Dialog Antara Kanda Dan Dinda
Assalamualaikum.. =)
Ini dialog antara kanda dan dinda.. Kunci dalam hubungan, bukan pergaduhan tapi toleransi dan saling memahami.. Pasti bahagia sampai bila-bila.. Nescaya perbezaan akan jadi sesuatu yang indah.. =)
HITAM - Dinda
MERAH - Kanda
HIJAU - Sama-sama
Oh Kekanda
Jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda
Kanda mana dengki, malah Kanda support bini
Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata
P/S: Heee.. Comel.. Nak anak ya kanda.. =p
Dinda belum bersedia
Kanda dah beria-ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi
Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya
Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?
Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi
Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya
OST 8 Bulan nyanyian MonoLoQue dan Atilia ini sangat menambat hati.. Khas untuk pasangan yang kedua-duanya bekerja.. Maklum saja, bila keduanya bekerja, pasti tak banyak ada sedikit masalah akan timbul.. Tapi apa pun, tiada masalah yang tak ada jalan penyelesaian.. Yang penting, perlu give and take.. Perlu saling mengerti.. Betul tak apa kata gadis single ini? Ekeke.. =p
Okey.. Till here.. Assalamualaikum.. =)
Ulasan
=0
alahai..
orang bercinta
la katakan..he he