memberi lakonan yang okay walaupun masih baru dalam dunia lakonan.
Jika ingin dikategorikan filem ini, aku boleh kata 50% tentang kekeluargaan dan percintaan, 35% aksi dan 15% komedi. Masa tonton filem ini, banyak mengingatkan aku dengan filem Transformer, mungkin kerana kereta-kereta yang ditayang di dalam filem ini ditambah dengan muzik skor yang gah. Ya, selain dari sinematografi yang memang cun di Bulgaria, Iceland dan juga India (walaupun cuma set), aku kagum dengan muzik skor untuk filem ini. Tak salah aku katakan kebanyakan scene yang buat aku bergenang air mata, walaupun ianya cuma scene pertemuan yang biasa, adalah kerana background music dalam filem ini. Lagu-lagunya juga sedap didengar. Dari 6 ke 7 buah lagu dalam filem ini, 4 darinya ada dalam MP3 list aku. 2 darinya paling aku suka, kerana liriknya. Janam Janam dan juga Daayre.
Lagu-lagunya buatkan anda rasa tak cukup dengan momen-momen Kaali dan Meera, sampaikan aku baca review rakan-rakan, ramai yang tak boleh nak move on dengan kisah cinta 2 orang insan yang kompleks dengan perasaan BENCINTA ini.
Sebagai peminat Shah Rukh Khan dan Kajol, mungkin anda boleh nampak sedikit kelainan pembawaan lakonan mereka dalam filem ini. Aku tak pasti samada ianya cuma perasaan aku saja atau apa, tapi lenggok badan mereka, renungan mata mereka antara satu sama lain, melambangkan kisah cinta insan-insan dalam lingkungan usia Shah Rukh Khan dan Kajol. I would love to say, A MATURE KIND of love. Walaupun DATE 5 MINIT, BUNGA, MINTA NOMBOR TELEFON nampak macam "orang muda", tapi perasaannya penuh dengan rasa cinta orang yang matang. Boleh cuba bandingkan lakonan mereka dalam Dilwale Dulhania Le Jayenge, Kabhi Khusi Kabhi Gham dan Dilwale. Anda akan nampak beza dia. Eh! Ke aku je yang over analyze? Lol!!!
Dari 10 rating penuh, aku bagi 7.8. Adil tak? Cerita yang boleh tahanlah, susunan plot yang bagus, lawak yang menjadi juga di beberapa scene, lagu-lagu yang best, dan juga kisah cinta Kaali dan Meera yang meruntun rasa, tak rugilah rasanya kalau pergi wayang tengok. Sekadar hiburan. Walupun dah beberapa hari tayangan, masih lagi full house. Penangan seorang Shah Rukh Khan dan seorang Kajol barangkali. Repeat tengok wayang sekali lagi? Em. Mungkin tak. Download aje.
Okay, panjang benar dah merepek. Macam ada orang baca lagi je blog buruk ini kan. Haha. Selamat malam semua. Assalamualaikum.
P/S: Percaya tak aku kata, air mata aku bukan bergenang masa pertengahan atau akhir cerita, tapi bila pertama kali Kaali dan Meera bertemu. Ada satu perasaan yang unik sampai bergenang air mata. Melampau kan? Haha.
❤ MERI HOKE HAMESHA HI REHNA, KABHI NA KEHNA ALVIDA ❤
Ulasan
Alamak. Boring ke? Sorrylah. Tapi apa saya tulis memang pasal filem Dilwale pun, rasanya tak lari dari tajuk kot. Saya cuma bagi pandangan saya samada best ke filem Dilwale yang saya dah tonton.
Dan cara saya menulis blog post dari 2009 sampai sekarang memang panjang dan skema, juga membosankan. Maaf kalau rasa ianya membuang masa saudara / saudari. Thank you for the opinion, will definitely reflect back on my writing. :)
Wah. Sampai sekarang ke terbayang-bayang? Haha.
Kena tengok kali kedua ni agaknya. :P
Saya tak berkesempatan lagi tengok, mungkin nanti bila ada masa terluang.
Ikutkan sekarang, filem Hindustan dah banyak dah kualiti yang bagus-bagus.
Jalan cerita dan moral value yang tinggi dalam filem mereka. Dan juga unik.
Cuma tak berkesempatan saja nak menulis dalam blog tentangnya. Heeee.
Filem Dilwale jalan cerita biasa-biasa saja, tipikal orang kata, tapi sebab Shah Rukh Khan - Kajol punya chemistry ia jadi hot barangkali.
Anyway, terima kasih atas cadangan. Ada masa nanti saya akan tonton. Thanx. :))