Hikayat Satu Malam Di Bulan Ramadhan
Assalamualaikum.. Salam Isnin buat semua dan selamat berpuasa di hari keenam.. Pagi ini terasa mahu bercerita satu hikayat di satu malam di bulan Ramadhan.. Jom jom kita tengok apa cerita..
* * * * * * * * * *
Di suatu malam sebuah cerita,
Girang menanti saat berbuka,
Chicken Rice Shop jadi saksinya,
12 anak bersama papanya.. =p
Kurus tinggi kacak orangnya,
Sungguh peramah memang banyak kata,
Tak disangka ingatkan pemalu orangnya,
Itulah dia Papa Joe kita..
Manis orangnya senyum berbisa,
Puteri Biru nama panggilannya,
Digosip dengan Ariff Shah alahai merah pipinya,
Jawab Cik Sara kenapa oh kenapa..
Di alam maya ku perhati saja,
Bila dah jumpa kaget seketika,
Patutlah Cik Sara blushing pipinya,
Ariff Shah memang hot orangnya.. =p
Lama dah kenal baru bersua,
Itulah dia Cik Jard kita,
Peramah orangnya dengan Joe sekepala,
Mengorek rahsia itu misinya.. =p
*Jard, tak sempat bagi tahu identiti Cik Tanah yang ku suspek*
Bercincin batu hijau warnanya,
Berbaju Scukz itu disebutnya,
Baru kenal tapi lawak gila-gila,
Encik Syahirul kaki kandid empunya nama..
Comel orangnya cute-cute saja,
Banyak makan dan minum juga,
Stok lawak tak ingat dunia,
Fazreen namanya orangnya sweet juga.. =p
Tukang sapu misteri itulah dia,
Suka mengusik garang juga wajahnya,
3 kosong itu yang disebut-sebutnya,
Bro Framestone jangan nakal-nakal ya.. =p
Di sisi Joe duduknya dia,
Pendiam juga dan bercermin mata,
Yang ku tahu dah berpunya,
Azrul Hisham itukan namanya?
Tak banyak bicara sebab jauh duduknya,
Sempat berbalas senyuman sahaja,
Tunangan Bro memang cool orangnya,
Cik Atie agak-agak bila majlisnya? =p
Blogger terakhir inilah dia,
Mereka kata pendiam tak banyak bicara,
Maklumlah pertama kali bersua,
Di sisi Joe Cik Hana kelu tiada bersuara.. =p
*ooppss.. Maaf Cik Tanah.. Gurau senda saja ya..*
Begitulah kisah satu malam bersama,
Walau singkat masa tetap bermakna,
Terima kasih Joe terima kasih semua,
Malam indah kita akhirnya terlaksana.. =)
Sampai ketemu lagi.. Terima kasih kepada Cik Jard dan Encik Joe atas ihsan-ihsan gambar anda.. Heee.. Buat abang pengsnap gambar yang sangatlah setia, Encik Syah, thanx a bunch.. Heehee.. Bilalah boleh dapat sebiji kamera macam depa.. Aigoo~~~
Till here.. Assalamualaikum.. =)
FOOT NOTE: Cahaya Yang Riang Gembira sakit pinggang drive selama 5 jam!!! Geram dengan bas-bas yang sangat laju di waktu malam.. Aku drive 90km/j SAHAJA.. Depa? 120km/j!!!
Ulasan
jgn lebih2 nnti mengamuk peminat2 Ariff Shah. :p
awat letak gambaq ku yg plg jelas tu aduoishh...
thanks dokter kerana menjemput dan mghantarku pulang. sayang kamu banyakkk sekali!
thanks joe, n thank all. next time ada waktu jumpa lagi ok.
diam saja kamu ek hana.. ehehehe.. tapi senyum sokmo sambil tunduk je memanjang.. nice meeting u.. lenkali kita borak panjang ye
bila kita mahu ketemu pulak dr?? =)
banyaknya pantun, hebat2
huhu
thx ya jauh2 datang dari ipoh
3 kosong mmg kepastian
confirm ada yang tersipu-sipu
mmg bro tukang sapu klinik kesihatan
nk bergurau bukan niat nk menipu
molek la tu
ukhwah sesama bloggers
nak tahu juga sponsor by siapa?
jeles.
:D
bagus2.
sudah ketemu semuanya...
;)
yerp sy cool hahahahah
xpe nanti kite jumpe berbual lebih2 lagi ek