A Hero That Has Let You Down

Assalamualaikum semua.. Cabaran cabaran cabaran.. Dah hari keempat belas ya.. Haha.. Aku sendiri pun ingat-ingat lupa.. Tajuk yang diberi A Hero That Has Let You Down.. Dan seperti cabaran yang lepas, perlu tulis surat lagi.. Adeh!! Tapi hero.. Siapa hero dalam hidup aku.. Abah aku hero aku.. Adik-adik aku pun hero aku.. Dan selama hidup aku, mereka tak pernah lagi menghancurkan harapan aku atau buat aku kecewa atau yang seangkatan dengan letting down.. Jadi aku nak tulis surat untuk siapa? Hurrmmm..



"Ke hadapan encik yang telah berikan saya momen-momen indah 28 Mei.. Cuma ingin encik tahu betapa dalamnya encik telah mengecewakan saya.. Apa makna 28 Mei sebenarnya encik? Saya yang silap memahami encik atau encik yang tak memahami saya? Entahlah.. Tapi saya kecewa kerana 28 Mei ibarat satu harapan yang datang tanpa sedar dan hancur juga tanpa saya sedari.. Apa-apa pun, semoga jalan yang kita lalui akan menemukan bahagia buat kita dan kita tak lagi kecewa.. Encik ikutlah jalan encik dan saya akan ikut jalan saya.."


Assalamualaikum.. =)




FOOT NOTE: Fndrocka kata jawapan aku obscure.. Baik tak payah day of TRUTH.. Hee.. Bagi aku TRUTH itu aku telah berlaku jujur dengan apa aku rasa, apa aku fikir, dan kejujuran itu dah aku sampaikan dan tak lagi aku sembunyikan pada orang tertentu.. Dan aku tahu orang tertentu itu membacanya..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T