Syurgamu Ramadhan: Mak Mana Ya Tak Sayangkan Anak?

Assalamualaikum.. Selamat tengahari Jumaat semua.. Sekelip mata dah masuk hari kesepuluh kita berpuasa.. Alhamdulillah.. Cukup sepuluh setakat ini.. Heehee.. Puasa kali ini pun tekak tak banyak mengidam itu ini macam tahn-tahun sudah.. Barangkali tekak dah semakin matang dan membesar.. Ekeke.. =p



Seperti kebiasaannya, dalam bulan Ramadhan stesyen TV banyak menyiarkan rancangan yang bertemakan Ramadhan.. Drama-drama yang bawa banyak mesej dan pengajaran.. Disebabkan kesibukan yang menghambat, baru semalam aku berkesempatan menonton slot Samarinda terbaru yang menggantikan Laila Asyikin.. Dengar kata-kata orang ceritanya menarik dan aku pun mulalah selongkar laman web TV3 dan menontonnya dari episod pertama.. =)


Drama setengah jam yang bertajuk Syurgamu Ramadhan terbitan syarikat RadiusOne arahan Syahrulezad Mohameddin itu ternyata ada sesuatu yang menarik tambah lagi dengan lakonan mantap Elly Suriati.. I like.. Heehee.. Untuk sinopsis anda boleh KE SINI..


Sudah hampir sebulan tak pulang ke rumah.. Semenjak mula puasa pun belum merasa lagi berbuka dan bersahur dengan keluarga.. Saat-saat yang diidamkan.. Suka melihat adik-adik dengan muka yang macam-macam bangun sahur dengan liat.. Comel.. Macam kakaknya juga.. Hee..


Menonton pula Syurgamu Ramadhan semalam, scene di mana si kakak yang terpisah 17 tahun dengan adiknya menjerit-jerit memanggil adiknya dari kejauhan dengan penuh kerinduan sehingga mengalamai kemalangan dan menemui ajal bersama suami tercinta.. Melihat scene itu dengan mimik muka Eira Syazira dan nada suara jeritannya, terasa seperti dapat memahami perasaan si kakak itu.. Tak semena-mena, air mata pun mengalir.. Ohh.. Hati tisu ya aku..



Ohh.. Aku rindu yang amat-amat sangat pada adik-adikku.. Sangat dan sangat dan sangat.. Faham kan perasaan itu? Juga pada emak dan abah.. Ditambah lagi dengan bulan puasa.. Aku hanya dapat pulang pun pada 3hb.. Masih ada 2 minggu lagi.. Sabar ya Farhana.. =)


Menonton drama itu juga buat aku tertanya-tanya.. Macam mana silap pun anak itu, tetap kita sayang sebab darah daging kita.. Mak mana tak sayangkan anak? Tapi itulah.. Dunia dah terlalu banyak berubah.. Mak pun sanggup buang anak.. Haiwan pun tahu sayangkan anak.. Manusia macam mana pula? Sama-sama kita fikirkan..


Assalamualaikum..



FOOT NOTE: How I wish I can fly and be by their side during this toughest time.. I know they need me just like I need them.. Family is everything.. =(

Ulasan

Unknown berkata…
u r lucky..=)
Jard The Great berkata…
bulan puasa tak merasa lah aku berbuka dgn famili.. huhuhuhu
Nur Hawa Mohd Zin berkata…
jarang tgk..tapi semalam tgk..suke lakonan iera tu...
myQza berkata…
malam tadi scene sedih.
Tanpa Nama berkata…
x berpeluang tengok lg..ermmm..kena buat sesuatu ni..

bulan2 puasa ni pun selalu teringat2 anak.. :)
Amieynna Amin berkata…
ye sy faham perasaan kamu sebab daku pun kakak juga..
xpe nanti balik kg bleh jumpa puas2..
eira syazira mmg suka bawak watak yg nangis2 kan mcm citer cinta balqish...
Azuan berkata…
lambat lagi balik tue...
Ogy berkata…
salam ziarah :)
Hizami Li berkata…
alamak.
zami dah lama tak tengok tv.
haha~
Linglung berkata…
ok cik hati tisu..drama slot Samarinda ni pukul brp tyg? huhu..gua tak tau

boleh juga bila kelapangan gua nonton cerita ni..hehe

jgn main tisu sgt ye..
Zuwairi berkata…
tak lepas peluang gak tgk cite ni... best2... :)


Jam ade Bom???
Shahada Fauzi berkata…
cerita itu memang sangat best..saya pun tersentuh tiap kali tonton cerita itu..huhuhu..

doc sgt bertuah kerana masih punya ibu dan ayah..jaga mereka baik2 ya bila mereka sudah meningkat tua..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T