Someone Or Something You Definitely Could Live Without
Assalamualaikum.. Selamat pagi.. Hey hey.. Entry 30 Days Of Truth untuk hari yang ke-16 ini bukan schedule ya.. Fresh dari ladang di pagi hari.. Plus hari ini berjaya bangun sahur dan masak.. Dah 3 hari asyik lambat bangun, pukul 5.30 celik mata, mampu teguk air, minum susu saja.. Kalau bersahur dengan mak abah dan adik-adik pasti tak merasa bangun lambat.. Heee.. Cabaran anak rantau.. Ecece.. =p
Idea untuk tajuk entry ini datang lepas baca status adik aku yang duduk complaint pakwe dia bagi layanan extra mesra pada kawan perempuan dia compare dengan diri dia.. Wakaka.. Nak gelak aku baca.. Entahlah.. Sebagai kakak, aku sebenarnya tak yakin pada pakwe adik aku yang muda belia tu.. Aku tak rasa dia cukup komited untuk sesuatu hubungan.. Malah pada adik sendiri pun aku tak yakin, apatah lagi pasangannya.. Entahlah anak-anak muda zaman sekarang, bina hubungan atas suka-suka atau atas jangka masa panjang.. Nak halang remaja zaman sekarang suka membentak, jadinya, kita boleh pantau sajalah dan bagi nasihat.. =)
Aku apa lagi.. Post something pada wall dia.. Aku kata..
"Kalau takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai.. Bina hubungan macam bina rumah tepi pantai, kalau takut cabaran dalam bercinta, baik jangan bercinta.."
Kalau orang putih kata, either you do or you die.. Wakaka.. Dahsyat pula rasa quote itu.. Faham tak apa aku cuba sampaikan? Komited itu perlu ada dalam satu hubungan yang kita inginkan ia kekal sampai bila-bila.. Kalau komited dan yakin, banyak masalah dapat diatasi..
Jadi apa kena mengena dengan tajuk days of truth hari ke-16? Hahaha.. Aku cuma nak kata, buat masa ini, aku boleh hidup tanpa cinta.. Cinta seorang lelaki.. Aku ulang.. BUAT MASA INI.. CINTA SEORANG LELAKI.. Banyak lagi benda yang aku boleh hidup without, cuma mood cinta datang hari ini, jadi entry kita bertemakan cinta ya anak-anak sekalian.. Heee.. =p
Okey.. Selamat hari Rabu.. Selamat berpuasa.. Jaga diri elok-elok.. Assalamualaikum.. =)
Ulasan
semua nye kerana cinta...
cinta perlukan komitmen...
love being single..
huhu
xD
hoho