Kisah Suami, Isteri Dan Selimut Mereka..
Assalamualaikum..
* * * * * * * * * *
Di dalam sebuah bilik.. Gelap tiada berlampu.. Hanya percikan cahaya bulan yang mengambang penuh dari luar memancar sedikit menerangi bilik besar itu.. Dalam samar-samar, tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki.. Dan seorang perempuan.. Sedang berbaring sambil berbicara hati ke hati.. =p
Lelaki
Sayang.. Awak tak aci betul kan.. Dulu sebelum kahwin awak kata awak tak suka pakai selimut masa tidur..
Perempuan
Dan.. Sayang ingat lagi abang kata, abang terima seadanya sayang yang suka tidur tak pakai selimut kan?
Lelaki
Menggediklah awak ya.. Abang serious ni..
Perempuan
Bukan menggedik.. Saja nak manja-manja.. Haha.. Habis tu apa masalah abang sekarang?
Lelaki
Masalah besar sayang oii.. Tiap-tiap malam tidur, selimut abang mesti hilang.. Bangun pagi tengok, amboi sedapnya sayang berkelubung dalam selimut..
Perempuan
Ekeke.. Pengorbanan namanya tu abangku sayang..
Lelaki
Tak apalah sayang.. Abang tak kisah sangat.. Hehehehehe.. *gelak panjang* Sebab di malam yang bersejarah ini, abang tak akan benarkan sayang merebutnya dari abang.. Pertarungan malam ni abang yang akan menang..
Perempuan
Okey.. Kita tengok!!! *sambil jeling-jeling manja pada abang sayang*
* * * * * * * *
Tak disangka-sangka.. Malam itu, perebutan selimut berlaku.. Tapi tiada yang kalah dan tiada yang menang.. Sebabnya? Si isteri memang kaki rebut selimut.. Tapi si suami pun bijak dan ada idea sendiri untuk mendapatkan selimut tersebut.. Akhirnya, sama-sama dapat tidur dalam selimut..
Dalam sesebuah perhubungan, tak kiralah kekasih, suami isteri, malah adik beradik juga antara sahabat, masalah memang akan wujud.. Sebabnya, manusia macam-macam.. Lain orang lain ragam.. Masalah kalau tak ditangani dengan baik, pengakhiran pasti akan tercetus pergaduhan.. Tak elok gaduh-gaduh ya anak-anak sekalian.. Heee.. Orang yang rasional dan bijak pasti akan cari jalan untuk selesaikan masalah.. Hasilnya? Pertama, masalah settle.. Kedua, dua-dua pihak dapat benefit..
Dalam perkahwinan misalannya, pasangan yang bijak takkan jadikan pergaduhan sebagai penyelesaian sebuah permasalahan.. Cuba menerima ketaksempurnaan pasangan, dan gunakan akal fikiran yang waras, juga rasional untuk melengkapkan ketaksempurnaan tersebut dan bukannya mengungkit, membangkit dan akhirnya perkahwinan "jatuh sakit".. After all, perkahwinan yang kita semua inginkan sudah pastinya untuk seumur hidup.. Ada yang nak kahwin setakat sehari dua saja? Kalau begitu, baik main pondok-pondok.. =p
Mesej yang cuba nak disampaikan?
1) Masalah perlu diselesaikan dengan bijak dan rasional, bukan dengan bergaduh..
2) Perkahwinan adalah soal menerima ketaksempurnaan dan belajar saling melengkapkan dan saling menyempurnakan.. Bukan soal gaduh-gaduh, tikam-tikam, campak asid, alkali, dan seangkatan dengannya.. Kalau pasangan zaman mak ayah, atuk nenek kita rata-rata boleh hidup bahagia, kenapa tidak kita?
Assalamualaikum.. Nite peeps.. Salam 20 Ramadhan.. =)
FOOT NOTE: Aku memang tak suka pakai selimut.. Tapi siapa tahu, masa akan datang, aku mungkin akan berebut selimut.. Haha.. =p
Ulasan
since rina tak kawen ag so tak de experience sangat dengan 2nd moral value tu. hehe.
best!
:)
tp masa akan dtg xtaw lg la..
hehe..
nice entry!
Labah-Labah Makan Ular ?
hahahaha
lawak2
P/S : Kepada Penggemar Telur Ayam! Awas! Hati - Hati Dengan Telur Ayam Palsu!
amboiii!!!
yang menasihatt ni
dah nikah ke???
macam asyik majuk,
gado2 je?bila nak
baik dan nikah je..
nikah tau?bukan kawin
bahaya..he he
dah sampai seruu ke. sangat keibuan juga.
tp sy mmg tido pakai slimut