Merdeka 53: Koleksi Status Facebook Rakyat Malaysia
Assalamualaikum rakyat Malaysia.. Tarikh di kalendar, 31 Ogos 2010, bersamaan 21 Ramadhan.. Dan sudah 53 tahun negara kita merdeka.. Di luar sana kedengaran bunyi mercun meletup-letup warna-warni di angkasa.. Happy Independence Day Malaysian.. Proud to be Malaysian and we love Malaysia..
Siapa bilang sambutan kemerdekaan tak meriah? Siapa kata semangat kemerdekaan tak membara dalam diri anak-anak muda bangsa kita negara Malaysia? Heee.. Aku dengan ini menawarkan diri menjadi "wartawan skodeng" dan jom kita sama-sama tengok koleksi status Facebook blogger-blogger di dalam friend list aku.. Bersemangat ke tak bersemangat!! Minta copy paste ya.. Jangan saman aku.. Ekeke.. =p
* * * * * * * * * *
"MERDEKA!!! Yeah.. Ececeh semangat betul aku tahun ni.. =)"
"Selamat Hari Kemerdekaan.. Kemerdekaan perlu dihayati sepenuh hati, bukan mudah untuk bebas dan merdeka.. Jangan kita dijajah kembali.."
"Lantai emas di toilet orang, lantai batu di toilet sendiri.. Lagi best di toilet sendiri.. Happy merdeka day!!"
"Modekaaa!!!"
"Ya Allah Ya Tuhan kami..
Di hari kemerdekaan negeri kami..
Kami memohon kepadaMu, Ya Allah..
Ilhamilah kami untuk dapat menyadari dan mensyukuri..
Dengan benar rahmat agung anugerahMu..
Nikmat kemerdekaan sebenar kepada kami"
"Selamat hari merdeka kalian! Moga kalian memahami apa erti sebenar kemerdekaan selain cuti, bunga api dan konsert yer.."
"Lepas raya:- Nak menonton wayang!! Eh.. Pembetulan status:- Ni dah countdown merdeka lom nih.. Ok.. Happy Merdeka Day.. Proud to be Malaysian.. I love Malaysia.. =))"
"Selamat menyambut hari keMERDEKAan yang ke 53 MALAYSIA.. 1MALAYSIA menjana TRANFORMASI.. Semoga MALAYSIA terus aman selamanya.. Amin.. Saya bangga menjadi ANAK MALAYSIA...^_^"
* * * * * * * * * *
Walau siapa pun kita, di mana berdirinya kita, Malaysia tanah tumpah darah kita, dan kita bangga jadi anak Malaysia.. Negara kita ibarat warisan yang diperoleh dengan susah payah oleh nenek moyang kita, dan kita bertuah untuk menikmati warisan yang ditinggalkan nenek moyang kita.. Seharusnya kita galas tanggungjawab kita, kita jaga ia, supaya warisan ini dapat dinikmati oleh generasi kita yang akan datang.. Nenek moyang pasti tersenyum bangga melihat warisan ini terpelihara.. =)
Negara sudah merdeka.. Diri kita macam mana pula? Sama-sama kita renungkan.. Assalamualaikum.. Selamat menyambut hari kemerdekaan sekali lagi buat rakyat Malaysia.. Selamat malam.. =)
Ulasan
blum2...blum merdeka lgi
:)
ekeke
happy merdeka day cikNur Farhana Abdullah...^_^..miss u lorrrr....