Sila Pakai Tali Pinggang Kelendar Kerana Abang Polis Suka Buat Surprise..
Assalamualaikum.. Selamat malam semua.. Baru saja sampai di rumah.. Mengantuk tahap gaban.. Bulan-bulan puasa begini cepat pula terasa mengantuknya.. Selalu jam pukul 1 pun mata masih segar bugar.. Sekarang pukul 10 pun dah layu-layuan..
Berbaliklah kita pada abang polis dan surprise.. Memang surprise habis.. Terkujat juga aku tadi.. Baru saja pulang dari Tesco, penat-penat segala tubuh badan shopping stok memasak di bulan puasa.. Masuk dalam kereta, dah plan nak ke stesyen minyak yang berdekatan.. Tak perlu keluar jalan besar pun, makanya aku tak pakailah tali pinggang.. BFF aku sebelah pun sama naik dengan aku, tak pakai tali pinggang.. Haha.. Tiba-tiba nak keluar dari simpang.. Tadaaa.. Surprise..
Abang polis dah duduk tercongok di depan mata.. Hairan aku, abang-abang polis kalau nak duduk buat road block mesti dekat simpang.. Budget orang keluar simpang terkejutlah nampak muka dorang.. Memang terkejut pun.. Haha.. Gelabah gila tarik tali pinggang sampai kereta tersasar ke arah abang-abang polis.. Nasib saja tak terlanggar dan melanggar.. Rupanya.. Abang polis sikit pun tak pandang pemandu dan penumpang, sebaliknya mata mereka sibuk memandang plat kereta.. Hoh.. Mencari kereta rupanya.. Bukan nak menangkap orang..
Penat aku buat aksi terkejut terkujat sambil tarik tali pinggang keledar, sampai nak terlanggar abang polislah.. Jantung pun macam nak terkeluar.. Maklum saja.. Aku sebenarnya fobia dengan abang-abang polis sebab pernah kena saman sekali dulu.. Memang ketaq lutut bila tengok abang polis ketuk tingkap kereta minta kad pengenalan.. Hoho..
Pengajarannya adik-adik, abang-abang, kakak-kakak dan pakcik makcik nenek atuk, bawa kereta, even tak keluar jalan besar, pakailah tali pinggang ya.. Masuk kereta, jangan start enjin dulu, pakailah tali pinggang keledar.. Pesan juga penumpang di sebelah dan di belakang ya.. Untuk keselamatan juga.. Selain dari mengelak dari menambah koleksi saman-saman anda.. Tambah lagi ada 28 hari lagi nak raya.. Ingatlah orang tersayang di kampung halaman.. Okey? Heeee..
P/S: Walaupun rasa lesu masa berpuasa, macam tak ada tenaga, kerahkanlah sedikit tenaga untuk pakai tali pinggang keledar ya.. Ekeke.. =p
Lastly sebelum menutup entry, saja nak share penemuan di hari kedua berpuasa.. Terkejut tiba-tiba view ke blog ini mencecah 80 dan ianya datang dari satu IP address.. Seorang pembaca dari Perak menyumbang traffic kepada blog ini dengan view yang mencecah 80.. Dan beliau menghabiskan masa hampir 2 jam setengah di Cahaya Yang Riang Gembira.. Korek balik semua entry-entry aku.. Ohh.. Kentalnya dan cekangnya dia.. Dari pukul 4 sampai ke pukul 6.. Terharu aku.. Siapakah dia agaknya.. Terima kasih sudi singgah dan sudi baca.. Heee.. =)
Selamat bersahur ya semua.. Selamat berpuasa di hari ketiga juga.. Take care.. Assalamualaikum..
FOOT NOTE: Dah ada 2 orang nak sekeh kepala aku kalau drama Prosecutor Princess tak best.. Waaa.. Dahsyat orang zaman sekarang!!! Yang seorang lagi dah selamat download 3 episod.. =p
Ulasan
salam ramadhan utk kamu ye
:)
paling tak boleh lupa bila pemandu sama2 tersenyum tengok gelagat masing-masing yang gabra bila tak pakai tali pinggang time abang polis buat sekatan... hehehe
Satio - Telefon Bimbit gua terbaru ;)
insyaAllah skang takda pape hari ahad.. leh ar join
jap,notakakiku tu kan,sorang lagi menunggu org hantar kat dia
:P