Bila Yang Namanya Perempuan Duduk Seorang Diri Di Rumah: 3 Fasa Hidup
Assalamualaikum.. Selamat di malam hari buat semua.. Malam ini jugalah bermulanya "home alone" buat entah ke berapa kalinya.. Selesai memasak Maghrib tadi, terus makan.. Perut pun dah kenyang dan mata pun dah berpusing-pusing.. Sabar menantikan drama Syurgamu Ramadhan, kalau tak memang dah lama aku bergolek tersembam atas tilam..
Bila duduk seorang diri di rumah, tiba-tiba terfikir tajuk entry di atas.. Rasa macam mahu kembangkan, tambah isi jadi entry.. Bila yang namanya perempuan itu duduk seorang diri di rumah, apa di fikiran mereka.. Perempuan dalam 3 fasa berbeza hidupnya.. Entry suka-suki dan tiada kena mengena dengan perempuan-perempuan lain, mungkin perempuan yang namanya Farhana saja barangkali.. Heee.. =p
1) Kanak-kanak Ribena
Orang kata zaman ini suci lagi menyucikan.. Otak senang dipengaruhi oleh anasir luar yang entah apa-apa kadang-kadang.. Bulan puasa pun ramai kanak-kanak Ribena yang puasa yang yang yuk.. Ada yang tak puasa, ada yang puasa setengah hari, puasa suku hari pun ada.. Ekeke.. =p
Zaman-zaman begini rasanya jarang ditinggalkan berseorangan.. Kalau ada pun mungkin masa itu usia dah menginjak dalam 9 atau 10 tahun dan ke atas.. Dek kerana terlalu banyak pengaruh luar, hantu atau momok jadi ketakutan saat tinggal berseorangan.. Kadang kalau atas katil, pasti 100% berkelubung dengan selimut.. Bila dah kelubung satu badan, hantu pun confuse, yang mana satu hantu.. Telinga pula dah tekup dengan bantal.. Kejap pandang pintu, kejap pandang cermin, jengah-jengah bawah katil.. Adoi..
2) Wanita Ayu
Okey.. Dah jejak kaki masuk zaman wanita.. Dah matang.. Hantu-hantu? Kadang takut juga, tambah lagi bila ada yang duduk usik-usik dengan sms berbunyi, jaga-jaga tepi tingkap, hati-hati bawah katil.. Haha..
Tapi bila dah jadi wanita ayu, bukan itu yang kami-kami semua nak.. Bukan sms memomokkan lagi momok, menghantukan lagi hantu.. Eh.. Apakah ayat aku bunyi macam pelik.. Haha.. Okeylah.. Bukan selalu rasa begini.. Kadang saja.. Once in a blue moon.. Sekali dalam bulan biru orang Melayu terjemah.. Ekeke.. Rasa macam.. Err.. Seronoklah juga dapat sms ke, call ke, berbunyi, "Awak, kunci semua pintu.." "Awak, tidur awal.. Tak adalah takut sangat.." "Awak duduk seorang makan apa.." "Awak, kalau ada apa-apa, buka tingkap bilik, jerit saja.. Jangan pula jerit nama saya.." Wakaka.. Okey, itu melampau sikit.. =p
Biasalah perasaan begitu.. Layankan saja.. Heee..
3) Wanita veteran
Bukan tua okey.. Haipp!! Tak baik panggil begitu I tell you.. Veteran sounds better.. Bila dah meningkat usia, kedut seribu, duduk seorang diri, tak adanya kita nak takut momok ke hantu.. Tak ada maknanya juga nak dapat sms atau call suruh jaga diri elok-elok.. Suami yang ada tercongok apa cerita.. Usia begini, bila home alone, selalunya yang diingat hanya suami dan anak-anak.. Kalau suami masih ada, risau makan pakainya, risau kesihatannya.. Bila suami sudah dijemput ke sana, duduk seorang diri, kenangkan kenangan.. Pegang surah Yassin, sedekahkan buat suami tercinta..
Anak-anak pun tak pernah lekang dalam ingatan.. Bila semua dah besar-besar, dan dah jauh dari ibu dan ayah, itu tak bermakna ibu dan ayah akan lupakan anak-anak.. Tambah lagi jika duduk berseorang, hanya anak-anaklah yang dikenang.. Kadang sampai jatuh sakit sebab mengenang merindu anak.. Sihat ke anak.. Apa khabar anak.. Semuanya dalam kepala tentang anak-anak..
Anak-anak? Janganlah lupa ibu dan ayah di kampung bila di rantau.. Telefonlah.. Tak pun berYM dan berwebcam.. Paling koman pun SMS.. Mahu lagi canggih, suruh ibu dan ayah buat akaun Facebook.. Mantop!!! =)
Okey semua.. Aku nak sambung berkelubung dalam selimut.. Ekeke.. Jaga diri.. Selamat menyambut hari Nuzul Quran.. Assalamualaikum..
FOOT NOTE: Marah tanda sayang, benci tanda rindu.. Apa sebenarnya makna frasa itu?
Ulasan
saya d kategori y pertama yer.hahaha
n jauh disudut hati.. teringin berada di tempat kedua.. hak3..
semoga sihat orang disini.
alahai!!sapalah yang posa
yang yuk tu?he he..
penuh nasihat yang walaupun sentiasa diingatkan namun masih ramai manusia di sana yang terlupa
P/S : Dah 3 Kali Dah Macam Nih! Kalau Kali Ke-4 Macam Mana?
marah tanda sayang...
memang la..klu tak marah mknanya..dia tak kesah pn org tu watpe... lantak la nk jd pe pn kan... tp sebb syg la marah ntegur
benci tanda rindu....
bila kita rindu..kita rasa pedih... aarrhhhh.... benci la rs mcm tu...hehe....
http://cikgu-murid.blogspot.com/