Sammy Vellu Dan Dadah.. Ann Syikiro And Alcohol..
Assalamualaikum semua.. Hampir terlupa tentang cabaran 30 Days Of Truth untuk hari ke-20.. Keinginan nak menulis merundum jatuh gedebuk.. Tapi dikerahkan jugalah menulis sedikit ala-ala kadar.. Cabaran hari ke-20 adalah tentang pandangan aku tentang dadah dan arak..
Bila disebut tentang dua entiti ini, serta merta aku teringatkan pada dua orang.. Dadah itu sinonim dengan Datuk Samy Vellu yang mana rata-rata kita pasti ingat akan ayat "Jangan Hisap Dada" walhal yang cuba disampaikan adalah "Jangan Hisap Dadah".. Manakala semenjak dua menjak ini kecoh pula kes Ann Syikiro dengan araknya.. Dunia.. Macam-macam..
Teringat komen seseorang di blog Kak Liza tentang entry ini.. Benar kata beliau.. Dadah dalam kuantiti dan dos yang mengikut panduan adalah ubat, tetapi dalam dos yang berlebihan pula akan mendatangkan kemudaratan dan boleh menjadi satu ketagihan.. Contoh seperti morfin, di hospital ianya digunakan untuk menahan sakit tapi dalam kuantiti yang dikawal.. Manakala, di luar setting hospital, ramai doktor-doktor yang tak bertauliah a.k.a drug abuser menggunakan morfin dengan tujuan yang salah.. Sesungguhnya yang membezakan kita manusia dan haiwan adalah akal, jadi seharusnya kita gunakan akal dengan sebaiknya dalam menentukan mana yang baik dan mana yang buruk untuk diri kita..
Arak.. Apa lagi nak dikata.. Sudah terang lagi bersuluh arak tu haram di sisi agama kita Islam.. Firman Allah dalam surah Al-Maidah 5:90, "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya khamar (arak), berjudi, menyembah berhala dan mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk dalam perbuatan syaitan.. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.." Malah hadis Rasulullah s.a.w juga ada menyebut, "Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat yang paling mengaibkan.." (Riwayat Ibnu Majah)
Dari sudut perubatan sendiri ada menyatakan keburukan meminum arak.. Utamanya ianya boleh merosakkan hati dan membawa kepada banyak komplikasi.. Malah juga menjadi penyumbang kepada beberapa jenis barah.. Ternyata arak mendatangkan kemudaratan pada diri.. Lupakah kita bahawa tubuh badan ini adalah milik Allah yang kita pinjam dariNYA dan seharusnya kita menjaga amanah Allah dan bukan mendatangkan kerosakan pada tubuh badan pinjaman Allah ini.. Sama-sama kita renungkan.. =)
Hadis Rasulullah s.a.w ada menyebut, "10 orang yang dikutuk Allah mengenai khamar (arak): Pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan juga pemesannya.." (Riwayat Ibnu Majah)
Assalamualaikum..
Ulasan
btw.. lama xdgr kabar awak.sihat. slmt berpuasa yer./
menyokong dari dekat tapi jauh..
:)
nice words.