Aiskrim Oreo! Jadi Ke Tak Jadi?

Assalamualaikum.

Salam pagi Selasa buat semua yang membaca. Kalau nak diikutkan, cycle kedua NAK KURUS dah pun habis, sebab yang ketiga pun dah bermula dan dah pun masuk hari ketiga. InsyaALLAH, entry AFTER 56 DAYS, MY SECOND WEIGH IN akan menyusul jika ada kelapangan.

Entry ini cerita hujung minggu yang sudah. Kalau nak diikutkan, sepanjang 56 hari aku mulakan misi aku, adalah beberapa hari cheat day untuk kasi gegar metabolisma aku, supaya dia keliru sikit. Haha. Maka untuk cheat day di penghujung cycle kedua, aku belajar buat aiskrim Oreo kesukaan ramai. Mula-mula ingat tak jadi, sebab tekstur dia cair, tapi bila dah frozen lebih 24 jam, Alhamdulillah, rupa bentuk aiskrim pun terjadi. Rasanya pun dah tentulah macam aiskrim Oreo. Kekeke.

Resepi untuk aiskrim homemade ini ada banyak sebenarnya. Terlalu banyak. Tinggal rajin tak rajin saja nak pergi cari dan try and error mana yang menjadi, mana yang sedap, mana yang paling kick. Aku terpengaruh pun lepas tengok sebuah video yang dikongsi di Facebook, membuat aiskrim dengan hanya menggunakan DUA BAHAN, iaitu WHIPPING CREAM dan SUSU PEKAT MANIS. Dan kalau anda rajin, across the websites, ada banyak lagi jenis variasi resepi. Ada yang tak guna whipping cream sebaliknya guna susu sejat / susu segar. Dan macam-macam lagilah.

CREDIT PICTURE TO THIS SITE

Yang aku buat, aku kacuk 2, 3 resepi. Dan bila dah derhaka resepi, itu pasal cair jadinya. Orang lain buat likat pekat, aku cair. Haha. Tapi nasiblah bila keras jadi aiskrim juga, dan teksturnya berkrim. Jom tengok macam mana aku buat sampai jadi cair, dan apa step yang aku akan ubah kalau aku buat aiskrim next time.

BAHAN-BAHAN
250ML WHIPPING CREAM
1 TIN SUSU SEJAT
1/4 TIN atau 1/2 TIN SUSU PEKAT MANIS (IKUT SELERA ANDA)
1 BIJI TELUR
1 SUDU KECIL OVALETTE
1 SUDU KECIL ESEN VANILLA
1 PAKET OREO

CARA-CARA
1) Pukul telur, ovalette dan esen vanilla. Aku guna stand mixer.
2) Bila dah kembang, campur semua whipping cream, susu sejat dan susu pekat manis. Sampai tekstur jadi likat. (YANG MANA AKU PUNYA CAIR!!!)
3) Hancurkan Oreo dan gaulkan dalam bahan-bahan yang dah selesai dipukul tadi.
4) Masuk dalam bekas dan sejukkan.

APA YANG AKU NAK UBAH??!!

1) Next time aku mungkin akan guna susu sejat + susu segar. Sebab rasa macam terlalu berlemak sangat pada tekak aku.

2) Pukul whipping cream dulu, sampai hampir nak likat. Ketepikan. Barulah pukul bahan-bahan lain. Bila dah kembang, baru aku akan campurkan pada whipping cream dan pukul lagi sedikit. Nak pukul lama-lama pun tak boleh sebab whipping cream boleh cair balik.

3) Atau pun next time, aku akan guna resepi lain. Hahaha. Versi pertama, whipping cream DAN susu pekat manis saja. Versi kedua, susu sejat, susu pekat manis, telur, dan ovalette, TANPA WHIPPING CREAM.



Sekian saja bebelan aku di pagi hari. Esok dah Rabu weh. Hari interview aku. Berdebar memang tak usah cakaplah, tapi cuba tenangkan hati dan bersikap positif. Doakan aku ya. Have a great day ahead people. Senyum selalu. Assalamualaikum.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?