Kenapa Lelaki Begini Perempuan Begitu???

Assalamualaikum.. Selamat tengah malam semua.. Ikutkan hati, malas ingin menulis entry.. Ikutkan tangan, berkobar-kobar semangat menaip entry.. Rasa seperti hilang semangat untuk berblogging.. Kenapa ya? Saban hari menghadap buku, buat aku rasa jemu pada huruf-huruf.. Haha.. Apa sudah jadi padaku? Sakitkah aku? Tapi sakit apa? Sakit angau? Hahaha..


2, 3 hari ini, suasana dunia mayaku terasa sunyi, mungkin sebab ramai yang sudah masuk memulakan semester baru, tidak kurang pula adik-adik yang baru sahaja mahu menjejakkan kaki ke dunia U yang mencabar ini.. All the best Kak Farhana ucapkan.. Semangat harus kuat dik untuk menempuh cabaran hidup, sentiasa ingat Tuhan, nescaya jalan yang kita lalui pasti mudah.. InsyaAllah..


Entry kali ini aku tergerak hati mahu kongsi sesuatu tentang fakta yang ada dalam otakku tapi tidak dapat aku cari tentang kenapa ianya boleh terjadi.. Bukan niatku mahu mempersoalkan setiap apa yang Allah telah tentukan, cuma kadang-kadang, dengan berfikir tentang perkara sebegini kita mampu mendekatkan diri kita dengan pencipta..



Sudah hampir 3 tahun aku bergelumang dalam dunia perubatan yang penuh dugaan dan pancaroba ini, macam-macam yang aku telah saksikan sendiri dengan mata dan kepalaku.. Kematian terasa seperti sesuatu yang sudah biasa dan lali aku lihat.. Insaf ada tetapi kemudian kembali alpa.. Farhana oh Farhana.. Hurrmm.. Entry kali ini tentang lelaki tentang perempuan..


Mengikut kajian, perempuan lebih ramai menghidap penyakit, terutama sekali penyakit AUTOIMMUNE yakni penyakit di mana badan menghasilkan sel yang menyerang sistem immune tubuh kita sendiri.. Contohnya SLE.. Penyakit lain yang mana perempuan lebih senang dapat berbanding lelaki adalah Rheumatoid Arthritis, Scleroderma, Multiple Sclerosis..


Lelaki pula menurut kajian mempunyai jangka hayat pendek berbanding perempuan maka sebab itu bilangan perempuan sekarang adalah lebih ramai berbanding lelaki.. Lelaki selalu meninggal pada 50-60 dan wanita selalu pada umur 70-80.. Walaupun perempuan lebih banyak menghidap penyakit berbanding lelaki, tetapi kenapa jangka hayat lelaki lebih pendek? Itu soalan yang sering aku tertanya-tanya..




Fikir punya fikir.. Puas aku tanya sana sini.. Aku mahu jawapan bukan saintifik.. Maka aku terus berfikir.. Tapi akhirnya teori ini sahaja yang aku mampu fikir dan mungkin juga sama dengan apa yang kalian fikirkan.. Ini adalah andaian sahaja ya.. Aku tidak pasti samada ada kajian yang menyokong andaian ini.. Anda pun sama-samalah fikirkan ya sejauh mana kebenarannya.. Heehee..


Lelaki jangka hayatnya lebih pendek kerana lelaki sememangnya kita tahu adalah ketua dan punya tanggungjawab yang sangat besar.. Kalau dulu kita belajar agama, ustaz atau ustazah pasti akan menekankan betapa besarnya tanggungjawab seorang lelaki.. Lelaki punya tanggungjawab pada ibu bapanya, pada isteri dan anak-anaknya.. Dosanya di tanggung sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin, dan juga dosa anak lelaki yang belum baligh juga ditanggung oleh seorang lelaki yang bergelar suami dan ayah.. Mungkinkah kerana itu maka lelaki lebih cepat meninggal dunia? Supaya tidak terlalu banyak dosanya ditanggung?


Perempuan pula senang masuk syurga, senang juga masuk neraka.. Allah telah ciptakan keadaan di mana perempuan lebih ramai yang mendapat penyakit.. Penyakit itu kan penyembuh dosa-dosa kecil.. Semakin lama kita hidup di dunia, semakin banyaklah dosa tak kiralah dosa kecil atau dosa besar.. Maka mungkinkah atas sebab itu Allah jadikan keadaan di mana perempuan lebih ramai yang berpenyakit berbanding lelaki?


Sesungguhnya setiap apa yang Allah jadikan dan tetapkan itu pasti ada hikmah di sebaliknya.. Entry ini aku coretkan dalam sudut pandanganku sebagai pelajar perubatan.. Ingin cari kaitan antara sains dan Islam.. Aku juga terpanggil untuk menulis tentang isu ini setelah aku baca sebuah entry tentang isu yang seakan-akan seperti ini juga tetapi melalui persepsi Islam sepenuhnya dan juga dalam bentuk pengolahan yang berbeza..


Kredit kepada Aainaa atas entri BERBEZA.. TAPI.. ISTIMEWA.. Entry yang bagus untuk peringatan buat semua wanita termasuk diriku.. Juga buat lelaki.. Saling mengingati antara satu sama lain supaya tidak hanyut kita dibawa arus kealpaan.. Di sini aku share sekali link kepada entry tersebut.. Bacalah kalau ada kesempatan.. Sampai sini sahaja entry kali ini.. Jumpa lagi.. Assalamualaikum kawan-kawan..





FOOT NOTE: Hati terluka.. Walau disapu ubat, diletak plaster, luka tetap berdarah.. Sakitah? Hurrmmm.. Wanita lebih ramai luka hati berbanding lelaki ke? =)




Ulasan

ieNn ZaZa berkata…
luka kt hati memg sukar tuk sembuh..dh ler xnmpk so xtau brp dlm luka tu kn...hanya org yg terluka jer tau cam mn nk sembuh kn ati dia =)
hysman berkata…
manusia tak kira laki ke pompuan ke tanggungjawab mesti ada..
mati lambat ke cepat ke suma kuasa Allah..
yg penting ape yg kita buat hari ni harus sedar tak semesti adenye hari esok..hmm
Joyous berkata…
God is the one who decide our life and death. So I think theres no answer for this entry maybe? Sorry >.<
Hua Sheng berkata…
ooo...terpike terpike..
iyllienaz berkata…
hati terluka xsape dpt ubatkan..cume perlu tabah n ubati sendiri..
Tukang cerita berkata…
Salam hana.....

Lelaki atau perempuan...kita tetap hambaNya....
Banyak tugas dan tanggungjawab perlu digalas sebagai khalifah dimuka bumi ini.....


~jangan sedey2...jangan sayu2...
kalau ada hati yg terluka, terguris...marilah kita bermaaf~maafan...
maaf juga andai akak ada menyinggung perasaan hana sepanjang pkenalan kita....
..........
mr.syazwan berkata…
betul tu t/jawab lelaki mmg berat..
berat mata memandang berat lg bahu memikul..
cewah..
so jaga n syg la lelaki...
LELAKI INI..
^_~
hang nadim berkata…
salam tuan ponya blog ..betul tuu sebab tu dijadikan lelaki dan perempuan hidup berpasangan..:)
DilOt berkata…
dilot xde jwpn untuk yg ini...

sbb btl kot kate Erin...

dan kuasa Tuhan kite xleh nak fkir lebih2 sgt..tkt terlebih fkir boleh jd lain nnt...

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.