Hari Kelima: Something You Hope To Do In Your Life

Assalamualaikum semua.. Esok Sabtu.. Hujung minggu yang dinanti-nantikan oleh semua.. Boleh rehat puas-puas.. Fuh.. Dah masuk hari kelima cabaran 30 Days Of Truth.. Ramai bertanyakan tentang ini.. Kalau nak tahu boleh klik banner di atas.. Bukan contest, cuma sesi muhasabah dan kenal diri, boleh macam tu? Heeee.. =)


Well.. Here goes the entry for the 5th day.. Something You Hope To Do In Your Life.. Bak kata Kak Liza, harapan bawa kita pada impian dan seterusnya menjadi visi yang memandu kita untuk capai sesuatu yang kita inginkan dalam hidup.. Sesuatu yang samada beri kita kepuasan, kebahagiaan mahupun kesenangan.. Itulah harapan.. Harapan aku? Heeee.. =)




Sejak dari zaman kanak-kanak sememeh dan lap hingus guna lengan baju, cita-cita konon nak jadi doktor.. Dah besar sekarang, 23 tahun dah usia.. Dah pun final year.. Setapak lagi dalam mencapai cita-cita.. Walaupun mulanya rasa sukar, tapi tetap diteruskan juga.. Mudah-mudahan akan terus semangat waja menggapai cita-cita..


Harapan aku? Dah kerja, cadang nak sambung belajar.. Pesan senior-senior doktor, pensyarah-pensyarah, kita perlu ada aim, jangan puas hati dengan hanya segulung ijazah pembedahan dan perubatan.. Cuba tingkatkan prestasi, ambil master, jadi specialist dan seterusnya consultant.. Dalam banyak-banyak cabang perubatan, aku berharap sangat dapat sambung belajar untuk jadi specialist dalam Family Medicine.. Atau pun opthalmologist.. Sebab tak menuntut banyak masa dari aku, jadi aku punya masa untuk tumpukan pada suami dan anak-anak.. Weeeeee.. =)




Tapi.. Tapi.. Sebenarnya the other side of me, aku tak rasa nak kerja lama-lama.. Cukuplah dalam 10 tahun.. By the age of 35, aku nak realisasikan harapan aku yang paling besar.. Sangat-sangat besar.. Yang memang jadi impian sejak aku dalam perut mak lagi.. Wakaka.. Tipulah kot.. =p


Apa dia eh???



First first first of all.. Aku nak jaga suami dan anak-anak-anak-anak-anak.. Kalau boleh nak 5 orang.. Heeee.. Itu kira paling minimum.. Maksimum 10.. Boleh tak? Kalau aku larat, on saja.. Heeeeee.. Senang nanti bila dah tua.. Dengan harapan anak-anak aku nanti tak lupalah mak ayahnya kan.. Mudah-mudahan tak.. =)




Jaga suami jaga anak-anak.. Perut-perut mereka jangan lupa.. Jaga perut mereka, jaga makan mereka.. Memasak untuk orang yang kita sayang sebenarnya adalah satu kenikmatan yang tak terkira manisnya.. Seriously.. Ini benar.. Ngee.. =)



Well well west.. Hehe.. Senang cerita, aku mengharapkan untuk menjaga keluarga aku.. Aku nak gembirakan hati suami dan anak-anak.. Buatkan mereka rasa apa-apa pun terjadi, keluarga tetap terpaling best.. Macam apa yang mak dan abah aku buat kami adik beradik rasa.. Walau susah macam mana walau perit macam mana masalah yang dilalui, keluarga tetap paling utama.. =)


Tapi sebelum dapat bahagiakan keluarga sendiri, mahu bahagiakan mak dan abah dulu.. InsyaAllah.. =)


Till here.. Happy weekend.. Assalamualaikum.. =)




FOOT NOTE: Mahu jadi surirumahtangga boleh saja, tapi encik suami mestilah berkebolehan menanggung keluarga.. Ekeke.. =p

Chuppp!! 10 tahun berkerja, berapa banyak duit boleh kumpul ek?

Ulasan

PuanPepel berkata…
wah....dr ni dok nampak alam rumahtangga jer....
rhapsody LiN berkata…
ekeke~
soo cute ;)


hope ur dream will come true. iA..
;)
ISZA berkata…
cukupkan kuota kerajaan jer ke?

akak pun pilih duduk rumah kalau boleh dapat gaji macam sekarang secara percuma.. lebih baik layan suami dan anak-anak..

orang kata.. hidup tak mencabar kalau lagu tu..
farhana berkata…
Seronok kan kalau jd suri rumah....
jaga anak suami...
masyukkk...
pahala berganda :)
oranglidi berkata…
itu dia dr kita!!!

murni niat kau..
nadz ruslan berkata…
sebelum ni harapan menggunung, nak jadi wakil rakyat lah, org yg berguna pada bangsa dan agama lah..

sejak2 dewasa ni, 2 ja, nak jadi isteri solehah dengan ibu mithali. hehee
Jard The Great berkata…
hehehe. untunglah lelaki mana yg dpt hana.

kalau suami hana buat jahat. Siaplah die dari aku!
Ibu Ammar berkata…
huhu. aku pun nak keja kejap je dalam 10 tahun. nak besarkan anak2. eceh. gila berangan.
nora berkata…
sis i terbabas satu entry dah.sob3~


amboi2,tu dia punya plan.10 tahun kerja je,mmg kena cari suami kalau tak datuk memang anak raja


=)
Tanpa Nama berkata…
yup..mmg btul..memasak utk org yg disayangi..mmg satu kepuasan utk diri sndr..sbb tu slh satu cr nk tnjuk yg kita syg..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T