Ingat Mati
Assalamualaikum.. Salam malam Isnin buat semua.. Pulang ke Melaka tempoh hari, aku dikhabarkan oleh emak tentang jiran belakang rumahku.. Pakcik Bidin yang berusia 49 tahun telah menghembuskan nafas terakhir dalam tidurnya.. Bila dikejutkan siangnya oleh isterinya, tiada lagi bernyawa.. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak yang masih kecil.. Paling tua pun baru berusia 12 tahun.. Emak kata, isterinya sering termenung berdiri di depan pintu semenjak pemergian suaminya.. Sayu saja bila aku dengar.. Aku tak jangka sebab aku lihat Pakcik Bidin sihat saja.. Kematiannya dalam tidur benar-benar memeranjatkan.. Al fatihah buat Pakcik Bidin, moga ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. Salam takziah juga buat keluarga.. Moga tabah menghadapi dugaan dan kehilangan ini..
Benar.. Berita-berita tentang kematian beginilah yang buat kita mengingati mati.. Walau apa pun masalah yang menimpa hidup sehari-hari, sibuk dengan itu dan ini, kita tak seharusnya lupa memikirkan tentang mati.. Hukumnya? Sunat.. Tidak kisahlah samada dengan cara termenung mengingatkan saat-saat kematian, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya.. Aku sendiri seharusnya rasa bersyukur dengan sekeliling aku, yang hari-hari menghadap orang-orang sakit, sepatutnya mendekatkan lagi aku denganNya dengan memikirkan tentang mati.. Sebab kadang-kadang aku alpa juga.. Hmmmm..
Sesungguhnya ajal dan kita memang tak boleh dipisahkan.. Tidak kira siapa kita, berapa usia kita dan sebagainya, jika sudah sampai ajal yang ditetapkan olehNya, maka kita akan pergi jua.. Ulama menyifatkan nyawa kita sebagai daun yang rendang.. Tidak kira ianya kuning atau hijau, tua atau muda, tetap ianya akan gugur ke bumi.. Persoalannya, bersediakah kita..
Ulama ada menyebut, orang yang banyak mengingati mati, dimuliakan dengan 3 perkara:
1) Dia akan segera bertaubat kepada Allah..
2) Memadai hatinya dengan apa yang ada pada dirinya..
3) Rajin mengerjakan ibadah..
TETAPI.. Bercita-cita hendak mati, hukumnya HARAM.. Sebahagian ulama pula menghukumkan MAKRUH mengharapkan kematian kerana bahaya yang menimpa.. Namun HARUS mengharapkan mati kerana risau terhadap agama, kerosakan zaman telah merebak dan seumpama dengannya..
Sabda Rasulullah S.A.W:
Jangan kamu meminta mati kerana bahaya yang menimpanya.. Kalaupun terpaksa, maka katakanlah: Ya Allah Ya Tuhanku!! Hidupkanlah aku sekiranya kehidupan lebih baik bagiku.. Dan matikanlah aku sekiranya kematian adalah lebih baik untukku..
"Setiap yang bernyawa pasti merasai mati.. Dan sesungguhnya pahala kamu akan disempurakan pada hari kiamat.. Sesiapa yang dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia sesungguhnya telah beruntung.. Kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdayakan.." - Surah Ali Imran, Ayat 185
Mudah-mudahan ada manfaat buat kita semua.. Assalamualaikum.. =)
UPDATE: Selamat sampai Ipoh.. *takde orang tanya, aku bagi tau..* =(
Ulasan
mati yang pasti..
Dah sampai masa dia, kita yang hidup ini kenalah ambil peringatan.
Al-Fatihah buat arwah
mati adalah pasti..kita
bila la pulak??
mengingatkan pembaca untuk mengngati mati adalah ibadah...
teruskan penghasilan entry sebegini...really like it.
mati mengejut mcm tu mmg sumthg yg ssh nk dtrima..
hope wife arwah kuat n tabah.
semoga tabahlah mengharungi hari yg mendatang..