Luahan Rahsia Hati: Salahkah Aku.. | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Luahan Rahsia Hati: Salahkah Aku..

Assalamualaikum..



Tak mampu lagi bersabar.. Perlu aku bersuara agar aku tak terusan rasa begini..


Salahkah aku.. Kalau aku ingin buang kamu dari daerah cahaya yang riang gembiraku?


Salahkah aku.. Kalau aku tegah kamu dari mengunjungi blogku? Aku tahu kamu selalu ke sini.. Tapi tolonglah fahami diriku.. Untuk apa lagi menambah bara yang tersimpan???


Salahkah aku.. Kalau aku kata padamu.. Jangan jenguk aku lagi.. Jangan ambil tahu tentang hidup aku, apa yang berlaku padaku.. Pasti orang kata aku terlalu ikut hati, terlalu pentingkan diri, tapi fahamilah kamu, kamu sudah punya hidup sendiri.. Biarkan aku di daerah ini.. Bersendiri..


Jadinya.. Salahkah aku.. Jika itu pintaku? Maafkan aku jadi begini kejam padamu.. Sesungguhnya aku perlu jadi kejam supaya aku tak terluka.. Maaf..



Okay.. Lega dah!! Sambung belajar, esok ada kelas Radiology.. Haiyo.. Pening kepala nak baca.. Heee.. Selamat malam.. Assalamualaikum.. =)







FOOT NOTE: Kalau senang nak ganti hati, aku pun nak.. Haha.. Liver transplant pun susah okey.. Hik hik.. =p

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.