Hari Ketiga: Something You Have To Forgive Yourself For

Assalamualaikum.. Salam pagi Rabu.. Heee.. Meneruskan lagi cabaran hari yang ketiga.. Dah rasa macam filem P/S I Love You.. Setiap hari ada mesej-mesej untuk pembaca.. Hari ketiga diteruskan dengan Something You Have To Forgive Yourself For.. Okey.. Mari kita mulakan.. =)


* * * * * * * *


Dear Farhana.. A.K.A Ke hadapan Farhana yang tercinta.. =p


Aku Farhana.. Kita punya satu nama satu badan satu jiwa yang sama.. Dalam kesempatan yang diberi, aku nak ambil peluang untuk minta maaf dan harap kau dapat maafkan.. Please!! Forgive me.. =)





1) Pertama-tama sekali.. Aku tahu aku dah buat keputusan yang tak memuaskan hati sampaikan sekarang masih lagi terasa merananya dengan keputusan itu.. Aku give up bidang Audiologi dan aku kejar medik.. Buat medik kalau bersandar dengan "ini cita-cita saya dari kecil" memang tak boleh jalan.. Sesak nafas sebenarnya untuk aku teruskan perjalanan ini.. Sukar.. Memang sukar.. Yakin seyakinnya, masa depan aku pasti lebih sukar.. Sampai sekarang, aku tahu kau masih lagi berfikir-fikir dalam kotak kepala, "pasti semuanya berbeza kalau aku tak give up audiologi dulu".. "Pasti aku dah graduate Isnin minggu depan dan mula bekerja kalau aku tak give up dulu"..


Tapi.. Perahu dah jalan ke depan.. Nak menongkah arus pergi semula ke punca? Jangan kau buat kerja gila.. Maafkan aku Farhana atas keputusan yang aku buat dulu.. Harap kau kuat untuk teruskan kehidupan yang mendatang walau sukar untuk kau cari passion dalam apa yang kau buat.. Aku yakin.. Satu hari kau pasti berjaya pupuk passion itu.. =)


2) Keduanya.. Ya.. Aku terlalu memanjakan diri.. Manjakan kau Farhana.. Terlalu dimanjakan.. Pampered pampered pampered.. Manjakan bagaimana dan dengan apa tak perlulah tahu.. Tapi rasanya diri dah jadi spoiled brat.. Bak kata kawan-kawan Hang Tuah dalam video Hang Tuah failed SPM, "hang teghok!!"..


Maafkan aku ya.. After this, try to be more matured.. Don't pampered yourself too much.. Sikit-sikit boleh lagi.. =p



3) Terakhirnya.. Farhana, kau orang gelar Dokter Cinta Luar Biasa.. Tapi aku tak rasa apa yang luar biasa pun sedangkan kehidupan percintaan kau pun tunggang langgang.. Tak pernah menjadi.. Wakaka.. Apa yang aku nak kau maafkan ya.. Hmmm.. Maafkan aku sebab aku terlalu keras hati.. Aku tahu seseorang ada dalam hidup kau.. Tapi.. Entah.. Aku rasakan diri ini tak layak untuk dia.. Banyak yang beza antara aku dan dia.. Aku takut, jadi aku tutup apa yang aku rasa agar tak ketahuan.. Sedangkan dalam hati aku rasakan dia boleh jadi seorang yang terbaik untuk hidup aku.. Insan yang selalu buat aku senyum.. Hehe..


Tapi segalanya aku serahkan padaNya.. Aku selalu doa, jika benar dia yang Kau ciptakan untukku, dekatkanlah dirinya dengan diriku.. Tapi jika tidak, Kau jauhkanlah dia dan lindungilah aku dari kekecewaan yang berpanjangan.. Banyak yang mula terserlah, ada insan-insan yang makin jauh dari hidup aku dan ada pula insan yang makin dekat dengan aku.. Mungkinkah ini satu petanda?


Maafkan aku Farhana.. Sebab buat kau menjarakkan diri dari cinta.. Tapi aku lakukan untuk kebaikan kau.. Aku yakin, doa kau pasti termakbul.. Mudah-mudahan.. Amin.. =)


Again.. Maaf ya..


Sekian.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Merajuk.. Ya.. MERAJUK!!!


Ulasan

nora berkata…
langkah mesti kedepan..dengan yakin sis
Liza berkata…
forget about the past sis, Insyallah, Allah knows what's best for us...
ISZA berkata…
mencari yang terbaik untuk diri sendiri.. insyallah..
AJ berkata…
ini cabaran apa ya?ada juga perasan si blog jard...
farhana berkata…
Huuu, tak tau knapa rasa sedih baca entry nih..
nak plak part no.3...
be strong my friend..
im sure u'll find ur other half soon...keep on praying
=)
black_mel berkata…
x kisah bidang apa pun..tp yg penting kita tak menyesal dengan keputusan yang kita buat..
Jard The Great berkata…
=)

tatau nk ckp apa.. ehehehe
Boneka Tak Sakit berkata…
satu cukup la! xtau nak cakap apa jadi ye hahaha

okay2 tau2

audiologi tu apa?
Nizam Gtz berkata…
Hidup mesti terus...
rhapsody LiN berkata…
akak.. u strong..

yg no 3 tu lin pn rse bnde yg sama. ;p

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T