Hari Pertama: Something You Hate About Yourself
Assalamualaikum.. Cabaran 30 Days Of Truth dimulakan dengan entry hari pertama ~ Something You Hate About Yourself..
Dapat aku agak, pasti ada antara anda anda dan anda yang mengenali aku akan terdetik dalam kepala juga otak, something that I hate about myself adalah kecomelan tubuh badan aku sebab seringkali aku duduk membebel pasal gemuk gemuk gemuk.. Betul tak? Tak betul? Haha..
Okey okey.. Jujur aku cakap, aku tak benci dengan keadaan aku yang comel seperti sekarang.. Walaupun dengan diri yang seperti ini, orang pandang pun tak bak kata sesetengah orang, aku tak pernah pun benci.. Sebab dah memang salah sendiri sebab dulu-dulu makan gedebak gedebuk.. Hoho..
Apa yang aku benci sebenarnya? Aku benci sebab aku jadikan kecomelan aku batu penghalang untuk aku tongkat dagu angkat kepala dan pandang dunia dengan penuh keyakinan.. Sampaikan aku lupa yang sebenarnya aku punya kualiti yang mampu aku tonjolkan untuk aku berdiri gah sama macam orang lain.. Kata orang, setiap dari kita punya kelebihan dan kelemahan masing-masing.. Siapa dah tengok drama Dottie di Astro Ria? Gadis bersaiz plus plus tapi mengharungi hidupnya dengan penuh keyakinan dan dia bangga dengan dirinya tanpa menghiraukan apa orang kata.. Aku sedang cuba belajar ke arah itu.. Doakan aku.. Heee. And.. I love myself very very much.. I guess after this there is nothing about me that I hate.. I just love the way I am.. Assalamualaikum.. =)
FOOT NOTE: Tadi tengok episod pertama Epilog Syurga Cinta, dialog yang buat hati aku tersentuh walau hanya diucapkan oleh seorang kanak-kanak kecil..
"Sebab saya suka awaklah.. Sebab tu saya tahu semua pasal awak.."
Minda kanak-kanak, suci betul dan simple sangat.. Kalaulah ungkapannya begini..
"Sebab saya suka awaklah.. Sebab tu saya boleh terima awak seadanya awak.."
Inilah yang terpaling sweet.. Tapi.. Mungkin ke ada? Hee.. Ahh.. Lupakan rapuan aku.. =p
Ulasan
nanti tunggu versi alie pulak ae =)
(paling sweet maybe...)
P : "Eleh... ye ke? bole caya ke? bukan sebab ___________ [isi lah tempat kosong sendiri ape2 pun] ke?"
(reply paling gediks yang pastinye)
L : "iye.. sungguh. tak caye belahlah dada dan scan lah hati"
(reply paling bodo...)
P : "yelah tuuu... yelah, percaye jelah!"
(NOTE: ini lah reply paling menyampah kalo dapat EXPECIALLY bila slalu terima reply cani. so kalo nak jual mahal skalipun berpada2 skit sebab harapan anda untuk kembali "single" adalah tinggi)
zami pun sama je.
x konfiden.
:)
~ terkesima.. haha..
asal la korang x tag ak terigin aku buat! sedih yerr!!!
tapi kalau korang tag pown aku xnak buat hati aku dah kecewa!!!!
ko tatap cantek. jgn redah diri sygssssss!!!!
muax kat ko 14x.
@adziim tak buat ehhhh
dah mula eh?
bagus2..
saya akan menyusul dalam hari ini juga.
tunggu~~~