Pandangan Seorang Insan Biasa: What Do You Think Of Religion?

Assalamualaikum dan selamat petang semua.. Bersemangat meneruskan cabaran hari kesembilan belas.. 19 okey.. Makna ada 11 hari lagi.. Terasa sangat bersemangat pula.. Heehee.. Tambah lagi melihatkan Kak Liza pun turut sama bersemangat menyelesaikan cabaran 30 Days Of Truth ini..


Tajuk cabaran hari ini tentang pandangan aku perihal agama.. Terlebih dahulu aku nyatakan di sini, aku bukanlah seorang pelajar aliran agama, bukanlah juga seorang yang sangat-sangat arif dalam bidang agama, maka pandangan yang akan aku lontarkan adalah sekadar superficial saja dan jika ada silap di mana-mana, aku bersedia menerima teguran.. =)


Agama.. Dalam arabnya disebut Ad-Din.. Seperti yang kita semua tahu, umat-umat manusia seluruh dunia punya pegangan agama mereka masing-masing.. Agama Islam, Buddha, Kristian, Hindu, dan lain-lain.. Malah ada juga yang tidak punya pegangan agama..



Analogi yang aku cuba sampaikan ini cukup mudah.. Malah boleh difahami juga oleh budak-budak.. Manusia perlu ada agama.. Hidup tanpa pegangan agama, ibarat pokok yang tak berdaun.. Atau sama juga seperti manusia tak berbaju.. Tak lengkap bukan?


Sama jugalah seperti kita memandu, kita mahu ke sesuatu tempat yang kita tidak tahu, tapi dengan adanya panduan, contohnya peta ataupun GPS, kita akan sampai juga ke destinasi kita.. Tapi jika kita memandu tanpa panduan, kita akan berjalan tanpa arah tujuan dan pengakhirannya kita mungkin akan sesat entah ke mana-mana.. Agama itulah panduan dalam kita melayari kehidupan kita..



Kita sudah punya pegangan agama.. Aku seorang yang beragama Islam.. Dan seterusnya? Maka haruslah kita mengamalkan ajaran-ajaran dalam Islam.. Macam pokok yang berdaun di hias supaya nampak cantik semasa perayaan Krismas.. Seperti manusia, berbaju tapi perlulah proper.. Proper di sini maknanya, pakailah pakaian yang elok supaya nampaklah kita ini seperti seorang manusia.. Beragama Islam, amalkanlah ajarannya supaya kita ini benar-benar menghayati Islam itu apa dan bukannya menganut ia hanya atas nama..


Sama-sama kita renungkan.. Terasa ingin mengajak Encik Salleh Gregor Samsa sama-sama menghayatinya.. Well, selamat berbuka 2 jam lagi.. Assalamualaikum.. =)


Ulasan

Liza berkata…
sama2lah kita gigih nak habiskan challenge nie, skit je lagik dik
ISZA berkata…
benarkah anak-anak sekarang kurang didikan agama atau amalan yang zero..
amali jer..
royal joe budu berkata…
betul2..agama adlah sesuatu yang praktikal..bukan setakat gelaran atau status..
Ibu Ammar berkata…
hidup tanpa agama, ibarat naik teksi, bila ditanya nak kemana, yang dijawab, kemana-mana pun boleh.
zulkbo berkata…
Salam..bertandang lagi..
apa khabar?Semoga anda selalu
sihat dan di rahmati Allah jua
hendaknya..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T