Kim So Yeon Prosecutor Princess.. Farhana Doctor Princess..
Assalamualaikum.. Salam Ahad semua.. Eh.. Esok dah Isnin semula.. Haih.. Tak puas bermalas-malasan di rumah dan bergolek atas tilam melayan cinta baruku.. Kenapalah agaknya para wanita tiap kali sampai musim pasti akan angau.. Satu musim angau dengan si polan, dan tiba lagi satu musim angau pula dengan si polan yang lain.. Haha.. Eh.. Ke aku seorang saja begitu? =p
Tengok Kim So Yeon jadi Prosecutor Princess, aku teringin juga nak jadi princess.. Semua kanak-kanak perempuan mesti pernah berangan nak jadi princess zaman cinonet dulu.. Betul tak? Pakai baju kembang warna-warni, ada putera kacak, menari-nari macam dalam ball.. Fuh.. Tapi aku nak jadi Doctor Princess.. Heeee.. =)
Kisah seorang remaja perempuan yang gemuk lalu menjadi kurus dan sangat meminati dunia fesyen dan jurusan fesyen.. Seorang yang sangat up-to-date tentang dunia fesyen.. Namun atas paksaan dan ugutan ayahnya, dia dipaksa melanjutkan pelajaran ke sekolah perundangan dan melupakan keinginan mengambil jurusan fesyen.. Perjalanannya mudah sebab dia seorang pelajar yang bijak, dan akhirnya berjaya menamatkan pengajian dan menjadi seorang pendakwa raya.. Yang sangat peliknyaaaaaaa.. Hurrmmmm..
P/S: Encik Adziim.. Saya tahu banyaknya masa saya nak layan drama Korea.. Heehee.. (_ _!)
Apa yang pelik? Sebab semua prosecutors pakai kot hitam tapi pakaian dia? Warna-warni dengan perhiasan di leher dan tangan yang sangat-sangat berserabut.. Nampak macam nak pergi party.. Mula-mula, dia memang tak minat langsung dengan pekerjaannya.. Lama-kelamaan, minat mula datang, dan dia perlahan-lahan menyukai kerjanya sebagai seorang pendakwa.. Antara kes yang dia handle yang buat aku tangkap leleh, kes seorang kanak-kanak yang didera secara seksual.. Aigoo~~~ Tiba-tiba rasa termotivasi tengok drama begini.. Sebab aku pun rasa macam heroin dia.. Tak sesuai nak jadi doktor.. But I guess, passion boleh dipupuk.. Kan? Heee.. =)
Entry ini khas didekasikan untuk beberapa insan.. Pertama sekali untuk Nyah a.k.a Alie dengan ucapan, ohhh Alie.. Maaf kerana menggodamu.. But seriously, this is just so irresistible.. Kepada Achu Molmolla, kamu peminat tegar K-Pop.. Drama tak layan ke? And lastly, kepada DC.. Drama ini beribu kali ganda lagi best daripada Personal Taste.. =p
Love story dia? Terbaik punyalah.. Tak mahu cerita lebih-lebih.. Sebelum nak tidur pun aku boleh tersenyum bila ingat balik drama ni.. Tengah menaip entry ini pun aku senyum sebab love story dia best.. Jari melecur masa masak pun tak rasa sakit.. Wakaka.. Jangan risau, bukan saja love story dia best, case-case yang dia handle pun boleh tahan best.. Psssttt.. Atas atas atas.. Hero dia.. Park Shi Hoo..
Eh.. Sebelum menamatkan entry, ingat dulu ciri-ciri lelaki idaman? Lelaki janggut sejemput dan kening? Ada lagi satu tambahan.. Lelaki yang simpan side burn.. Macam hero Prosecutor Princess atas tu.. Wink wink.. Till here.. Tata.. Selamat bekerja esok.. Assalamualaikum.. =)
P/S: Bawah ni MV untuk Prosecutor Princess.. OSTnya, Goodbye Princess nyanyian Monday Kiz, sedappppppppp sangat.. Khas untuk tontonan Nyah a.k.a Alie.. Saja nak menggoda nyah.. Meoowww!! =p
FOOT NOTE: Teringat sinetron Cinta Dan Anugerah lakonan Nabila, Giovanni & Ashraff Sinclair.. Giovanni panggil isteri dia "Sunshine".. Ashraff panggil isteri dia "Princess".. Errr.. Mahu dengar panggilan "Princess''.. With love.. Weeeeeeeee.. =)
Ulasan
hangat betullah cerita ni.
tapi saya dah tak layan korean.
bukan tak suka tapi tak de free time la.
kalau layan citer korea kena dari awal sampai habis.
takleh stop.
biasa masa study dulu payan after final exam.
memang syiok sampai tak tidor malam semata-mata nak habiskan.
Nak cari la!
Personal Taste udah meleleh2 tengok~
kih3~
ni kamu review macam syok~
walalala~
hehe
even x minat korea tp tgk cara akak ckp mcm bes giler! hehe
sentap habis..
wahai doktor cinta..
kenapa masa kamu terlalu banyak u menonton k-drama.
sentap2~
mencikkk
mai nak bagi alamat.burn.dan sila hantar ke.....
:P
p/s : download mana nie...hihi
Bese laa alie.. Takde mase pun wat2 jek macam banyak mase.. Hehe.. :p
Boleh saja.. Bilang kapan maunya.. Heee..
Download kat gblog85.. Tak yah donlod.. Tengok online jek.. Kalau malas, nnt aku bagi hadiah jek kat ko cite ni.. Hihi..