Islam Itu Mudah.. Don't Make It Difficult..

Assalamualaikum.. Apa khabar kawan-kawan semua? Hujung minggu begini pasti semua "sibuk" merehatkan diri.. Aku pula tidak kira hujung minggu atau hari-hari biasa, buku sajalah yang aku hadap.. Huhu.. Kadang-kadang melepas rindu pada blog.. Seperti sekarang.. Giat tangan mengetuk papan kekunci menaip entry baru..


Entry kali ini aku ingin share sesuatu yang aku tonton di TV semalam.. Rancangan Al-Hidayah.. Ada satu produk baru yang diperkenalkan di pasaran.. Produk keluaran Taharah, Debu Tayammum Taharah.. Aku agak terkesima seketika tatkala melihatnya.. Aku tidak sangka, wujudnya produk seperti ini.. Aku seringkali keluar masuk hospital, ramai pesakit yang aku hadap hari-hari, aku tengok ramai di kalangan mereka yang walaupun sakit, jalan perlu dipapah masih lagi kental menuju ke tandas untuk mengambil air sembahyang.. Memang benar orang kata, sakit mendekatkan kita pada pencipta..




Islam itu sesungguhnya mudah dan tidak pernah membebankan umatnya.. Ada banyak rukhsah dalam Islam.. Sembahyang.. Ambil wuduk.. Puasa.. Sesungguhnya Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud: "Allah mengkehendakkan kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran" Rasulullah S.A.W juga bersabda bagi memperjelaskan lagi perkara ini melalui hadisnya yang telah diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi yang bermaksud: " Sesungguhnya Islam itu mudah..."


Maka aku rasa dengan pengeluaran produk seperti ini sebenarnya sangat membantu ketika kita perlu melakukan tayammum.. Bukan sahaja dalam ketiadaan air, tapi juga ketika sakit dan sangat uzur sehingga menyukarkan kita untuk mengambil air sembahyang..


" Tayamum adalah gerakan menyapukan tanah yang berdebu dengan tapak tangan ke seluruh muka dan kepada kedua tangan "



Sila klik gambar di atas untuk kemudahan mata anda


Sebab-Sebab Bertayamum


Tayamum itu dikerjakan oleh kerana adanya berapa halangan ke atas diri kita yang menyebabkan kita tidak boleh mengambil wudhu seperti:


1) Kita dalam perjalanan atau uzur kerana sakit.Kalau anggota badan terkena air, ia akan bertambah sakit ataupun akan lambat sembuh menurut nasihat doktor.


2) Kerana tidak ada air.Setelah berusaha mencarinya tetapi tidak dapat diperolehi. Sudah masuk waktu solat.Dan air masih juga belum didapati.




Cara-Cara Bertayamum


Sebelum membuat sesuatu, disunatkan membaca Bismillahirrahmanirrahim; yang bermaksud Dengan nama Allah yang Pengasih Penyayang.


Langkah 1: Niat di dalam hati " Sahaja aku bertayamum pengganti wudhu' untuk solat fardhu kerana Allah Ta'ala", sambil menekankan kedua telapak tangan ke atas tanah atau debu yang bersih.


Langkah 2: Sapukan kedua telapak tangan yang sudah ditekan ke atas tanah atau debu tadi keseluruh muka. Sebelum menyapukannya ke muka, hendaklah dihembus kedua telapak tangan itu terlebih dahulu supaya debu atau tanahnya tidak terlalu banyak.


Langkah 3: Tekankan kedua telapak tangan sekali lagi ke atas tanah atau debu.


Langkah 4: Sapukan telapak tangan kiri kepada tangan kanan. Paling sedikit mesti sampai sehingga pergelangan tangan.


Langkah 5: Sapukan telapak kanan kepada tangan kiri. Paling sedikit mesti sampai sehingga pergelangan tangan.



Aku harapkan info ini sedikit sebanyak berguna untuk kita semua.. Mana tahu satu hari nanti kita ataupun sesiapa antara saudara-mara kita yang sakit, uzur dan tidak berdaya, mungkin produk ini boleh digunakan.. Heehee.. Aku bukan agen atau dealer atau apa-apa, aku cuma insan biasa yang ingin berkongsi sesuatu, mana tahu boleh mendatangkan kebaikan untuk kita bersama.. Mudah-mudahan..




Sampai sini sahaja entry kali ini.. Aku suka gambar di atas sebab aku suka pada ayatnya.. Renung-renungkan.. Till then.. Jumpa lagi.. Assalamualaikum semua.. Have a pleasure weekend friends.. =)



"A women's heart should be so lost in God,
that a man need to seek Him in order to find her"






Ulasan

Tukang cerita berkata…
Salam hana...
pekabar? buat apa wkend ni?
Study ker? or...studo????
:P


TQ for the info...
sgt2 bguna......
:)
Amieynna Amin berkata…
dr hana..
gud info...
teringat masa kat skolah blaja tayamum dulu..
Waalikumsalam akak.. Khabare baikkk.. Ehehe.. Musti laa study ngan steadynye sambil stido kannnn.. Kah kah kah.. =p

Akak.. Sama-sama.. Kalo ade salah info psal tayammum tu sy trsalah inporm akak tegur2 aje laa saya nih erk.. Hehehe.. =)
Minna.. Tau xpe.. Kat skola dulu best kan.. Siap blaja dengan bedak lagi cane nak tayammum.. Hahaha.. Windunye sama zaman skolaa.. Huhu.. =p
wada berkata…
salam.saya terbaca pasal tayamum yg hana tulis. skrg ni tgn saya sdg bersimen..saya nak tau camne yer nak beli bedak debu tayamum taharah secara online?

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.