Joegrimjow Terlalu Gorgeous Sampai Aku Jadi Pemalu

Assalamualaikum dan selamat malam.. Esok dah Sabtu.. Hoyeh!! Hujung minggu masa untuk merehatkan diri.. Plus mahu shopping stok-stok memasak yang dah habis.. Ada idea tak mahu masak lauk apa lagi? Dah kebuntuan!! Errr. (-_-!)



Gathering berbuka puasa di Berjaya Times Square tempoh hari sudah sampai ke kemuncaknya apabila Joegrimjow mengeluarkan entry Don't Judge A Blogger By His/Her Blog.. Makanya aku dengan ini buat-buat berani mengeluarkan entry serangan balas kepada hujah-hujah Joegrimjow di dalam entry tersebut.. Kata kunci utama di dalam entry tersebut dan deskripsi mengenai aku adalah:


Sebelum berjumpa: Penjiwang dan cepat mesra..
Selepas berjumpa: Pemalu besar dan shy shy meow.. *err.. yang belakang aku tambah.. ekeke..*


Mari kita lihat 3 sebab utama kenapa Cik Farhana PEMALU BESAR!!


1) Ramai sangat jejaka-jejaka kacak yang datang walaupun semuanya TAK AVAILABLE dah.. Wakaka.. Automatik PEMALU BESAR!!


2) Duduk sebelah Joegrimjow yang dalam realitinya memang juta kali ganda lagi kacak dari dalam gambar.. Sampaikan lidah kelu bila dia bertanya.. Automatik PEMALU BESAR!!


3) Sengaja buat-buat pemalu dan ayu gitu.. Mana tahu Joegrimjow terpikat.. Boleh dapat sponsor Herbalife secara percuma selama seumur hidup.. Slim melim jawabnya.. Automatik lagi PEMALU BESAR!! =p



Inilah dia.. Jejaka yang bikin aku jadi pemalu saat pertama bertentang mata mendengar suara.. Wakaka.. Okey okey okey.. Ketiga fakta-fakta di atas adalah tidak benar sama sekali.. Aku bukan seperti Irham Epilog Syurga Cinta dan mengejar laki-laki kacak sedunia.. Hoho..


Aku sendiri pun tak faham kenapa aku jadi penyenyap dan pemalu sebegitu rupa sampaikan housemate-housemate aku sendiri pelik aku tak sekecoh dan semesra alam macam kebiasaannya.. Haha.. Perjumpaan di Johor dulu pun begitu juga.. Adoi.. Kenapa aku jadi tak semesra alam, tak sekecoh dan menjadi diri aku yang gila-gila plus sedikit putus fius..


Err.. Mungkin masih belum berjumpa lagi orang yang boleh bikin aku mesra pada perjumpaan pertama kot.. Siapakah dia gerangan orangnya ya? Jeng jeng jeng.. *Ooppss.. Macam cerita Cinderella, Sleeping Beauty, tak pun Princess & Frog.. Weee..*


Joegrimjow pun tak seperti jangkaanku.. Sebelum jumpa ku ingatkan dia pemalu orangnya.. Rupanya.. Mak aih.. Banyak cakap atau tak henti-henti cakap dan terlampau mesra.. Err.. Dan Joe panggil aku Hana??? Tertelan air liur kejap.. Berdebar hati uolls.. Lalala.. =p


Sekian entry serangan balas yang tak seberapa ini.. Selamat malam.. Assalamualaikum. =)



FOOT NOTE: Best friend aku kata gambar aku dalam entry Joe ada 7 biji jerawat atau mungkin lebih.. Waarrggghhhh!!!! Jerawat sudah terlihat ke seluruh dunia.. Pasrah dan redha.. =p


Ulasan

joegrimjow berkata…
wakakaka
like this entry

istilah pemalu tidak pernah wujud dalam diri ni
acececeh
berlagak punya statement. hehe
Hizami Li berkata…
haha.
cik farhana,
jom jumpa zami.
nanti boleh sama2 malu.
lepas tu masing2 tak cakap.
wakakaka.
:D
Tanpa Nama berkata…
joe dah terpikat dah tu. haha
oranglidi berkata…
hehehe.. biasa la tu. kat blog macam lain, sbenar lain plak.
Tanpa Nama berkata…
aku pemalu
hehehe.. papa joe meow2 kucing~ kikiki... tgk pun mcm pemalu kot org nye.. ahakssss..h3h3h3
Linglung berkata…
~ love love love ~

lu pernah tahu tak blogger bertemu jodoh dgn blogger? gua tak pernah dgr lagi..mungkin..mungkin..lu org pertama :p
oranglidi berkata…
linglung, pendapat lu bagus jugak kadang2.
joegrimjow berkata…
@Linglung

wot wot
ku dah ada cik tanah
sepi bukan tanda xde ye
hehe
PuanPepel berkata…
aku pemalu.sekian~ ;p
farhana berkata…
Mungkin bila kita berjumpa nanti kamu cepat mesra alam =P
Jard The Great berkata…
hana.. camna nk letak LIKE button plak? hehe. ajarkan aku
akuzle ayu berkata…
serangan balas?? bagus2... fight! fight! gaduh!! kill...kill...die..die....

ehehhehehe.... sori, dik..akak nompang nyebokkk...
awan berkata…
xpe, malu bertempat tu.. ;)
zulkbo berkata…
SALAM..
ermmmp..takkan cair
dan kalah kut?
jangan jatuh cinta udah
ha ha ha..
bidadarihijau berkata…
malu sikit2 xpe...huu
bestnye g gathering
Zida berkata…
wahahha lawak gila boleh jadi pemalu macam ni. haish dah lain macam bunyi nya tuh. wakakkaka =P

bestnye gather...
Menderas berkata…
Malu ke cik farhana? hehe, biasalah, first time jumpa, dah lama-lama, biasalah nanti.
avid berkata…
haha..hati tgh berbunga riang ler ni...
Adziim berkata…
Hana...haha~ pandai joe memikat .
rhapsody LiN berkata…
bila kite boleh jumpe lak ni. hehe

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T