A Band Or Artist That Has Gotten You Through Some Tough Ass Days

Assalamualaikum.. Hari ke-13.. Entry scheduled lagi.. Cabaran hari ke-13 dengan tajuk a band or artist that has gotten you through some tough ass days..


Cabaran kali ini harus ditulis dalam bentuk surat.. Aisey.. Masa sekolah aku punya pening nak menghafal format surat rasmi, surat tak rasmi, dah besar panjang macam ni pun kena tulis surat rasmi lagi.. Fuh!! =p




Kehadapan Ahmad Dhani, Once, Andra, Yudha dan Yuke.. Tak lupa juga untuk ex-drummer, Tyo yang ganteng banget.. Weeee.. Assalamualaikum.. Puasa enggak kalian? Ecece.. Slanga Indonesia keluar dah..


Ini bukan surat cinta, bukan juga surat layang.. Cuma surat berformat tak rasmi sempena cabaran 30 Days Of Truth.. Surat khas ditujukan dari seorang gadis cantik dari Malaysia buat cowok-cowok kacak Indonesia yang lebih dekat di hati dengan panggilan Dewa 19..


Tough ass days aku ada kamu-kamu.. Eh silap.. Ada lagu-lagu kamu.. Terpaling diingati saat-saat jatuh tersungkur, saat-saat kecewa tak kiralah samada putus cinta, bergaduh dengan kawan-kawan, dimarahi emak dan abah atau apa jua saat-saat merundum.. Kamu buat aku HADAPI DENGAN SENYUMAN.. =)


Saat aku jatuh cinta dalam diam tanpa mampu mengungkapnya, ada PUPUS di samping aku.. Kadang-kadang saat-saat berangan, terasa diri bagai DEWI yang sedang mencari ARJUNA.. Ekeke..Alunan SATU pula buat aku terasa dekat dengan pencipta, merasakan kebesaranNYA.. =)


Kadang-kadang rasa macam teringin sangat nak bercinta.. Semua dek kerana SEDANG INGIN BERCINTA.. Tak elok tak elok.. SELIMUT HATI kamu pula buat aku senyum saja.. Indahnya jika benar wujud SELIMUT HATI.. Heehee..


Sekian.. Sampai sini kata-kata dari aku untuk kamu.. Apa pun, terima kasih abang-abang Dewa 19 sebab muzik kalian memang ngetop.. Maaflah kalau kadang-kadang aku curang sama kamu sebab jatuh cinta dengan Rama, Repvblik, Zigaz, ST12, Ungu, September, Hijau Daun dan ramai lagi abang-abang dari Indonesia.. Sorry ya.. Heee.. =p


Take care.. Assalamualaikum..




FOOT NOTE: Susah sungguh nak tulis surat.. Surat cinta reti laa.. =p

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T